Taktik Pengubahan Wang Haram

Setelah post saya tentang taktik nigerian scammer, email saya diterjah banyak email dan juga mereka yang mahukan pengesahan. Saya akan membalas kesemua email anda.

Apa yang menariknya, salah seorang yang telah email kepada saya telah menerima satu cek daripada scammer dari afrika ini. Ia adalah daripada orang yang beliau tak kenali.  Jumlahnya ialah USD93,000. Mungkin ada yang rambang mata jika dapat duit sebanyak itu. Anda boleh lihat dibawah..

Cek Scammer

Cek Scammer

Saya agak terkejut sampai begitu terdesak mereka sanggup serahkan cek. Tapi bank Burkina Faso la. Setahu saya, hanya bank US yang akan mengeluarkan cek dalam matawang USD. Jika bank tempatan, ia akan dalam bentuk matawang tempatan.

Saya akan email kepada orang BNM tentang perkara ini untuk kepastian. Saya ada meminta pemilik cek berkenaan bertanya ke bank.Mungkin orang boleh beri pengesahan.

Saya berharap tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam pengubahan wang haram. Burkina Faso merupakah negara kecil je. Malah ia merupakan negara yang miskin.

Ini merupakah gambar rumah orang di Burkina Faso yang saya ambil daripada laman web Wikipedia. Jadi tidak logik jika seorang di Burkina Faso memberikan anda USD93,000 kepada anda secara percuma.

Ini pula adalah peta kedudukan Burkina Faso. Ia merupakan antara negara Afrika yang miskin. Malah ia disokong oleh kenyataan daripada BBC News :

A poor country even by West African standards, landlocked Burkina Faso has suffered from recurring droughts, matched in number only by the military coups it has endured, especially during the 1980s.

BBC News

“The UN rates Burkina Faso as the world’s third poorest country”

BBC News

Pendapatan Per Kapita negara ini ialah USD430 (Mengikut Bank Dunia 2007). Ia merupakan negara ke 3 termiskin di dunia. Boleh pulak dia bagi cek USD93,000. Jika anda menerima cek ini, anda boleh buat laporan polis jika perlu. Ini adalah untuk mengelakkan anda disyaki terlibat dalam pengubahan wang haram oleh penjenayah.

Negara kita jauh lebih kaya daripada mereka. Jadi agak mustahil untuk mereka keluarkan cek beratus ringgit sedangkan negaranya diancam kebuluran. Scammer ini mungkin agak canggih kerana tahu mengunakan internet.

Saya syaki ia didalangi sendiket penjenayah antarabangsa. Di negara ke 3 termiskin, agak sukar untuk jumpa komputer pun. Inikan pulak nak gunakan internet. Ia mungkin didalangi oleh sendiket penipuan antarabangsa yang mensasarkan rakyat Malaysia.

Beringat sebelum terkena. Saya dah menasihatkan penerima cek ini membuat satu laporan polis bagi mengelakkan berlakunya sesuatu yang tidak diingini. Jika anda ada pengalaman yang sama, anda boleh kongsikan bersama.

Bersama kita banteras penipuan di internet.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • maksud pengubahan wang haram
  • pengubahan wang haram
  • cuci duit
  • maksud penggubahan wang haram
  • maksud cuci duit
  • makna pengubahan wang haram
  • cuci duit haram
  • cara pengubahan wang haram
  • cara penggubahan wang
  • cara gubah wang haram
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comment 1

  1. cencurut November 24, 2008

Leave a Reply

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.