Buat Duit Dengan Google Adsense
Powered by MaxBlogPress  

Membuka Akaun Al Rajhi Bank

April 23, 2008

Saya telah ke Al Rajhi Kota Damansara untuk membuka akaun. Ia hanya memakan masa lebih kurang 30 minit sahaja untuk settle semua. Apa yang perlu anda buat hanya bawa duit RM20 untuk deposit. Sebab utama saya buka akaun ialah untuk mengeluarkan wang daripada Paypal saya.

Memang servis bank ini sangat bagus dan cepat. Memang bank bertaraf antara bangsa. Apa yang yang perlu anda buat ialah ke kaunter, mereka akan minta Mykad untuk dapatkan nombor giliran. Saya terus dipanggil ke kaunter selepas mendapat nombor giliran. Kemudian saya diberikan 3 borang,satu borang maklumat diri dan 2 borang yang hanya memerlukan saya tandatangan & tulis nombor IC.

Terdapat 2 jenis akaun simpanan iaitu yang biasa dan murabahah. Yang biasanya anda deposit ialah RM20 dan Murabahah ialah RM100. Yang membezakannya ialah murabahah terdapat keuntungan bulanan yang akan didebitkan ke akaun anda. Anda juga perlu pastikan ada baki sekurang kurang RM200 dalam akaun murabahah tersebut.

Saya hanya membuka akaun biasa dengan deposit RM50. Saya diberikan satu kad debit yang bertindak sebagai kad atm.Anda boleh setkan limit pengeluaran sehinggan RM5000 dan juga limit pembelian menerusi kad debit tersebut. Saya hanya setkan RM3000 sahaja. Jika nak ubah limit, anda perlu ke bank berkenaan.

Al Rajhi Bank telah mengabungkan semua kemudahan yang diperlukan sebagai seorang usahawan internet. Apa susah sikit ialah cawangan Al Rajhi Bank masih kurang di Malaysia. Kita masih belum dapat buat interbank transfer dengan Al Rajhi bank kerana ia masih baru. Jika sesama akaun Al Rajhi, tiada masalah dah.

Nanti saya akan buat post bagaimana untuk mengeluarkan duit dari akaun Paypal ke akaun Al Rajhi Bank.

Share This Post

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

forex