Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel


Pendedahan saya tentang taktik penipuan parcel dari luar negara sebelum ini telah memberikan kesedaran kepada seorang wanita yang telah menjadi mangsa penipuan ini. Ini adalah sebahagian daripada ramai mangsa penipuan yang tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana malu dan juga mungkin menjaga rumahtangga masing2. Ia berlaku tanpa pengetahuan pasangan masing-masing.

mangsa-scam-parce

Beliau telah terbayar RM3500 kerana kurang pengetahuan tentang taktik sendikit penipuan ini. Saya tutup gambar fb dan nama mangsa bagi privacy . Anda boleh mengikuti artikel saya berkenaan penipuan parcel dari luar negara di:

Penipuan Parcel Dari Luar Negara

Beliau akan membuat laporan polis bagi memboleh polis menyiasat dan mencari dalang penipu ini. Jadi dalam artikel ini, saya akan menghurai bagaimanakah mereka berjaya melakukan penipuan tanpa disedari oleh mangsa.

  1. Mencari MangsaSendikit ini akan mencari mangsa menerusi laman sosial terutamanya FB. Mereka akan add sebagai kawan dan akan menghantar mesej berminat untuk berkawan. Mereka akan memuji bahawa mangsa sebagai seorang cantik dan sebagainya. Jika lelaki, profile wanita cantik. Jika wanita, profile lelaki yang hensem dan berkerjaya. Mereka akan mulakan proses seterusnya di fb mesengger atau whatsapp. Mereka akan mengayat mangsa dan memberikan bukti gambar mereka adalah orang yang sebenar seperti selfie ketika shopping, bersama keluarga, melancong dan sebagainya. Jadi mangsa akan nampak “natural” seperti manusia biasa.

    Mereka juga mengatakan mereka atau keluarga mereka berasal daripada Malaysia. Biasanya dari Kuching. Ia agak famous dalam skrip penipuan parcel ini.

  2. Menghantar “Hadiah” Secara Tiba-TibaKemudian scammer mendakwa telah menghantar parcel yang mengandungi hadiah ataupun duit. Mereka akan cakap dalam parcel tu ada pelbagai gadget seperti Iphone, barang kemas dan sebagaianya. Mereka akan siap berikan slip penghantaran kepada mangsa. Contohnya seperti dalam artikel saya sebelum ini.
  3. Parcel ditahan pihak Kastam?Kemudian scammer akan mengatakan parcel yang telah dihantar telah ditahan oleh pihak kastam kononnya sebab tak diistaharkan atau alasan pengubahan wang haram. Mereka akan meminta mangsa membayar sejumlah wang ke akaun agen mereka. Agen? Ia sebenarnya rakan subahat mereka.
  4. “Agen” akan menelefon untuk urusan pelepasan parcelMereka yang mengaku sebagai agen ini sebenarnya rakan subahat mereka yang terdiri daripada warga tempatan. Mereka akan meminta mangsa untuk membayar sejumlah wang ke akaun peribadi mereka. Mereka akan memujuk agar mangsa membayar dengan segera sebelum parcel berkenaan dirampas oleh pihak kastam. (Kesian kastam pula jadi kambing hitam).. Setelah mangsa membuat pembayaran..Agen ini akan diamkan diri seketika.
  5. Scammer hubungi pembayaran telah dibayar ke akaun salah! Parcel belum dilepaskan..What? Akaun salah? Itu taktik mereka sebenarnya. Mereka akan meminta membuat pembayaran lagi ke akaun “agen” lain pula. Dalam kes wanita ini, pembayaran RM3500 telah dilakukan. Mula-mula mereka mengatakan dibayar ke akaun salah. Kemudian meminta lagi RM2900 untuk membolehkan dia dilepaskan kerana ditahan. Sudah tak nyatakan akaun salah ke apa. Mereka akan memujuk rayu agar menolong mereka. Nak pinjam duit untuk lepaskan parcel yang ditahan. Mereka berjanji untuk membayar balik apabila parcel mereka bawa tu dilepaskan. Wanita ini bernasib baik kerana menjumpai blog ini.
  6. Scammer akan menutup jejak mereka..Setelah mendapat wang, scammer ini akan menutup jejak mereka seperti meminta mangsa delete semua perbualan di mesengger mahupun whatsapp. Bagi mangsa yang lurus bendul, maka akan buat segala arahan berkenaan. Kemudian mereka akan menutup akaun FB dan block akaun whatsapp. Jadi semua bukti telah hilang, dan mereka boleh melepaskan diri dengan senang untuk mencari mangsa lain pula.

Ini adalah antara cara mereka melakukan penipuan. Mereka akan berbelit-belit jika anda perasan. Pada awalnya mereka cakap mereka pos dengan kurier dan parcel berkenaan ditahan. Kemudian mereka cakap mereka pula ditahan bersama parcel berkenaan dan perlukan wang untuk melepaskan diri mereka dan parcel yang dibawa.

Tak ke pelik?

Dalam kes wanita ini, scammer mengatakan mereka pos parcel. Kemudian ditukar dia telah ditahan di lapangan terbang Kuching daripada Bristol. Erk!! Tiada penerbangan terus  daripada Heathrow UK ke Kuching. Kena ke KLIA dulu. Bagi yang tak tahu pasti akan mengiakan sahaja penipuan mereka ini.

Tak semua orang tahu pasal penerbangan ini. Dah ada kawan dari UK pun dah berbunga hati. Boleh speaking LONDON kata orang tua. 😛

Penipuan parcel ini biasanya mencari mangsa yang naif dan jujur. Orang yang positif dalam segala hal. Orang sebegini akan mudah untuk menurut apa sahaja mereka minta termasuk menyerahkan duit mereka dengan mudah. Ada kalanya elok juga jadi orang yang negatif sekali sekala ni.

Mereka akan sedaya upaya untuk mendapatkan sebanyak mungkin duit daripada mangsa. Pastinya dengan pelbagai alasan seperti sampai hati biarkan mereka tersangkut ditahan kastam dan sebagainya. Jadi sebagai seorang yang positif dan baik hati, pasti tidak sampai hati membiarkan kawan ditahan dan memerlukan bantuan. Jadi disitu mereka akan eksploitasi kelemahan ini.

Banyak kes penipuan ini mangsanya adalah wanita. Sebabnya wanita mudah tersentuh dengan masalah orang lain..

Mereka juga buat profiling terhadap bakal mangsa mereka seperti wanita bekerjaya, bekeluarga dan berduit!

Kalah orang buat bisnes online tau.

Apa nak buat jika dah terbagi maklumat seperti nama dan alamat?

Jangan risau. Jika mereka meminta wang, jangan buat bayaran apa apa. Abaikan sahaja. Mereka tidak berani untuk mengunakan keganasan. Kemahiran mereka dalam penipuan secara halus untuk mendapatkan duit sahaja.

Jika sudah tertipu, boleh buat laporan polis agar dalangnya ditangkap. Jangan biarkan mereka terus berleluasa mencari mangsa.

 

Sila share agar tidak ada yang tertipu lagi..

Klik butang FB di sisi kiri blog ini untuk share di sosial media anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • penipuan parcel
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 4

  1. Didi December 5, 2016
  2. sham December 5, 2016
  3. Pheonix July 4, 2017
  4. Siti August 29, 2017

Leave a Reply

error: Content is protected !!