Setelah mendapat pelbagai respon dan komen sebelum ini, saya mengambil keputusan untuk menstrukturkan kembali artikel tentang VGMC ini. Ia adalah untuk memudahkan pembaca membuat penilaian terhadap skim ini.
Apakah VGMC?
Terdapat beberapa permintaan daripada beberapa pembaca di FB yang meminta agar menulis satu review tentang Skim yang ditawarkan oleh Virgin Gold Mining Corporation (VGMC). Sekali imbas seperti ia adalah syarikat Richard Branson yang terkenal dengan jenama Virgin atau dalam bahasa Malaysia; DARA. Laman web rasmi adalah www.vgmc.com
Adakah VGMC Syarikat Berdaftar?
Jawapannya adalah YA. Ia didaftarkan di Panama iaitu negara syurga mereka yang ingin melarikan diri daripada cukai. Daripada komen dan link yang diberikan, anda boleh rujuk di Sini.
Ia disahkan oleh syarikat lawyer ini:
http://www.justanswer.com/
Presiden VGMC?
Namun setelah diselidiki, ia langsung tidak ada kena mengena dengan Sir Richard Branson. Menurut laman web mereka, president syarikat ini adalah Kenneth Elinger yang merangkap PRESIDEN, CEO dan juga VICE PRESIDENT OF FINANCE. Siap tiga jawatan utama dipegang oleh seorang individu. Haibat betul. Dalam sesuatu organisasi, ia akan pincang apabila seorang individu memegang banyak jawatan “pengarah”.
Keraguan:
- Kebiasaannya dalam amalan sesebuah organisasi yang baik, kesemua jawatan utama dipegang oleh individu berlainan bagi mengelakkan keputusan yang salah dalam menentukan halatuju syarikat. Jadi tidak wujud istilah kuasa “veto” dalam organisasi sebaliknya ia adalah keputusan bersama.
2 Daripada laman web Panama Offshore Services, Nama GERASIMO SAMUDIO, menjadi president, bendahari dan setiausaha. Pada laman web VGMC adalah Ricardo Luigi Oliviera. Tidak banyak maklumat berkenaan individu tersebut.
Namun berbeza dengan GERASIMO SAMUDIO, nama beliau muncul menjadi Director kepada ratusan syarikat yang mendaftar di Panama. Kebanyakannya syarikat pelaburan yang sejenis dengan VGMC. Anda boleh rujuk ini:
http://ohuiginn.net/panama/person/GERASIMO%20SAMUDIO
Ia seolah olah indiividu ini menjadi proxy kepada mereka yang ingin membuka syarikat di Panama. Perkara ini adalah perkara mudah di negara ketiga. Mungkin tiada pemantauan atau undang-undang yang lemah. Jika mendapat bayaran, ada diantara mereka sanggup buat apa sahaja. Saya syak penubuhan syarikat ini, mengunakan proxy. Jadi ia akan menyukarkan pihak berkuasa untuk bertindak jika sesuatu yang berlaku.
Inilah yang dibincangkan oleh forumer panama.
http://www.panamaforum.com/business-panama/39979-virgin-gold-mining-corporation.html
Apa yang berlaku pada struktur organisasi berkenaan, ia tidak dapat dipastikan sebab bermula tahun 2010 VGMC mula dikenali setelah menawarkan CPS pada 1 Januari 2010.
Konsep
Konsep pelaburan syarikat ini ialah mereka menawarkan share yang dinamakan Convertible Preferred Stocks (CPS) dan menjanjikan pulangan 10%% setiap bulan sebagai dividen. Ya. Setiap bulan! PNB hanya menawarkan dividen saham amanah seperti ASB sekali setahun. Mereka menawarkan dividen SETIAP BULAN. Jadi setahun, akan dapat 120% dividen daripada syarikat. Dividen mereka dibayar dalam bentuk emas.
Ini sudah bagus kan.Melabur 1000 share, dapat 0.1oz emas setiap bulan. .hehehe.. Nanti dulu, baca dulu sampai habis artikel ini. Mereka juga menawarkan insentif kepada mereka yang membawa pelabur baru kepada mereka.
Macam best je pelaburan macam tu kan. Sekali bayar dapat pulangan setiap bulan..Dok goyang kaki je..
Berita baiknya, setakat ini VGMC masih membayar dividen ahli mereka. Jadi mereka yang berminat untuk melabur, ia adalah atas tanggungan sendiri.
Sekarang mereka ini menawarkan Pre IPO. Namun, ada beberapa “alert” daripada beberapa badan di US seperti Suruhanjaya Sekuriti Amerika Syarikat yang perlu diambil perhatian.
http://www.sec.gov/investor/alerts/pre-ipo.htm
http://www.sec.gov/investor/pubs/preipo.htm
http://www.finra.org/Newsroom/NewsReleases/2011/P123322
Menurut ahli VGMC, mereka sedang mengumpul dana untuk penyenaraian di NY Stock Exchange.
Betul atau tidak. Itu tidak dapat dipastikan kerana pihak VGMC tidak mengeluarkan sebarang rekod prestasi kewangan mereka. Biasanya syarikat yang menawarkan IPO, akan menyediakan satu prospectus untuk rujukan para pelabur untuk menilai sebelum membuat sebarang pelaburan. Dalam kes ini, tiada rekod prestasi kewangan mereka didedahkan kepada umum.
VGMC dikatakan beroperasi pada tahun 2001, jadi pastinya sudah ada penyata untung rugi. Apatah lagi jika mereka ingin menyenaraikan syarikat mereka ke NYSE iaitu pasaran saham paling aktif didunia.
Lagi Persoalan
Itu pasal skim syarikat tersebut. Inilah yang pahitnya tentang pelaburan sebegini. Ia mengundang beberapa persoalan?
1.Bukan Syarikat Perlombongan
Mereka adalah syarikat perlombongan. Persoalannya di mana? Mana lombong emas mereka? Setiap syarikat perlombongan emas pasti akan mengumumkan lokasi lombong mereka. Kemudian saya mencari senarai pelombong emas dunia incase ada syarikat dara Virgin ini. Namun ia tidak wujud.Tiada syarikat perlombongan emas yang bernama VIRGIN GOLD MINING CORPORATION.Anda boleh rujuk senarai syarikat pelombong emas di Sini. Dalam senarai tersebut ia turut menyenaraikan rezab emas yang dipegang oleh setiap syarikat perlombongan emas ini. Yang ada dalam senarai pelombong yang paling hampir ialah Vista Gold, bukan Virgin Gold.
Jadi ia bukan syarikat perlombongan seperti yang didakwa.Itu baru satu hujah saya yang mengatakan syarikat ini adalah penipuan semata mata.
Update: Mereka mereka yang terlibat, syarikat ini melabur dalam syarikat lain yang terlibat dalam perlombongan. Tapi tidak dapat dipastikan syarikat mana. Ia masih kabur dan tidak dapat dipastikan.
Ada yang menyatakan lokasi lombong dirahsiakan kerana takut dirompak. Bagi saya ia tidak boleh dijadikan alas an kerana semua syarikat perlombongan dunia mengistiharkan jumlah emas yang dimiliki dan dilombong oleh syarikat mereka.
2. Scam Alert Daripada Securiti dan Bank di beberapa negara
Syarikat ini dimasukkan dalam senarai blacklist di Malaysia dan juga Singapura. Ia dibuktikan menerusi emel yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Consumer Portal Singapura.
Bagi amaran Investor Alert daripada Kerajaan Singapura anda boleh rujuk di SINI.
Update: Ia masih lagi dalam senarai Suruhanjaya Sekuriti tersebut.
3. Perubahan Harga Emas Harian Tidak Besar
Harga emas memang berubah ubah.Pelabur hanya akan untung apabila harga naik. Ia sama seperti pasaran stok. Berbeza dengan forex, pelabur mereka boleh buat untung apabila pasaran jatuh ataupun naik. Konsep perdagangan stok dan emas ialah beli ketika murah, jual ketika mahal.
Mana mungkin syarikat boleh membayar “dividen” dengan jumlah besar jika untungnya kecil? Apa akan jadi apabila harga emas turun? Tiada untung diperoleh. Ia dinamakan Spot Trading. Contohnya anda membeli emas 10 oz dengan USD800/oz, kemudian harga emas meningkat kepada USD805/oz, jadi pelabur akan untung USD50 jika dijual ketika itu. Pergerakan pasaran emas sangat pantas. Pelaburan emas juga memerlukan modal yang besar.
Kredit : Aidid Muaddib, Emaskini.com
Terdapat beberapa maklumat baru pada ruangan komen untuk dinilai bagi mereka yang berminat untuk menyertainya. Namun, risiko adalah tanggungjawab anda sendiri. Sebagai pelabur, anda layak untuk mendapat semua maklumat yang diperlukan bagi melaburkan duit anda. Jika ia dirahsiakan, ia pasti ada udang di sebalik batu.
Sekali lagi, duit pelaburan adalah duit anda. Ia tiada kaitan dengan saya pun. Saya hanya membuat analisis untuk membantu mereka mendapatkan maklumat berkenaan dengan syarikat ini. Keputusan dan risiko adalah tangungjawab anda sendiri.
Incoming search terms:
- vgmc malaysia
- vgmc
- vgmc tipu
- virgin gold
- kenneth elinger
- vgmc com online portal
- vgmc scam
- virgin gold mining corporation wiki
- www vgmc com online portal
- virgin gold mining corporation malaysia


















{ 267 comments… read them below or add one }
← Previous Comments
Next Comments →
Shakhalis December 17, 2011 at 11:46 pm
Terkedu bila sy meneliti fakta-fakta di atas. Macam mana pula ada pihak2 yg mengatakan pihak syarikat ada menghantar beberapa pelabur untuk melihat HQ di Dubai?
Tak tahu yang mana satu betol dah ni…..
……………………………………………………………….
Ahhhaaaa……..!!!
Betul apa yg diperkatakan oleh spider. Pembaca tak mudah utk faham sesuatu komentar/isu yg cuba di jelaskan tentang perniagaan.
Tapi kadang2 tu oleh kerana terlalu memandang dan berfikiran negatif, maka ia memang tak mahu utk difahami.
Puan shakhalis dan mas jongkong,
Ambo bulan 11 itu hari dah pergi melawat VG premier office tgkt 25, jumeirah building melalui package yang diuruskan oleh premier investors.
Dahsyat-dahsyat, mula-mula tak dibenarkan masuk sebab group ambo cuma main 2-5lots aje (investor miskin), tapi atas bijaksana orang melayu (Geng premier investors), menyebabkan mereka (Termasuk security arab) akhirnya membenarkan kami masuk. Bukan senang ooo, sebab bangunan tu juga tempat menteri dubai duduk situ…tingkat 30 ke atas tak silap.
Tapi, tak tahulah kalu sama ado HQ Dubai adalah yang baru di dubai… Sebab, yang ambo faham ialah HQnya di Panama (Akan pindah tak lama lagi) dan di Dubai tu pula ialah salah satu VG Premier Offices.
Amiin.
Aiiiiiiii………!!!!!! Dah hilang artikal2 lain. Sekejap ada sekejap tak de. Bagus…..!!!
Semoga semua komentar samada positif atau negatif tentang VGMC dapat ditamatkan.
apa yang dah hilang mas jongkong?
Alaaaa En. Sham ni….buat2 tak tahu pula. Bencilah I
Ok…… kita tamatkan saja forum ni ya. Bagus gitu….!!!
mas jongkong, setaw aku komen2 ada lg..try tgk kat previous comments tuh..
Behati hati dgn Individu2 yang bernama Mohd Abas bin Mahmud dan kaum keluarganya serta konco konconya beliau adalah salah seorang pemain utama dalam skim2 yang sebegini sejak dahulu di Malaysia…
.. terima kasih bagi info .. Real thing …
Saya pung pernah hadir kursus dinarreserve kelolaan di ar z .. faham2 jelah .. pas tu gue contact peserta2 lain yang telah hadir sama .. jawab nya samo jola .. terkeno lagi ..
.. apo nak jadi dunia malaysia melayu usahawang sekarang … sini terkeno .. situ terkeno .. pasal tu lah gue pergi kursus MUKMIN PROFRSIONAL .. baru kami tau .. tu diaa .. kalu mukmin saja memang kena tipu .. kalu profesional saja memang menipu .. so keno ado both laa .. kalo itu pung terkeno jugak .. nasib la ooii ..
ok tq dulu … Wassalam
Salam semua..
Malaysia adalah salah satu negara yang paling banyak perniagaan MLM. Kebanyakan business ini datangnya dari China dan Taiwan. Dan yang paling ramai ahli di malaysia adalah melayu. Kenapa? Sebab orang melayu adalah yang paling mudah ditipu.
Orang Taiwan adalah yang paling terror dalam psikologi perniagaan. Jadi sapa2 nak belajar manipulasi wang, belajarlah di sana…
MLM bukanlah suatu perniagaan yg bermotifkan penipuan. Tapi kegagalan yg tejadi pada mana mana individu pada bisnis ini adalah kerana malas nak becakap, malas nak berjalan, malas nak keluar belanja lebih, malu dll. Apabila penyakit ini berlaku keatas setiap individu yg melibatka diri dlm MLM, maka MLM pun mati tak dapat bekembang kerana penyakit2 tadi. Ia bukan suatu penipuan tapi ia adalah suatu risiko sama seperti lain2 bisnis yg ada risiko2 yg tersendiri. Kecuali kalau yg jenis MLM semata2 money game. Jgnlah pukul borong semua tuan.
Yoyoyo betui betui jongkong mas….
MLM ada juga dari u.s.a yang sangat-sangat famous di M’sia, bagi ambo ada unsur manipulasi juga. Bezanya ia berdaftar. Yang letihnya pula, harga barang-barang ajaibnya amatlah berlipat ganda MAHAL dari harga biasa seperti ubat gigi, vitamins, sabun basuh dan lain-lain…
Kenapa mahal ya… ehem kata yang tersurat ia kerana kualiti, jaminan, halal dan tiada kesan sampingan….. ehem kata yang tersirat pula ialah sebab nak kena bayar pv-pv kepada upline-upline…. Ahli keluarga ambo ada masuk MLM nii, tapi lamo-lamo tak mampu den nak tanggung bayar beli itu ini… Malah kegiatan sosial malam-malam juga tak sesuailah untuk ahli keluarga ambo.
Sesuatu perniagaan MLM yg ingin menjalankan perniagaan mereka secara sah di Malaysia malah di mana2 negara mesti berdaftar dan dikehendaki menunjukkan kertas kerja plan pemasaran mereka kpd pihak berwajib. Kalaulah ia bermotifkan penipuan, saya rasa tak de satu pun yg akan diluluskan oleh mana2 negara.
Bukan orang Melayu sahaja yg terlibat dlm MLM, di negara2 barat dan eropah sana perniagaan jenis ini berkembang pesat.
Sesuatu perniagaan MLM secara teorinya memang cantik pd plan pemasarannya di atas kertas. Kalau ianya menjadi memang berbaloi2. Bayangkanlah teori2 tersebut menjanjikan pendapatan lumayan hanya setelah mempunyai ahli di level yg ke 5 atau ke 6 serta mempunya ahli tajaan terus yg beratus2 ahli disekeliling mereka seperti pancaran sinaran matahari. Kegagalan individu dlm MLM bukan kerana ianya penipu, tapi kerana malas, malu, lembab dan kurang ilmu.
Banyak faktor2 lain yg menyebabkan ramai penglibatan orang melayu di dalamnya dan banyak pula fakor lain yg menyebabkan orang cina di malaysia kurang berminat.
Di antaranya, orang Melayu kurang modal, kemahiran dan kecekapan serta tidak berdaya utk bersaing dgn orang2 Cin dlm lain2 perniagaan bukan MLM. Kebanyakan mereka yg join MLM adalah drp golongan berpendapatan rendah yg cuba utk mendapatkan sumber pendapatan lain bagi menampung keperluan hidup. Secara kebetulan yg berpendapatan rendah itu adalah orang melayu. Mereka mencuba dlm MLM dgn bersandar pada angan2 yg tinggi. Tapi malangnya mereka kurang berusaha serta seperti apa yg mas jongkong utarakan di atas.
Manakala orang cina pula mereka adalah golongan peniaga yg sudah terlalu jauh berjaya dlm apa2 perniagaan. Mereka mempunyai rangkaian perniagaan yg saling bantu membantu satu sama lain serta tinggi kuasa monopoli mereka. Mereka tiada masaalah dlm apa2 perniagaan. Justru itu mereka tak pandang pada perniagaan kecil2an seperti MLM ini. Lambat kaya dan menjanjikan sesuatu yg tak pasti pada MLM ini berbanding dgn perniagaan yg bukan MLM.
Kuasa monopoli yg ada pada mereka membuatkan mereka tidak teragak2 utk menceburi dlm apa2 juga perniagaan kecuali MLM berbanding dgn orang melayu yang banyak kekangannya dan banyak pula terhalang peluang2. Apa yg tidak boleh mereka lawan dgn orang melayu ialah membuka kedai makan. Rata2 itulah peluang yg ada utk orang melayu serta kurang kekangannya.
Atas faktor2 di atas itulah makanya kita dapati ramai orang melayu yg melibatkan diri dlm MLM berbanding cina bukan kerana orang melayu mudah di tipu.
Kebetulan pula Malaysia di huni oleh penduduk berbagai bangsa. Kalaulah Malaysia ini dihuni oleh orang melayu sahaja, sudah tentu tidak timbul utk membanding2kan antara melayu dan cina sebagaimana ramainya orang2 cina yg melibatkan diri dlm MLM di negara2 seperti Cina, Hong Kong, Taiwan mahupun Singapura.
Wlbgmnapun, dari masa kesemasa, kini orang2 melayu sudah mula menampakkan pertambahan dlm perniagaan meskipun terpaksa bergelut dgn kuasa monopoli drp rakan2 mereka bukan melayu dgn bantuan drp kerajaan. Manakala orang2 cina pula dibantu oleh persatuan2 kuat mereka serta sokongan kuat drp bangsa mereka sendiri.
Apa-apa pun tidak dinafikan ada perniagaan MLM yg tidak berdaftar yg dari awal2 lagi sudah meletakkan target utk memperdaya ahli. Khususnya money game dan perniagaan yg bersandarkan pada produk yg entah apa2. Tapi yg itu pun mereka dah tahu yg mereka akan kena tipu. Yg ini mungkin ada faktor2 lain kenapa mereka tetap melibatkan diri dlm MLM tersebut walau pun sudah diketahui ianya menipu.
setiap pelaburan ada risiko -adalah menjadi tangungjawab pelabur utk meneliti setiap bentuk pelaburan yg diceburi…bg mengelakkan risiko yg tinggi melaburlah ditempat2 yg diiktiraf oleh kerajaan…selamat melabur….
.. salam 2 all ..
Tahun 2012 yang dah xberapa jam lagi ni …
xada apa nak komen .. cuma cakap2 pasal MLM ni .. gue da lamo folo up bisnes ni …
cumo satu perkaro nak kasi tau ialah … samo2 kito mim lam alif ya wau ni pakat2 buat MLM dan pakat2 support la ore kito semua .. apa macam … kalau cam ni pung xleh .. abis cerito .. pi lah join ngan ca ya nun alif n support dio habis macam yg da ada la ni bole tenguk kan … atas sekali ore dio .. hok kito ni tukang support dan tukang promote kepada ore kito jugok .. TU LA yang ore kito SUKO BUAT .. xtahu kenapo …
apo2 pung nanti kito sambung lagi deh … Wassalam
Terlnjur bincang asal MLM ni, terlupa saya nak huraikan lebih lajut tentang kegagalan individu dlm MLM ni.
Sesuatu perniagaan MLM secara teorinya memang cantik pd plan pemasarannya di atas kertas. Kalau ianya menjadi memang berbaloi2. Bayangkanlah teori2 tersebut menjanjikan pendapatan lumayan hanya setelah mempunyai ahli di level yg ke 5 atau ke 6 serta mempunya ahli tajaan terus yg beratus2 ahli disekeliling mereka seperti pancaran sinaran matahari. Kegagalan individu dlm MLM bukan kerana ianya penipu, tapi kerana malas, malu, lembab dan kurang ilmu. Faktor lain, tiada sokongan kuat drp individu2 dlm mana2 komuniti sebaliknya apa yg mereka dpt ialah sindiran, cemuhan, kejian dan hinaan. Tidak adalah perniagaan yg paling senang, murah dan mudah melainkan MLM. Bayangkanlah kita cuma lakukan duplicate pada sesuatu plan pemasaarannya dan dihujungnya kita bakal menuai hasil yg lumayan. Tapi macamana kita semua boleh berfikiran negatif terhadapnya termasuk saya sendiri pun tak tahulah. Mungkin sudah ternyata orang kita ni memang pemalas. Kerja yg semudah ini pun malas apa tah lagi yg berat2.
Aslmlkm semua,
Sekadar peringatan dan panduan,
Kpd anda diluar sana (sama ada ahli VGMC atau bukan ahli), sila baca petikan akhbar BH Singapura tentang VGMC. Semoga ianya boleh memberi panduan kpd anda samada utk berfikiran positi mahupun negatif.
http://cyberita.asia1.com.sg/msingapura/story/0,6879,204574,00.html?
http://cyberita.asia1.com.sg/msingapura/story/0,6879,204576,00.html
Please notify me if there are any evidence of Tipu. I m thinking of investing but now I am bit buzzled
… da pun tahun 2012 ….
na komen apo lagi … nak rehatkan diri dulu dalam sebulan dua ni … maklum la .. kita pun kena faham … dunia biz ni does’nt mean kena bizi .. sebab duit yang bekerja untuk kita .. bukan sebalik nyer .. camtulah kiro2 nyo ..
kito polan2 buat planning .. ok
Wassalam …
apa pun perniagaan MLM ia harus tulus dan betul serta tidak menyalahi undang2. barulah terjamin dan selamat.Bukan MLM itu salah.. individu yg ingin sertai MLM haruslah merujuk kepada pihak2 berkenaan bagi tidak ditipu.. banyak skim2 berselindung di sebalik MLM.
sekian terima kasih MLM bagus utk menjana tapi carilah yg sah dari undang2 dan juga boleh membawa bnyk bermafaat kpd org lain.
Betul kata tuan. Saya cuma tak setuju apabila ada yg mengatakan yg MLM ni semuanya penipu. Jgn pakai borong. Itu satu penghinaan terhadap pengusaha MLM. Jgnlah kerana tak dapat anggur masam katanya. Jika kita yg gagal dlm MLM kena periksa apa yg telah kita buat utk maju.
… da pun tahun 2012 ….
Maafla .. apa2 rezeki pun gue terlupa cakap … kita kena cakap … Dengan Izin Allah .. InsyaALLAH …
Walau formula secanggih mana pung, dengan usaha sesungguh mana pung, jangan kita ikut perangai Karun … yang mengaku kekayaan beliau adalah kerana usaha nyer sendiri … harap2 kita jangan sampai terikut2 dengan ilmu ekonomi barat yang camni la .. last2 karun pung ditelan bumi bersama harto2 dio yang menggunung banyak nyer … Kita orang Islam ambilla iktibar dari kejadian itu …
… ada lagi nanti cerito2 gue … nantilah bila ade mood nak sambung cerito ….
… Wassalam
Syukur di awal tahun, Allah mengasihi hamba spy berhati2, jgn ikut nafsu…kebetulan sy terjumpa di ruangan ini dan dpt atikel VGMC….pd masa yg sama sy trima email dr seseorang yg x dikenali berkenaan perkara yg sama….dan org tu nk buat temujanji utk call sy….apapun sy bersyukur sgt, sekrg2 sy x bercdg nk join yg ini…..sbb mereka ni ambk kesempatan ke atas kesusahan sy….amin…
he….he…..he…..
kalau orang tu tahu yg sdri ni (Minah Kampong) orang susah, sudah tentu dia tak kan ajak sdri join VGMC. Sebab nak join kena ada USD1300/lot utk bulan ini (Jan) dan bulan depan harga USD1350/lot. Convert RM kali dgn antara rate: 3.1 hingg 3.2. Tahun ni pula VGMC telah tetapkan syarat untuk menaikkan minima pelaburan iaitu drp 1 lot kepada 2 lot sehingga akhir Mac 2012 sebelum masuk bln April dan sehingga akhir tahun 2012 katanya VGMC akan menaikkan lagi minima pelaburan setiap individu kpd 5 lot. Kata VGMC bukannya apa, cuma dia mahu setiap pelabur mendapatkan dividen sebanyak mungkin dan VGMC akan tendang pelabur2 ciput 1 lot ni yg dia anggap seperti epel busuk yg akan merosakkan epal2 lain yg ada dlm satu bakul tu. VGMC akan menamatkan keahlian mana2 pelabur yg tidak menambahkan pelaburan mereka kpd 2 lot berakhir 31 Mac ini dan dengar katanya dia akan mengembalikan semula bayaran pelaburan tersebut kpd ahli2 tadi.
Hati2 sdri. Kadang2 leader2 VGMC ni dia orang tu tamak kejarkan sangat komisen kemasukan ahli baru dibawahnya sebanyak 10% drp mana2 pelabur. Iaitu mereka dpt komisen tajaan USD130/lot jika mana2 individu join bawah dia. Kadang2 mereka sembunyikan syarat2 baru ni yg membuat anda terperangkap. Walhal dividen bulanan sebanyak 0.1 oz emas bagi setiap 1 lot sehingga 2015 tu pun tak habis makan. Tu baru 1 lot. Jika 10 lot….15 lot….20 lot….berapa sebulan dia orang dapat. Tak pelah dia orang tu banyak duit dan sanggup dilambong ombak sebab tu mereka sengaja buat rumah kat tepi pantai. Tapi jika kita tak dapat anggur, jangan pula kita kata ianya masam.
Saya syorkan sdri jika ada modal ciput, degarlah cakap pemilik blog ni En Syamsuriadi iaitu belilah emas fizikal samada gold bar atau barang kemas. Tak lama lagi harga emas pun akan melambung naik dan kita akan dpt keuntungannya berganda.
Hati2 melabur dan selamat melabur.
mcm upin n ipin… bet03x..
I don’t want Virgin Gold, but I Want Virgin Girl..
Attention…. Anak Jawa ckp biar berlandaskan ilmu bukan ckp pakai otak sendiri. Kalau dah riba dikatakan dividen, apa lagi nk komen nmpak sgt lah yang awak tu bukan org islam. Kita kt nak ingatkan sedara seagama yang lain, kaedah yang betul dalam membuat pelaburan dalam mencari rezeki yang halal untuk keluarga, kita bukan org cina, india atau bangsa2 lain. Banyak lagi perniagaan pelaburan yang betul dalam islam ini, jadi kena belajarlah mencari ilmu tersebut, bukan menunggu disuapkan dengan plan2 tertentu. Ingat mengucap Dua Kalimah Syahadah itu adalah sumpah manusia kepada Tuhannya,bukan mainan lidah semata. Sesungguhnya pembalasan azab Allah itu adalah benar. Bilamana fakta dan undang2 pun tak mau ikut awak bolah balik indon lah yeaa….!! Ini negara Malaysia negara Islam dan ramai orang2 macam saya ini akan mempertahankannya dengan artikel2 yang sebegini. Sedih tgk org melayu kita ini diperbodohkan dengan skim2 yang sebegini. Memang Islam tak melarang semua orang mengejar kekayaan untuk menjadi kaya raya, tetapi fikirkan sejenak rezeki yang macam mana tuan2 semua nk bagi anak2 makan. Generasi daging maging, tulang temulang dan pemikiran idealogi yang macam mana yang tuan2 harapkan bakal lahir dari ketamakan sikap ini. Ini masalah sosial kita bukan masalah individu. Jangan ingat duit awak, awak punya suka. Kalau nak masuk neraka masuk sorang2 jangan ajak orang lain ikut sama… Nauzubillahi min zalik!!!!
Salam semua ….
da baca2 kat atas punyer komen2, gue pung penin jugak la …. camner nak wat yer …
mungkin ada cadangan2 lain yang lebih positif ker camner … sebab ….
sebab kekadang bila kita tanya ahli agama .. ustaz la senang cerita … kadang2 ustaz punyer nasihat or pandangan pung kekadang kita fikir tiga empat lima kali .. nak dengar jer ker or nak caya ker …. ada tak bro2 rasa camtu … ade kan? …
contoh .. contoh ni … gue tunggu2 gak apa kata ulama2 kita pasal … pasal yang kita tengah heboh2 kat mesia ni la … pasal projek lembu la …. cakap la kat tv ke kat surat khabar ker … ok ker orang yang buat dan yang sokong projek yang ada masala camtu …
itu la aku nak ingat2kan diri aku la … pernah gue cakap pasal MUKMIN PROFESIONAL sebelum ni ….
kita tenguk2 la kejadian di keliling kita untuk jadi iktibar … gunakan teropong Mukmin Profesional ni … nanti kita akan lihat satu demi satu kesan dari tidak menggunakan ramuan asli terus dari ladang ni Mukmin Profesional ..
kita dapat lihat lembu2 yang makan kenyang tapi dia tak makan daging … kita lihat singa2 yang garang mengaum tapi dia tak makan daun2 diladang …kita lihat ikan2 di laut tapi ikan itu tidak rasa masin … kita lihat burung2 terbang berduyun tetapi tanpa berlaku perlanggaran diudara … kita lihat ..kita lihat …
indah nyer dunia ini .. bertambah2 lagi didunia selepas dunia ini … so dimana harus kita berada dan apa yang perlu kita lakukan … lakukanlah …. kerna kita akan ditanya dari mana kita dapat dan kemana kita belanjakan dengan apa rezeki yang kita dapat … mana mau lariii …. lari lah …
sama2 lah untuk saya renungkan bersama ….. hingga ke coretan mendatang … Wassalam
he….he….he….he…
lucu ahhhh….!! Apa apaan si donk maksudnya. Kok tinggi banget ngobrol wacananya. Sapek ngak bisa tercapai akalan. Emangnya tuan sepatutnya berkarya utk sebuah novel atau utk sebuah lirik lagu ataupun utk sebuah puisi indah donk. Ngak pantas kok komentarnya disini. Capek mikirin.
Haa..haa..haa,
Attention….Jiwa lara jadi klu udah bengong mikirin otak lu itu, jadi usah dibaca komentarnya disini kerana layaknya kamu itu jadi lembu aja? Ya bisa2 makan rumput aja kerjanya. Kerana zaman udah moden lembu2 semunya makan rumput dalam kandang aja (Lembu feedlot) lembu2 nya semakin gemuk tapi dagingnya gimana yeaa rasanya, fikir fikirkan???
waduh….waduh…waduh, kok kesitu ngomongnya,..nyahaahaaa…….!!
Tgh usha2 ttg VMC…bila baca mende ni aku punya kesimpulan…BAHAYA…so buat je la perkara lain yg difikirkan perlu.
simpan je duit kamu and melabur dgn skim halal cik sham ni,hahahahahaahahahahaha
salam…..sy ingin bertanya apakah pelaburan vgmc ini mengikut syarak…..tlg minta pendapat semua rakan2.terima kasih
Terlanjur semua org mempertikaikan VGMC aku nak tumpang semangkuklah.
Wahhhhh….!!! Aku chek2kat dia org punya promosi kat laman web VGMC, dia orang punya dividen bukan 10% lah. Bahkan pd bulan2 tertentu ia lebih lagi. Bergantung pada harga emas di pasaran. Contohnya: Modal utk 1 lot bulan ini Januari 2012 ialah USD1300 x rate 3.15=RM4095 atau jika rate 3.2 =RM4160. Pas tu genap 1 bulan dia orang dpt dividen 0.1 oz nilai berat emas. Jika hari ini 24/1/2012 harga emas mmencecah USD1676 bermakna 0.1×1676=167.6 x 3.15=RM527.94 atau jika rate 3.1=RM519.56 atau jika rate 3=RM502. Biasanya dia orang jual sesama ahli iaitu mana mana ahli yg nak tambah pelaburan lot2 mereka. Sebab tu ada harga tawar menawar yg menjadikan rate antara 3 hingga 3.2. Tapi kalau dia orang transfer terus ke maybank mungkin rate rendah sikitlah antara rate 2.8 hingga 2.9. Dengar kata emas akan naik lagi. Rasa2 aku kalau harga berterusan naik mencecah hingga USD2000 atau USD3000 1 oz sebagaimana yg diramalkan, ini bermakna dia orang akan dapat lebih drp 10% sebulan. Perhhhh… betul betul loaded.
Dengar ceritanya mereka yg join lebih awal lagi iaitu pada Januari 2010 yg pada masa tu harga 1 lot ialah USD800 lagilah loaded dia orang dapat setiap bulan dan bukannya 10% mungkin 15% atau 20% atau 18% dll bergantung pada harga emas dipasaran. Harga setiap 1 lot akan bertambah pada setiap bulan sebanyak USD50. Bulan Feb. ni harga jadi USD1350/lot. Nak dikatakan riba tak boleh juga sebab dia org bukan SCAM atau MONEY GAME atau buat sistem ponzi. Dia org betul2 buat pelaburan dlm perlombongan emaslah.
Aku pernah tanya kat seorg leader yg asyik2 ajak aku join. Mcmana VGMC boleh bagi dividen begitu banyak dan masih bertahan masuk tahun ke3 tanapa gagal membayar dividen kpd ahli2nya. Dia kata, dia pernah tanya kat pihak pengurusan VGMC semasa seminar kat Bali tahun lepas. VGMC kata dia beli emas drp syt2 perlombongan yg terpilih pada harag USD40 bagi setiap 1 oz emas yg belum diproses dan menjual pada harga pasaran dunia selepas diproses. Pas tu aku tanya lagilah, kenapa VGMC tak beritahu nama2 tempat kat mana dia join venture dgn lombong2 emas dan kenapa tak bagi tahu tentang penyata akaun untung rugi kat ahli2. Dia bagi aku laman web VGMC http://www.vgmc.com dan suruh aku baca kat laman webnya yg ada VGMC terangkan kenapa perkara2 tersebut dirahsiakan.
Aku cari2 dan aku terjumpa kat laman2nya g antara lainnya seperti berikut:
Seringkali, para pemegang saham CPS kami bertanya seandainya mereka bisa mengunjungi daerah kunci aset utama kami (tambang-tambang dimana kami memegang saham) atau mempublikasikan usaha kontrak bersama kami atau pemegang saham dengan mitra kami. Jawabannya adalah TIDAK SEKARANG. Alasannya adalah bahwa Virgin Gold telah bekerja dari yurisdiksi lepas pantai untuk dekade lampau pada prinsip privasi yang ketat dan secara rahasia bagi semua pihak, bagi para pemegang saham kami dan bagi mitra kami. Hampir semua kontrak yang kami tandatangani dengan tingkat tertinggi dari perjanjian secara rahasia dan hanya suatu perintah pengadilan yang bisa meminta catatan-catatan ini. Seperti catatan, jika buatan publik tanpa perintah pengadilan dapat menimbulkan perusahaan ini digugat oleh mitra-mitra kami dan bahkan para pemegang saham. Cuba rujuk pada lamannya
http://press.vgmc.com/main/ID/2011/4/ siaran press 1 April 2011 pada no. 3.
Satu lagi kenapa dia tidak membentangkan laporan kewangan untung rugi syt. Berikut alasan yg diberi yg aku jumpa kat dlm lamanwebnya.:
Tujuh (7):
Laporan Keuangan dan Transparansi. Banyak pemegang CPS meminta VGMC untuk mengungkapkan suatu laporan keuangan. Pertama, oleh undang-undang kami tidak diharuskan untuk melakukan hal ini. Kedua, kami di bawah kontrak melalui usaha-usaha kami dengan mitra-mitra kami untuk tidak mengungkapkan jumlah-jumlah tersebut ke publik. Ketiga, tidak perlu adanya pengungkapan semacam itu kepada pemegang CPS. Pemegang CPS, menurut ketentuan kepemilikan saham kami, tidak memiliki hak manajerial dan suara untuk melakukan keputusan terhadap jalannya VGMC. Apabila ada dividen dan apabila dividen dibayar tepat waktu kepada pemegang saham, ini menunjukkan bahwa korporasi dijalankan dengan baik dan secara keuangan layak. Karena kami menghadapi pencatatan saham di bursa efek atau kami siap dengan pencatatan saham di bursa efek, jumlah-jumlah ini akan tersedia untuk publik. Boleh rujuk kat siaran press bulan Disember 2011 pada perenggan 7 di laman berikut ini:
http://press.vgmc.com/press-release/ID/2011/12/05/VGMC-%E2%80%93-2012/
Pas tu pula dia ceritakan tentang PRE-IPO dan IPO y aku pun tak berapa tahu sangat hal tu:
perbezaan IPO dan pre IPO. Dia kata kalau IPO memang syarikat kena bentangkan tapi untuk pre IPO ..syarikat hanya bentangkan strategi ,planning, pengurusan dan lain lain aspek keperluan untuk ke IPO…dari segi strategi, pengurusan dan perancangan termasuk pemasaran telah pun di beritahu oleh pihak vgmc…cuma investors tidak dibenarkan untuk mencampuri urusan management dan pengeluaran hasil emas dilombong lombong emas terletak di amerika selatan dan afrika…kita tak berupaya nak menyiasat kedudukan / lokasi lombong tersebut samada mempunyai emas atau tidak?… wujudkah lombong itu dan lain lain sehingga ke akar umbi….
umpama contoh…kalau hendak melabur dalam bisnes bengkel motor yang baru hendak dibuka…anda labur duit di bisnes itu… soalannya..>> perlukah anda mengetahui cara nak baiki motor, perlukah anda pergi ke suplier untuk mencari spare part, perlukah anda mencari mencari maklumat berkenaan spare part tu di buat di kilang mane , menggunakan bahan ape dan bermacam macam lagilah… sekiranya pelabur seorang pasif investor….dan juga pengurusan bengkel tersebut pun tak perlu nak campuri….ape yang perlu tahu ialah penyata untung/rugi , cashflow dan sedikit sahaja yang lain selepas sudah setahun…. …. dia kata lagi, kalau bengkel tersebut nak buat pre IPO…ape yang hendak dikethui bengkel tersebut bentangkan… rasa2 dah tentulah kertas cadangan ( paper work ) dari pemilik bengkel tersebut…takkan mengkaji sehingga ke akar umbi..
Tapi kalau nak kata VGMC ni penipu….ermmmm…!!! macam tak mungkin pula. Cuba tenguk kat gambar2 dibawah ni yg aku kutip drp dia orang punya blog.
http://anggavgmc.blogspot.com/2012/01/blog-post.html
http://vgmc-99.com/foto-foto-vgmc-at-london-gala-dinner/
http://place-cozy.blogspot.com/2011/11/gala-dinner-vgmc-25-nov-11-hotel.html
http://www.programinvestasiemas.com/p/galery.html
http://vgmc-99.com/gallery-foto-vgmc-turkey-creation-team/
Rasa2 aku benda2 mcm ni tak pernah dilakukan oleh mana2 syt SKIM CEPAT KAYA sebelum ni. Kebanyakan skim cepat kaya yg lepas2 tu kalau boleh satu sen pun tak nak keluar belanja buat tu buat ni pas tu bila dah capai target cepat2 dia org blah.. Dia punya laman web pun mudah2 jer dan tak de hubungan 2 hala iaitu antara pelabur dan syarikat . Aku tenguk VGMC ni dia buat hubugan dgn pelabur2 melalui sistem tiketing yg mana setiap cadangan, soalan dll akan di jawab oleh pihak pengurusan VGMC.
Ok tak pelah kita tunggu dan lihat pula tahun ni 2012 selepas VGMC berjaya bertahan bermula drp Januari 2010. kalau dia masih boleh bertahan hingga tahun 2013 aku tak beranilah nak kata yg VGMC ni SCAM ke apa ke. Tapi kalau dia KO pda tahun 2012 ni. so confirm….memang SCAM dan money game.
Alamak Leng Buanea…. panjeng betui la ayat-ayat nye.. penat ambo nak baca. hehehe
Kepada Adeam, tenteng vgmc sama ada ikut syarak atau tidak ikut syarak;
jawapennye kalau dalam blog Shem di sini, secara mutlak mungkin tiada yang boleh main-main menjawebnye kerana ambo atau mungkin semua penulis sehaluan adalah bukan dari kalangan ulama-ulama yang arif dalam mefatwakan sesuatu pelaburan.
En. Adam boleh baca dari awal-awal sejarah perjalanan vgmc dalam blog sham ini, ada banyak juga bicara halal dan haramnye. Tapi, diri sendiri dalam hati perlu tanya diri sama ado ia ikut syarak atau tidak. Ambo semua redah, asalkan bukan aniaya orang.
Ambo melabur dlm vgmc sebab;
(a) apa yang ditawarkan
(b) Tahap jaminan pulangan yang nampak positif(ambo dah balik modal 6 bulan, lama
jugo tempoh ini..hehehe)
(c) syarikat memberitahu ia menggunakan duit pelabur untuk pelaburan ke dalam
syarikat-syarikat lombong emas, trading dan lain-lain perniagaan berunsur emas.
(VGMC setakat ni tak ada dengar melabur dalam business arak, sport toto atau
melabur dalam judi di Las Vegas)
(d) TETAPI, andaikan ada investor-investor yang masuk berjuta-juta dolar ke dalam
VGMC dari sumber MONEY LOUNDRING…. hehehe ia boleh diragukan juga.
Kalau ragu-ragu, dengan ini kita boleh buat keputusan… hehehe selamat maju jaya.
Saya baru je msuk VGMC ni… baru sebulan..
tapi mmg dapat dividen seperti yang dijanjikan. 10% setiap pelaburan……
tapi hakikatnye x tau la smpai bile bole bertahan…
amik je hasil mcm biasa tiap2x bulan….
bende ni bukan kate x elok….. ade keburukan dan kebaikan die jugak….
kite perlu jugak buat trader emas…. bukan duduk goyang kaki jee…
terpulang la pada yg suke coment negatif tp x de hasil….
saya mmg dh dapt hasilnye….
Salam anak kelate….
saya nk tau serbqa sedikit psl info kamu bole??
PM saya kat email
mohdqhabil@gmail.com
saya pon baru je join VGMC
nmpk segale2xnye sumer memuaskan hati..
berbanding skim3x lain…
Ia terpulang pada diri sendiri untuk membuat penilaian. Tujuannya untuk membuatkan orang berfikir berkenaan topik ini. Dah lama saya tak komen pasal artikel ni..
Teruskan masukkan maklumat terbaru dari masa ke semasa. Saya akan approve jika ia tidak mengandungi makian atau menghina yang melampau.
saya nak pasal GDI… macam mana konsep nyer … ok ker tidak sertai GDI ni
Dulu saya ada guna GDI untuk host, video yang saya buat.Ia unlimited data. Sekarang dah guna hostgator dah.
Perlu ingat, kalau join untuk duit semata mata tanpa guna hosting dia..rasanya elakkan sahaja. Ia MLM hosting, jadi sebagai webmaster, ia bergantung kepada keperluan.
apa2 jua pendapat dan pandangan ….semua nye terletak pada diri sendiri…..berani ambik risiko….berani tanggung…saya try ambik risiko…so far dah dapat hasil….tanpa mencari downline….satu ungkapan je yg boleh dipakai skrg nie….”org kaya makin kaya”….org susah terus susah….sbb…nye….anda fikirlah sendiri…..
salam kawan2,,saya share dari apa yg saya alami la ye,,saya join VGMC agak lewat,,oktober 2011,,isau skim tipu,,pasti dok cari la kelemahan vgmc,,xp x jumpa2 pun,,last2 sy masuk la sendiri satu lot,,dipekenal oleh kawan saya yg dah balik modal,,kawan saya masuk 50 lots (investor kaya) setakat sekarang saya mmg dok dpt pulangan tiap2 bulan,,sekarag sy baru da 5 lot = rm 20 ribu lebih kurang = bulanan dlm rm 2500 sy dpt,,pulangan terkumpul sekarang baru rm 5500,,
dpt dividen ja saya terus letak dlm asb
pasni plan nak beli mas fizikal lak,,nak pelbagaikan pelaburan,,
tu jee,,bye2
Ada orang kata yg Swisscash kat luar negara masih beroperasi lagi.
Masalahnya hanya berlaku kat Malaysia jer. Pada mulanya ia berdaftar di bawah SC. BNM dan SC telah meluluskannya dgn memberi lesen utk Swisscash menjalankan aktiviti pelaburannya di sini. Tapi bila orang ramai mula keluarkan duit simpanan drp bank2 dan pelaburan asb dan melabur kat situ maka bank2 dan lain2 syt pelaburan rasa terancam yg mana produk2 mereka ada persaingan yg boleh menggugatkan prestasi jualan mereka. Jadinya selepas itu, mungkin juga atas desakan bank2 dan lain2 syt. pelaburan, maka BNM dan SC tidak lagi memperbaharui lesen swisscash..sedangkan kt over sea ianya masih aktif hinga kini.
Betul ke kenyataan tu En. Sham. Kalau betullah, ini bermakna Swisscash bukanlah pelaburan SCAM sebagaimana yg kita fahami selama ini. Cuma atas dasar menjaga kepentigan bank2 dan syt2 pelaburan tempatan agar tidak tergugat kedudukan mereka maka inya diharamkan beroperasi di Malayssia. Maklumlah Swisscash khabarnya memberikan dividen yg cukup tinggi dan selesa kpd pelabur2nya.
Kalau begitu mugkinkah VGMC akan menerima nasib yg sama seperti Swisscash meski pun VGMC bukannya SCAM cuma ianya tidak berdaftar di negara ini dan ia tidak beroperasi secara langsung di sini kerana tiada wakil2 VGMC yg membuka pejabatnya di Malaysia. Khabarnya semua berjalan dan berurusan melalui online sama seperti syarikat2 pelaburan forex yg digilai oleh traders2 kita.
Saya sangatlah memahami nasib yg bakal akan dihadapi oleh pelabur2 VGMC jika ianya disekat dan dihalang oleh kerajaan kita iaitu dgn menyekat saluran lamanwebnya dan menyekat perpindahan wang keakaun bank tempatan ahli2nya. Khabarnya ramai yg membuat pinjaman bank utk melabur kat situ meskipun dah diberi peingatan oleh ahli2 VGMC terdahulu agar jgn berbuat demikian utk megelakkan diri drp apa2 risiko jika perkara yg tak dinigin berlaku kpd VGMC samada ianya bengkrup atau di halang oleh pihak berwajib.
Oleh yg demikian utk permaslahatan dan menjaga kepentigan pelabur2 tadi saya mencadangkan, merayu dan berharap kpd pihak berwajib dgn budibicara dan tolak ansur agar tidak menyekat lamanwebnya dan juga link perpindahan wang dividen mereka ke akaun bank2 tempatan. Cuma tiggal beberapa tahun sahaja lagi sebelum VGMC menutup operasi penjualan VGCPS nya sebelum ianya di buka ke papan bursa.Walau pun VGMC mensasarkan 2015 utk dibuka ke papan bursa saham New York, namun ada ura2 ianya akan disegerakan jika dananya sudah mencukup dan berkemungkinan seawal2nya adalah tahun depan.
Jadi, disini saya juga menyeru kpd ahli2 VGMC, berhentilah drp menyeru orang lain utk terus melabur kerana dibimbangi jika VGMC menutup penjualan VGCPSnya pada penghujung tahun ini atau awal tahun depan, dikhuatiri pelabur2 terkemudian tadi tidak sempat utk mendapatkan modal mereka kembali atau tidak berjaya mendapatkan keuntungan besar sebagaimana yg diharapkan. Walaupun mereka yg sudah membeli CPS tadi diberi peluang utk membeli saham VGMC bila dilancarkan nanti pd separuh harga, dikhuatiri mereka tidak mampu untuk membelinya. Walau pun kpd yg tak mampu utk membelinya, VGMC dlm pengakuannya akan mengembalikan modal pokok mereka pada harga terakhir sebelum ianya dilancarkan bagi setiap 1 unit yg mereka langgani sebelum ini, namun ianya tidak bebaloi kerana tidak berkesempatan utk menerima dividen bulanan dlm tempuh waktu yg panjang tidak sperti mana pelabur2 yang terawal.
Elakkan diri drp membuat pinjaman bank utk tujuan melabur krn risiko kat mana2 pelaburan tetap ada kecuali di ASB ,ASN dan yg terbaru Saham 1 Malaysia. Kpd ahli2 VGMC yg dah lama melabur tu, berhentilah drp terus menambahkan pelaburannya. Masa sekarang ini adalah masa yg mana tuan2 memungut keuntungannya dan laburkanlah keuntungan tuan2 itu dgn melabur di gold bar atau membeli barang2 kemas atau terus membuat simpanan.
Walau pun saya bukan ahli VGMC tapi saya tak mahulah mengikut rentak seperti orang lain yg pernah membuat komentar mereka diblog ini yg suka dan ingin sangat jika pihak berwajib menyekat dan menghalang VGMC drp mendapat menafaat kpd pelabur2nya di negara ini dan mereka sebenarnya sedang menungu2 saat itu tiba untuk besorak dan bertepuk tangan tanda kegembiraan jika sekira ianya terjadi.
Alangkah eluknya jika sekiranya pihak bewajib dgn penuh rasa timbang rasa, berbudibicara dan bertolak ansur dgn tidak mengambil tindakan drastik kpd pelabur2 yg sudah terlanjur tadi kerana dgnnya ramai yg akan dpt menafaat. Pengusaha kedai, pengusaha pancuan empat roda, pengusaha barangan elektrik, pengusaha pelaburan emas dll akan mendapat tempias kebaikannya bila kuasa membeli drp pelabur2 tadi adalah tinggi.
Sekian, terima kasih.
Orang yang tulis artikel ni pandai cakap je..fakta pun tak 100 % dia tulis..
Apapun aku dah bulan-bulan withdraw duit dari akaun VGMC ni..;)
Lupa lak..kalau makcik yang jual nasi lemak takde lesen tu pun SCAM..HARAM BELI NASI LEMAK TU SEBAB TAK BERDAFTAR dengan pihak yang bertanggungjawab.
Kat Malaysia TAX tinggi la bro..baik cari tempat yang free TAX..Kalau korang sendiri nak meniaga pun nak cari tempat sewa yang murahkan. takpun free je..lagi banyak untung..betul..ada otak fikirla..dah moden pun cara fikir macam orang asli..
yosh!!!… biase la dunia ni bro, bila yang jelas nampak tak terang, yang kabur jadi haram dan yang kalut, lintang-pukang la… huhuhu
When business was about number, i wish to be your friends
Aslmlkm VGMC Member,
Bercakap tu biarlah merendah diri dan jgn sombong dan takbur serta angkuh dgn perolehan yg tuan perolehi. Bimbang pula nanti Allah murka dan langsung Ia menterjadikan sesuatu yg tidak diingini kpd VGMC. Samada bengkrup atau disekat oleh pihak berwajib.
Lain kali tulislah komentar dgn berhemah dan bersopan. Kenapa kita tak pandai nak bersopan santun ketika bercakap atau menulis…? Bukankah kita semua bersekolah tinggi. Komentar yg saya utarakan pun adalah komentar yg membina dan bukannya komentar yg menjatuhkan atau menghentam secara membuta tuli seperti komentar2 orang lain sebelum ini.
haha nice VGMC Member…
biasalah orang melayu mane suka tgk kaum sendiri naik..
contohnye kalau seseorang tu pakai kereta besar, mesti ade je mulut seseorang nk mengata buruk tentang si dia..bilalah orang melayu nk sedar dan maju bersama-sama??
vgmc kemungkinan bukanlah pelaburan yang berasaskan penipuan.. tapi xada siapa dapat mngesahkankan syarikat ini xkan menipu atau melarikan diri bila semakin ramai pelabur melabur dgn jumlah yg banyak..
maksudnya siapa berani ambil risiko dipersilakan melabur.. risiko sendiri tanggung, x dinafikan dah ramai yg lepas (balik modal) … tp sekiranya syarikat x menipu jgn pula nanti terdengar leader pulak larikan duit sebab gelap mata bila ramai pelabur masuk….
Alhamdulillah… setakat ni dh 3 kali collect dividen…….
ape pon persepsi korang lantak la….
yang penting aq dh dapat…
ingt lps ni baru nk bercadang tambah lot…
Janganlah kite mungumpat sesama umat..apa kebaikan yang kite dapat?pahala?duit?income??monthly dividend?? dapat dosa adalah..so janganlah kite hendak mengutuk atau menjatuhkan business orang lain…bersama-samalah kita memajukan rakyat kita
← Previous Comments
Next Comments →
{ 1 trackback }