Scam Alert: Skim Pelaburan Ikan Arowana/Kelisa

Ikan Arowana atau kelisa merupakan antara ikan peliharaan yang paling mahal. Terutamanya Kelisa Emas yang boleh mencecah puluhan ribu malah ada yang sampai ratusan ribu. Gilo ko beli ikan puluhan ribu ringgit. :p

Tapi itulah hakikatnya. Ia mungkin disebabkan ada kepercayaan ikan arowana boleh membawa tuah kepada tuannya. Macam flower horn jugak kalau ada banyak merah kat badan ikan tu. Sekarang ni muncul pulak satu pelaburan baru dengan menjadikan ikan arowana sebagai bahan pelaburan.

Bagaimana ia beroperasi?

Penganjur skim ini akan buka pelaburan untuk membeli induk ikan Arowana dengan harga RM5000 hingga RM20,000 seekor. Penganjur akan “tolong” bela ikan tersebut sehingga ikan tersebut bertelur & menetaskan anak. Biasanya induk Arowana hanya bertelur sekitar 20 biji telur je setiap kali. Bila ia mengawan, telur ikan arowana akan ditelan oleh Arowana Jantan dan membesarkan anak ikan tersebut di dalam perutnya.

Bila dah besar skit, baru lah anak ikan tersebut keluar dari mulut “bapa” arowana¬† dan berdikari sendiri. Jika ada sebarang bahaya, bapa arowana akan memberi amaran & anak ikan akan masuk kembali dalam mulutnya sehingga keadaan selamat. Setiap ekor anak ikan ini akan dibeli semula oleh penganjur pada harga RM900 seekor. Jadi jika kesemua anak ikan tersebut hidup, pelabur akan menerima RM900 x 20 atau bersamaan dengan RM18,000 setiap kali ikan tersebut bertelur/beranak pinak.

Ikan Arowana bertelur setahun sekali. Jadi tahun pertama pelabur dapat la RM18,000. Pada tahun kedua pula pun sama sehinggalah ikan tersebut mati. Nampak lumayan bukan?

Betapa hebatnya industri ikan arowana, menyebabkan ramai orang Melayu jual tanah untuk dijadikan kolam arowana di Bukit Merah & Taiping. Cerita betul ni! Kalau orang sana tahu la kot. Dalam majalah 3, rasanya pernah keluar pasal industri ikan arowana di Bukit Merah ni.

Bagaimana penipuan berlaku?

Ikan arowana hanya berteluar sekitar 20 biji je. Disebabkan semua urusan membela diuruskan oleh Penganjur. Mereka boleh kata, 10 biji je bertelur sedangkan 20 biji telur. Pelabur mana tahu bukan? 10 biji tu, Penganjur tibai. Pelabur bukan tahu pun bukan? Semuanya diuruskan oleh panganjur. Pelabur hanya tunggu duit je.

Kadar kematian ikan arowana sangat rendah kerana ia membesar di dalam perut arowana jantan. Ia hanya keluar bila dan cukup kuat untuk berdikari sendiri.

Bukan tu je. Ada banyak lagi cara yang boleh penganjur cakap seperti induk yang anda beli mati (walaupun tidak mati) dan sebagainya menyebabkan wang pelaburan hangus.

Jika ada orang yang ingin menawarkan pelaburan sebegini, elakkan sahaja. Simpan duit tu dalam ASB atau Tabung Haji sampai ia beranak pinak juga.Ia lebih selamat walaupun lambat kaya. Sekurang kurangnya wang anda selamat daripad melaburkan duit pada pelaburan Arowana yang belum tentu berjaya.

Malah pelaburan sebegini dilarang agama islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • arowana2u
  • www arowana2u com
  • contoh perjanjian pelaburan
  • contoh surat perjanjian pelaburan
  • arowana2u penipu
  • beli ikan arwana di bukit merah
  • pelaburan ikan arowana 2016
  • rugi melabur arowana
  • skim penipuan arowana
  • melabur ikan arowana

Comments 38

  1. rohaizad February 24, 2010
  2. sham February 25, 2010
  3. knightblogger February 26, 2010
  4. Azli March 24, 2010
  5. sham March 24, 2010
  6. azizi April 12, 2010
  7. sham April 18, 2010
  8. sham April 20, 2010
  9. blogger April 20, 2010
  10. blogger April 21, 2010
  11. hisham May 5, 2010
  12. rosli May 8, 2010
  13. rosli May 10, 2010
  14. azman May 11, 2010
  15. haziq May 13, 2010
  16. helmi September 14, 2010
  17. papaain November 13, 2010
  18. sham November 13, 2010
  19. Risham January 7, 2011
  20. sham January 7, 2011
  21. khairi February 16, 2011
  22. afk February 22, 2011
  23. lagend07 May 19, 2011
  24. artis July 18, 2011
  25. sham July 18, 2011
  26. artis July 18, 2011
  27. abdfatah July 18, 2011
  28. Sahibul Anwar September 25, 2011
  29. sham September 26, 2011
  30. jack October 9, 2011
  31. azrul July 17, 2012
  32. amandk_111@yahoo.com November 12, 2012
  33. apek November 26, 2012
  34. sham November 28, 2012
  35. nzm December 17, 2013
  36. Zek March 5, 2014
  37. sham March 9, 2014
  38. rohani April 15, 2016

Leave a Reply