Panduan Pengiklanan Berkesan Di Internet dan Media
Powered by MaxBlogPress  

Review Maskahwin Yang Hilang

July 11, 2008

Maskahwin yang hilang? Hilang ke mana? Huhuhu…Suspen je.Saya dalam mood untuk berumah tangga yang bakal berlansung pada Ogos nanti. Bagaimana perasaaan? Macam macam ada… Takut tok kadi banyak soal, takut tanggungjawab yang makin besar, takut malam pertama nak tanggung anak orang…macam macam perasaan la katakan. Gembira ada, gementar pun ada…

Buku Ebook Maskahwin yang hilang saya telah beli sejak tahun 2005 kalo tak silap saya. Dah lupa dah. Dah ia adalah salah satu buku yang saya seringkali ulang baca (Dulu ia dalam format buku) sehingga hari ini. Keghairahan saya membaca sehingga saya tidur dengan buku..nanti tidur dengan isteri la kot..ehemm

Ebook ini merupakan karangan Mohd Shuhaimy aka Shuth aka M.Sufiz. Fuh..banyak betul nama. Ia merupakan ebook panduan kewangan sebelum perkahwinan. Orang dah kawin pun boleh baca sebab apabila sebut tentang kewangan, semua orang terlibat. Malah budak lepas SPM tak terkecuali, ingat Labanon…kewangan kena jaga walaupun ko semakin kaya sekarang. :)

Sales letter Maskahwin ini pun sering menjadi rujukan saya untuk menulis sales letter yang boleh menjual. Seronok membaca buku tersebut kerana ayat yang sempoi bahasa yang terkena batang hidung saya sendiri dalam sesetengah perkara. Itu yang saya suka tentang ebook ini. Sebab itulah Ebook Maskahwin yang hilang tetap mendapat sambutan walaupun dah 4 @ 5 tahun ia berada di pasaran.

Tajuknya pun mampu menimbulkan kontroversi tanda tanya kepada sesiapa sahaja yang tengah berkira kira nak berumahtangga. Tidak kiralah samada lelaki atau pun wanita. Kita serupa…

Apabila harga minyak dan barangan dah naik. Ia menyebabkan kebanyakan bakal pengantin mengelabah untuk menambah bajet masing masing. Termasuk la saya ni. Saya terpaksa menambah extra beberapa ribu lagi bagi persediaan kenaikan harga barang. Bakal pengantin lain macamana?

Mungkin ada yang terpaksa meminjam daripada saudara mara sebab tak cukup duit kerana kenaikan harga minyak yang mengejut. Saya ada buat simpanan skit,jadi tak la risau sangat. Tetapi risau la jugak kot2 habis saving hanya untuk kahwin. Tapi takpe la, kahwin hanya sekali seumur hidup. :)

Berapakah bajet perkahwinan bagi perkahwinan sekarang? RM15,000? Rasanya tak cukup dah jumlah tu sekarang. Dah dekat RM20,000 dah semata mata untuk kawin. Kalo buat pinjaman PTPTIPU PTPTN,dah dekat seumur hidup tu nak bayar tu. Semuanya bagi majlis untuk 2 hari (sehari umah perempuan,sehari umah lelaki).

Mereka yang bujang pulak nampaknya terpaksa la mengubah pelan nak kahwin bila raba poket tinggal duit syiling je setiap bulan. Makin maju, makin susah kan? Jadi penyelesaianya buat pelan untuk kahwin. Tingkatkan jumlah tabungan dan kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu. Say No To A***O (abis la Ananda Krishnan nanti), tengok je la TV1,Tv2,TV3,TV7,TV8 dan TV9. Dah ada 6 channel yang free.

Terdapat banyak lagi cara lain nak membantu bakal pengantin untuk mempercepatkan majlis Raja Sehari tersebut. Jika nak tahu, sila dapatkan la Ebook Maskahwin yang Hilang di http://www.Maskahwin.com.

maskahwin

Tak sabar nak kawin? Puasa je la. Sekarang ni kan bulan Rejab. Dapat pahala. Jangan lupa dapatkan Ebook Maskahwin yang Hilang ye! RM15 je untuk mendapatkan ilmu yang tidak ternilai..


http://www.maskahwin.com

Doakan kebahagiaan kami ye!

Share This Post

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Review Rahsia Mudah Akad Nikah

April 4, 2008

Saya diberikan ebook review Ebook ini pada beberapa minggu lepas. Bagi saya, ia topik yang evergreen sebagaimana Ebook/Buku Maskahwin yang Hilang Shuth punye tu. Ini adalah kerana topik nikah dan kahwin adalah topik yang berpanjangan. Pasti ada orang nikah setiap bulan terutamanya semasa cuti sekolah. Berderet deret majlis kahwin ni.

Warna pun pink jugak. Sinonim betul warna pink dengan kahwin. Memang seronok membaca ebook ini kerana gaya bahasa yang mudah. Tahniah buat saudara Meor kerana berjaya menghasilkan karya yang bagus dan akan membantu ramai bakal pengantin nanti.

Namun,beberapa perkara perlu dimantapkan sedikit lagi seperti langkah langkah bagi perkahwinan bagi mukim berlainan. Kita sedia maklum hari ini,orang tak lagi kahwin satu negeri. Malah ada yang kahwin Johor-Perlis,Perlis-Sabah & sebagainya. Rasanya pasti ramai bakal pengantin ingin tahu tentang maklumat sedemikian.

Bahkan saya sendiri inginkan maklumat itu. Saya nak nanti kena panjat Grik jugak. Terengganu-Perak. Nasib baik tak kena pantun pantun mcm kat Johor. Kalo tak jenuh nak mencari orang yang pandai berpantun. Saya sendiri pun sedang membuat persiapan sedikit sebanyak untuk hari tersebut.

Sewa bas dan resort belum selesai lagi. Tinggal lagi 4 bulan. Berdebar debar la jugak.ekekeke..

Saudara Meor juga ada sediakan satu spreedsheet untuk buat budgeting untuk perkahwinan. Rasanya ia akan banyak membantu nanti untuk buat planning. Tentang kenduri saya kat rumah saya, saya tak risau sebab Ayah nak sponsor lembu 3 ekor..hehehe.Save bajet aku… :P

Berbaloi la kalo anda membelinya. Hanya RM30 sahaja. Anda boleh layari http://www.nikahkahwin.com .Rasanya ia adalah satu panduan yang perlu untuk bakal pengantin khususnya pihak lelaki. Pihak perempuan pun perlu tahu jugak.

Jadi kalo nak kahwin tu, jangan lupa dapatkan ebook ini.

Share This Post

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

forex