Senarai Scam Alert Bank Negara Malaysia 18 Mei 2017


Senarai Scam Alert Bank Negara Malaysia telah diterbitkan lagi. Kini ia sudah berjumlah 300 skim yang sudah terkubur dan ada yang sedang nazak. Anda boleh rujuka link BNM ini. Ini merupakan pengumuman kedua dalam bulan Mei 2017. Jadi tim analisis Bank Negara Malaysia semakin pantas membuat siasatan mereka dan menerbitkan senarai baru dengan lebih cepat.

scam alert bank negara malaysia

Senarai Scam Alert Bank Negara Terkini

Dalam senarai kali ini menyenaraikan 9 syarikat terbaru yang dikesan menawarkan pelaburan tidak sah dan menyalahi undang-undang negara Malaysia. Berikut adalah 9 syarikat yang “bertuah” berkenaan.

  1. BC Academy Sdn Bhd
  2. BC Bullion Sdn Bhd
  3. Itradex
  4. Marco Robinson Sdn Bhd
  5. Jihadfarisha Ventures
  6. A.A.M Global Corporation Sdn Bhd
  7. Crowd Care Sdn Bhd
  8. Berkat FD Sdn Bhd
  9. Richway Global Venture

Saya juga terkejut sebab kali ini 2 pengumuman dilakukan oleh BNM berkenaan consumer alert pada bulan ini. Jadi dengan cara ini, syarikat penipu boleh dibendung dan dihalang menipu lebih ramai mangsa. Jika tidak, kerugian mencecah jutaan malah ada mencecah berbilion ringgit.

Richway Global melibatkan kerugian mencecah RM1.2 Billion. Kalaulah skim sebegini dapat dihalang dengan cepat, ia tidak akan merebak sehingga mencapai sebegitu besar. Inilah masalah sebenar. Namun, melihat senarai baru dikeluarkan dengan pantas pada bulan ini, saya yakin untuk siasatan BNM semakin aktif dan juga semakin produktif.

Ia satu berita baik untuk pengguna seperti kita. Sudah banyak wang kita melebur kepada skim yang merapu. Yang kaya ialah penganjur skim berkenaan. Yang pastinya sudah memindahkan wang hasil penipuan mereka ke akaun luar negara yang sukar untuk dikesan.

Jika ditangkap sekalipun, mereka keluar penjara dengan duit berjuta ringgit. Mangsa, menanggis sahaja di tepi katil sebab duit mereka takkan kembali lagi. Sekian sahaja senarai scam alert bank negara malaysia untuk kali ini. Jika ada lagi senarai baru, saya akan kemaskini untuk anda mendapat info terbaru.

Mohon share artikel ini ya.

Semoga ia memberi manfaat kepada anda dan juga orang lain disekitar anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • rhb & bank negara scam
  • senarai scammer 2017
  • untuk pertanyaan scam di malaysia
  • \*@carigold com\
  • A A M Global Corporation scam
  • adakah paypal sah di malaysia
  • senarai no tel scam dari luar negara
  • syarikat pelaburan scam malaysia
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 2

  1. Shafique July 23, 2017
  2. sham July 27, 2017

Leave a Reply

error: Content is protected !!