Pulau Pinang Tanpa DEB? Komen Saya..
March 11, 2008
Dalam Utusan hari ini mengatakan Pulau Pinang tanpa DEB dan Nasib semua bangsa adalah sama di Pulau Pinang.
PULAU PINANG 11 Mac – Hanya beberapa jam selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Pu lau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerajaan campuran DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mentadbir negeri itu bebas daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang beliau dakwa akan mewujudkan kronisme, amalan rasuah dan sistem yang tidak cekap.
Dalam ucapan sulungnya sebagai Ketua Menteri, beliau berkata, kerajaan negeri baru itu akan melaksanakan sistem tender terbuka bagi semua pemerolehan dan kontrak kerajaan.
DEB menekankan pembasmian kemiskinan dan pens trukturan semula ekonomi untuk menghapuskan penge nalan etnik dengan fungsi ekonomi.
Dasar itu, yang dilaksanakan pada 1971, juga mengandungi pengagihan kekayaan dan tindakan teguh untuk orang Melayu dan Bumiputera bagi memperoleh sekurang-ku rangnya 30 peratus daripada kekayaan negara.
Berikutan kenyataan Guan Eng itu, beliau ditanya mengenai hak-hak orang Melayu dan jawabnya: “Nasib semua bangsa dan untung nasib mereka adalah sama.
“Saya tak mahu cakap tentang nasib golongan itu atau golongan ini kerana nasib kita semua adalah sama dan hala tuju kita juga adalah sama.” — BERNAMA.
Kenyataan cukup berani Lim Guan Eng. Saya rasa ia pasti akan menimbulkan banyak isu yang kerajaan cuba elakkan iaitu survival orang melayu…
Dasar DEB dibuat untuk memelihara hak hak orang melayu. Tetapi apabila tak dilaksanakan, orang melayu akan terasa kesan yang cukup perit di Pulau Pinang. Kronisme bukanlah alasan yang kukuh untuk tidak melaksanakan DEB. Masyarakat Melayu di Pulau Pinang agak ketinggalan saya kira. Mereka hanya tinggal di pinggir bandar.
Nampaknya DAP dah menunjukkan belangnya. Bukan masanya untuk DEB tidak dilaksanakan dengan keadaan Bumiputera masih mundur. Tidak dinafikan masyarakat Cina menguasai ekonomi di Pulau Pinang. Kedai kedai dibandar telah dimonopoli oleh peniaga Bangsa Cina.
Jika orang Melayu meniaga di bandar pun pasti orang melayu tak menyokong perniagaan bangsa sendiri. Ia mungkin kelemahan yang perlu orang melayu ubah demi survival Bangsa Melayu. Ini telah cuba diubah sejak dari merdeka, namun hingga kini orang melayu masih dalam keadaan yang sama.
Kenyataan DAP yang memansuhkan DEB di Pulau Pinang akan menimbulkan reaksi daripada pemimpin Melayu di Malaysia. Mungkin sebab itulah orang Melayu mesti menjadi PM,MB dan Yang Di Pertua Negeri. Di Perak,nasib agak baik kerana Undang Undang Badan Perak yang menwajibkan MB mestilah orang Melayu dan Islam. Jika di Perak pun dimansuhkan DEB, nasib orang orang melayu di Perak akan diperjudikan.
Ia mungkin satu ingatan kepada orang Melayu agar tidak terlalu bergantung kepada kerajaan. Ia sudah sampai masanya untuk kita belajar berdikari. Tiada orang yang akan memelihara hak Melayu jika kita sendiri tidak memperjuangkannya. Inilah demokrasi di Malaysia. Anda telah memilih pemimpin anda…Terlajak Perahu Boleh Diundur, Tersalah Undi Buruk Padahnya…hehehe
Untuk mendapatkan kontrak kerajaan di Pulau Pinang adalah mustahil dan kerana kita tiada kuasa wang untuk kita “bermain”. Kaum Cina mempunyai kuasa wang. Namun, anda masih boleh mencuba.Lagipun ia adalah terbuka bukan? Siapa yang akan menjadi “hero” di Pulau Pinang nanti ye?
Banyak betul kejutan yang berlaku dalam minggu ni. BA menang besar. BN menang cukup cukup makan dalam PRU 12. Namun, ia adalah bukti bahawa tiada manipulasi SPR. Kalo ada manipulasi, BN tak la kalah seteruk ini dalam sejarah 50 tahun negara merdeka.
Orang meninggal pun ramai selepas pilihanraya ni. Terkejut agaknya. Ia adalah sekadar pendapat saya. Saya cuba berharap semua pemimpin Melayu bersatu tidak kira la mereka UMNO,PAS atau PKR. Jika kita bersatu, kita mampu menguasai ekonomi…Lagi satu jangan sampai kita hilang kuasa politik.
“Ya ALLAH, Kau satukanlah Bangsa Melayu untuk menjadi Bangsa yang gemilang dan terbilang. Janganlah KAU pecah belahkan kami sehingga menjadikan kami bangsa yang lemah. Eratkan hubungan diantara pemimpin peminpin Melayu untuk memperjuangkan nasib Bangsa kami. Ya ALLAH, perkenankanlah doa hambamu yang lemah ini” - Amin

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
PRU 12: Keputusan Mengejut Pilihanraya
March 9, 2008
Semalam saya tunggu sampai pukul 3. Nampaknya 5 negeri akan berada di tangan pembangkang. Tempat saya pulak? Saya mengundi di Adun Bukit Payung dan Parlimen Marang dan keputusannya ialah sudah tentu Pas menang! Kawasan panas kat Terengganu la katakan.
Saya tak terkejut kalo Pas menang di Kelantan. Saya terkejut bila Pas menang besar di Kedah dan PKR menjadi MB kat Selangor. Memang pilihanraya kali ni penuh dengan kejutan. 4 menteri kalah teruk. 10 timbalan menteri ikut serta. Bukan ini yang dikatakan suara rakyat.
Rakyat mahukan pembaharuan. Pak lah patut menilai pentadbiran beliau. Kenapa boleh kalah teruk sedemikian, yang menang pun majoriti sikit je. Pak Lah pun menang dengan majoriti 6K lebih. Itu adalah satu tanda Pak Lah mungkin akan jatuh pada pilihanraya akan datang. Di Terengganu, BN masih memerintah.Kebanyakan yang kalah ialah di tempat dimana Idris Jusoh mengugurkan pemimpin yang mampu mencabar beliau untuk menjadi Menteri Besar Terengganu.
Banyak benda yang perlu dinilai dengan pentadbiran sekarang. Kerajaan patut menilai dan mengkaji apa yang rakyat mahukan. Bukan sogok dengan pelbagai kemajuan yang tidak diperlukan seperti masjid kristal & etc. Di Selangor contohnya, kebanyakan tidak berpuas hati dengan dengan kenaikan harga barang dan minyak. Itulah isunya. Begitu juga isu Khairi dan kronisme bersama dengan pelbagai kes rahsuah.
Isu pengundi hantu tidak wujud. Pembangkang menang besar pada PRU 12 ni. Nak dapatkan 1 negeri, 4 negeri yang terlepas. Ni la yang dikatakan “Yang dikejar tak dapat, Yang dikendong keciciran”. Nak kejar kelantan, Perak,Penang,Kedah dan Selangor terlepas. hehehehe.
Semalam memang panas. Bisnes pun agak slow sekarang. Lepas ni kena usaha lebih untuk memajukan lagi perniagaan. Tak kisah la siapa yang memerintah. Diharap ia membawa kemakmuran kepada negeri dan negara. Tahniah buat calon yang menang. Selamat maju jaya buat calon yang kalah.
Salam Usahawan!

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!






Recent Comments