Buat Duit Dengan Google Adsense
Powered by MaxBlogPress  

Jika Diberi Pilihan….

March 26, 2008

Bila baca berita & calling kawan kawan kat Terengganu…terasa panas di hati ni…UMNO & BN..Apa yang korang buat ni?…

Jika diberi pilihan diantara…

BN & BA…. Saya pilih BN

BN & Sultan…. Saya akan pilih Sultan

Terus terang…Saya memang pro kerajaan. Tapi yang diorang buat kat Sultan Mizan, saya takkan terima.Ia tak dapat diterima.Pak Lah, hantu mana yang rasuk ko ni? Takkan nak letak semua kroni ko…Baru 5 tahun memerintah dah kucar kacir satu negara…

Rakyat dah bersuara di Terengganu,mereka pilih BN.Kuasa Sultan pulak melantik MB.Bila Sultan dah lantik MB pilihan dia, kenapa nak pertikaikan lagi. Bila Lim Kit Siang cakap nak boikot Majlis Angkat Sumpah kat Perak, kita melenting cakap tak hormat kat Sultan dan Raja…Bila UMNO sendiri tak hormat Sultan?..memang anak ##### la diorang tu.

Bila di Terengganu, cakap tak serupa bikin.. Sultan diperlekehkan…Saya tau politik kotor..Tapi kalau Sultan diperlekehkan disebabkan oleh politik orang Melayu sendiri..Itu tak boleh diterima. Nak menghadapi kemarahan rakyat Terengganu? Oh…silakan… Jangan nak main dengan Api..

Memang saya pro kerajaan. Tapi tak bermakna saya sukakan Pak Lah & Idris Jusoh.Ramai rakyat tak sukakan Idris Jusoh. Sultan ikut suara rakyat. Ayah saya pernah bersembang dengan salah seorang penasihat Sultan yang juga kawan sepermainan dia. Itu yang Sultan mahukan dan rakyat mahukan. Sultan mahukan orang lain menjadi MB malah pada pilihanraya 2004 pun Sultan tak berkenan dengan Idris Jusoh.

Pak Lah sepatutnya meletak jawatan sebagaimana Tun Dr. Mahathir sarankan. Bukan saya tak setia ke apa. Saya tak setia kepada individu tertentu..Kita patut berikan kepada orang yang sepatutnya memerintah. Apa yang berlaku sekarang pernah berlaku dulu cuma Sultan tak dipermainkan seperti sekarang. Rakyat dah bersuara dalam pilihanraya bahawa “Mr.Clean” memang pengotor. Rakyat dah nampak benda tu.

Tak perlu la nak buat blog la, perang siber politik la…Tak perlu benda tu… Benda dah terang, tak perlu nak suluh dah…

Takkan Bangkai Gajah nak tutup dengan sehelai daun kot… Tu keje bodoh namanya..

Jika pilihan raya akan datang masih lagi diketuai Pak Lah, saya jamin BA yang akan menang di seluruh negara. Bukan setakat 5 negeri je. Seluruh negara… Rakyat bukannya bodoh.. Kami pun ada akal fikiran…Rakyat hari ni tak hanya tengok berita kerajaan.. Kami baca pun harakah,kami pun baca blog…Itu realiti…

Ini luahan rasa sebagai anak negeri Terengganu. Saya cukup menyanjungi Sultan Mizan.Seorang yang cukup mementingkan agama. Permaisurinya bertudung..(jin Pak Lah bertudung ke)..Kharismanya jauh mengatasi Pak Lah.. Baginda seorang yang bercakap dengan lembut..Saya pernah beberapa terserempak dengan Baginda ketika berjogging di Pantai & Baginda Sultan suka berkuda di pantai..

Baginda membahasakan dirinya “Saya” ketika bercakap dengan orang ramai.. Ini dah menampakkan jiwa rakyat dalam diri Baginda. Seorang raja membahasakan dirinya “saya” ketika bercakap dengan orang yang menegurnya.Bagi saya yang melihat dengan mata kepala saya sendiri, Baginda sememangnya berjiwa rakyat. Susah untuk mencari yang perwatakan sedemikian…Baginda tak sukakan kereta mewah..apa yang Baginda suka ialah Kuda..

Rasanya dah ramai orang tak puas hati dengan keadaan sekarang ini. Pak Lah tak patut campur tangan urusan pelantikan MB. Di Perlis, ADUN masih menghormati Sultan walaupun Pak Lah cuba meletakkan kroninya Shahidan Kassim. Di Terengganu,berlainan pula.

Saya tahu ada ADUN yang tak sukakan Idris. Mereka diberi amaran akan dipecat dari parti menyebabkan mereka tidak berani bersuara. Perkara yang sama yang terjadi pada kerajaan pusat. Kebanyakan tak berani nak “berkata tidak” kerana takut kehilangan jawatan. Sebab tu saya respek kat Mukhriz Mahathir kerana berani menyatakan pendirian beliau meminta Pak Lah letak jawatan untuk memberi laluan kepada pemimpin baru mengetuai negara. Saya mahukan pemimpin seperti beliau untuk memimpin. Ada pendirian…Dan bukan seperti KJ yang sering mengambil kesempatan ke atas orang lain..

Politik sekarang sangat kotor…

Share This Post

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Krisis Politik Terengganu Berterusan

March 23, 2008

Saya sebagai anak terengganu berasa sedikit kecewa dengan apa yang berlaku. Ia secara terang terangan menunjukkan pemimpin melayu berpecah belah di Terengganu. Saya rasa PRU 12 adalah paling kucar kacir dalam sejarah Malaysia. Negeri yang menang banyak yang berlaku perebutan kuasa..Perak,Kedah,Selangor,Perlis dan Terengganu adalah antara negeri yang terlibat.

Yang paling teruk ialah Terengganu yang sehingga kini belum selesai sejak 8 mac lepas. Dah 3 minggu berlalu keadaan negeri masih belum berkerajaan. Nak kata BN kalah, dah menang. Apa yang susah ye?Lantiklah sesiapa yang layak menjadi MB. Bila dah lantik, ADUN tak setuju & nak letak jawatan. Nak mengundi balik…Saya tak balik dah sebab PAS menang..hehehe

PAS pasti bersorak gembira jika ada pilihanraya kembali. Keadaan mungkin akan berlaku sebaliknya.BN kalah & PAS menang seluruh negeri. Jika pilihanraya dilakukan kembali, saya rasa keganasan akan berlaku lagi sebagaimana PRU 12 baru baru ni. Saya memang tidak sukakan keadaan sedemikian.

Kenapa ini terjadi kepada negeri tumpah darahku ni? Saya berasa kurang selesa dengan keadaan yang berlaku ini. Terus terang.. Harap ia dapat diselesaikan dengan cara baik. Pilih pemimpin yang disokong ramai.Bukan sebab kemahuan individu tertentu bagi melancarkan perjalanan pentadbiran.

Harap apa yang berlaku akan menjadi pengajaran buat mereka yang terlibat dalam politik.Kerajaan asyik menyerang pembangkang cakap pentadbiran tak smooth…sekarang berbalik kat muka sendiri. Terengganu dok asyik bergaduh merebut jawatan MB…

Selesaikan dengan cara baik.”Dok Molek douk balloh sebab nok jawatang”…hehehe..loghat Terengganu skit..:p

Share This Post

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Terengganu Masih Tiada MB ni..Apa cerita?

March 13, 2008

Saya masih berada di Terengganu sekarang ni.Esok baru saya balik ke KL. Rakyat Terengganu masih tertanya tanya siapakah yang bakal menjadi bakal Menteri Besar Terengganu. Samada Tok Deris kekal sebagai MB atau tukar angin kepada orang lain.

Sekarang ni ada khabar angin bahawa pihak istana tidak mahukan Idris terus menjadi MB Terengganu. Betul atau tidak, hanya Allah yang tahu. Setahu saya Sultan Mizan sebenarnya mempunyai calon MB ketika BN menang pilihanraya 2004 dulu. Ada campurtangan daripada Pak Lah yang mengangkat Datok Seri Idris Jusoh sebagai MB.

Sekarang Sultan Mizan adalah orang nombor 1 negara. Pak Lah pun tak nak tentukan siapa bakal MB Terengganu sebab Agong lebih berkuasa. Kita tunggu la siapakah yang bakal menjadi MB Terengganu ini. Entah bila pihak Istana umumkan siapakah MB baru nanti.

Nampaknya ramai yang tak sukakan Datok Seri Idris Jusoh menjadi MB.Malah ada beberapa orang kampung saya nak buat pulut kuning kalau Idris Jusoh tak dipilih sebagai MB. Sampai macam tu sekali. Mungkin sebab itulah kekalahan & kehilangan 8 kerusi. Mereka perlu kaji kenapa orang sokong Pas di kawasan tertentu. Pengundi hantu adalah mitos semata mata dan untuk dijadikan alasan jika kalah. “Takkan tak kenal jiran sekampung yang mengundi kot”.Fikir sendiri la…

Saya tak percayakan media sebulat bulatnya tidak kira la Harakah atau Akhbar lain. Saya akan baca kesemuanya dan menilai sendiri.Bukan ikut apa yang didakwa oleh pihak terlibat. Itu cara saya memilih. Bukan sebab menyokong sebulat bulatnya apa yang orang kata.Kita ada akal, fikirlah sendiri.

Kronisme? BN atau Pas sama sahaja kalau lihat di Terengganu la. Saya pernah rasa kedua dua ini memerintah. Ada kelebihan dan kekurangan masing masing. Kronisme? Dua dua pun bagi kat kroni masing masing.Tanah,projek & etc, kroni yang dapat. Sape yang buat? Dua dua…Kuasa ni sangat bahaya kalau disalahgunakan.

Namun, saya cukup respek Pas Kelantan. Pemimpinnya yang disayangi rakyat. Lemah tutur katanya dan penuh berhikmah. Ia agak berbeza dengan Pas Terengganu yang agak keras. Kes keganasan semasa mengundi baru ni pun semuanya berlaku di kawasan ini. Sebab ia “diluluskan” oleh pemimpin mereka seolah olah, tiada undang undang. Bagi saya perlakuan ini bukanlah perangai orang Islam.

Memukul orang sesuka hati. Merosakkan harta benda orang. Itu bukan sifat dan sikap orang Islam.Islam melarang keras perkara sebegini. Nabi dah tunjukkan teladan yang baik samada berpolitik dan sebagainya. Jika ini la sikapnya, masyarakat luar akan terus menganggap bahasa Islam adalah pengganas. Sebabnya adanya ektremis agama yang melampau sebegini walhal setiap agama ada ektremis masing masing. Tetapi Islam lebih menonjol.

Dah la tahun ni adalah Tahun Melawat Terengganu. Pelancong tengok mereka memecahkan cermin bas & etc pasti mereka membatalkan lawatan mereka di sini. Dalam seminggu kat umah ni saya belum melihat seorang pun pelancong asing yang merayau rayau di Bandar Kuala Terengganu.Biasanya ada la mat salleh dengan peta ditangan mencari hotel dan sebagainya. Ini tidak…

Harap Pihak Pas mengambil perkara ini secara serius. Ia akan membawa kesan untuk jangka masa yang panjang. Jika di Kelantan, mereka berkempen dan mengundi secara aman. Tiada kekecohan apa apa. Di Terengganu seperti nak berperang sedangkan kita semua adalah seagama dan sebangsa.

Saya suka tengok cara Bangsa Cina berpolitik. Mereka tidak pernah mencampurkan hal politik dalam kehidupan mereka. Bila politik,politik la.Bila berniaga,mereka berniaga sungguh sungguh. DAP,MCA atau GERAKAN itu semua tak jadi masalah. Ideologi berbeza bukan satu alasan untuk mereka bermusuh musuhan. Ia agak berbeza dengan masyarakat melayu…

Satu lagi,Orang melayu pantang di tegur. Buktinya bila Tun Dr.Mahathir menegur. Mereka mengatakan bahawa Tun nak jadi pengkhianat parti.Bukan nak ambik teguran tu secara positif & menilai teguran tu. Bagi saya Tun Dr. Mahathir adalah negarawan yang sejati. Media sekarang pun dilarang mengambil apa apa kenyataan di media sebab Tun menegur Pak Lah. Politik sekarang memang kotor kan?

Cukup la pasal politik & pilihan raya. Sekarang masanya untuk kita kembali bekerja keras untuk mencapai cita cita kita. Tidak guna hanya berbicara tanpa tindakan. Betul tak? Jadi susunlah strategi semoga tahun 2008 dapat mengubah hidup anda menjadi seorang insan yang berguna demi negara,bangsa dan negara.

Sekian…

Share This Post

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

forex