Scam Alert: Tawaran Perniagaan Lumayan

Saya berjaya mengesan satu kaedah baru scammer untuk menarik minat “mangsa” mereka yang kesempitan wang. Saya nampak ia lebih kepada pengubahan wang haram dimana mereka menawarkan sesiapa sahaja untuk menjadi ejen menerima wang dari untuk mereka.

Ia sebenarnya adalah kaedah untuk cuci wang haram dengan memasukkan ke akaun anda kemudian anda diminta memasukkan ke dalam akaun mereka kembali. Anda boleh lihat email dibawah ini:

Job Offer Opportunity Scam

Job Offer Opportunity Scam

Dengan modus operandi sebegini, penjenayah dapat “mencuci wang haram” mereka.Biasanya daripada hasil dadah, sendikit penipuan dan sebagainya. Jangan tertipu yang kononnya mereka menjalankan perniagaan barangan komputer. Jika benar mereka menjual barangan komputer, mereka tidak akan mencari individu untuk menerima wang bagi pihak mereka.

Salah satu kemungkinan lain ia adalah Nigerian Scammer yang cuba mencari mangsa baru. Mungkin jika anda membalas email tersebut, anda akan diminta untuk membayar sejumlah wang sebagai wang komitmen kemudian mereka akan cabut. Biasanya macam tu lah.

Harap anda tidak teruja dengan tawaran sebegini. Mereka biasanya menghantar email secara rawak mengunakan perisian email spamming. Ia juga digunakan oleh pelbagai lagi scammer kerana ianya sukar dikesan. Ini adalah kerana sesetengah perisian email spamming berkebolehan mengunakan proxy server dan ini menyukarkan proses mengesan mereka.

Jika anda tertipu, habis la duit tu. Harap tiada yang tertipu dengan kaedah tawaran perniagaan lumayan sebegini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.