Apa Yang Anda Ingin Tahu Tentang Perniagaan Internet?
June 20, 2008
Saya ingin menghasilkan produk baru iaitu Siri Video pulak. Ia akan menjadi satu koleksi video tentang perniagaan internet. Jadi saya memerlukan cadangan dari anda semua untuk menghasilkan video video ini. Ini adalah kerana saya mengalami writers block sekarang. Saya takde idea untuk menulis panjang mcm ebook.
Jadi saya akan bertukar kepada video pulak bagi menambah koleksi perniagaan internet saya. Apa yang perlu anda buat ialah beritahu apa yang anda mahu tahu tentang perniagaan internet. Saya dah pun mula mengumpul bahan. Saya akan cuba buat Video ini secepat mungkin.
Saya sediakan satu poll untuk anda pilih. Jangan lupa untuk meninggalkan komen bagi mengenalpasti apa yang anda ingin tahu.
Saya akan membuat produk akan datang ini berdasarkan kemahuan anda. Perniagaan internet adalah antara perniagaan yang mendapat sambutan yang cukup hangat ketika ini. Jadi saya berharap video ini nanti akan membantu menambah pengetahuan anda.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!






Recent Comments