Panduan Pengiklanan Berkesan Di Internet dan Media
Powered by MaxBlogPress  

Keperluan Menguasai Ekonomi

May 18, 2008

Semalam saya baru sahaja selesai menjalani kursus Perundingan Perniagaan anjuran MARA. Saya dapat jumpa 2 orang orang besar MARA Terengganu dan juga Pahang semalam. Penceramah? Saya dah kenal dah, dah jadi mcm member dengan consultant tu.

Saya dah beberapa kali menyertai seminar yang diajar oleh mereka. Perundingan perniagaan kali ini terpaksa diturunkan level kerana ramai yang belum start biz yang join.Pelik jugak kenapa mreka join kursus Pemantapan Usahawan.Mereka sepatutnya join kursus Asas Perniagaan terlebih dahulu.

Kursus ni berbayar.Sebab berbayar kot diorang bagi je sape nak masuk walaupun tak start lagi meniaga. Ada jugak budak lepas u masuk. Tapi apa yang sedikit terkilan,mereka datang berpasangan & gunakan dok hotel untuk seminar untuk membuat “onar”. Mula mula saya sangkakan mereka pasangan suami isteri,rupanya tidak…Oh lupa,mereka menginap disebelah bilik saya..

Saya rasa mereka takkan start meniaganya jika buat macam tu. Hanya nak ambil kesempatan p kursus je kot. Entah la. Apa nak jadi tah budak u sekarang ni…Sedih..

Saya tanya nak wat biz apa…jawabnya, tak tahu lagi..

hmm..Rasanya tak start dah sebab tak decide pun lagi nak jadi apa. Awek memang cun. :P. Just suka suka dapat dok hotel je kot. Dalam paper hari ni pun ada kes budak ceroboh rumah kekasih untuk melempias nafsu.Ia pernah terjadi kat kampung saya beberapa tahun lepas.Lembek kena belasah bapak budak perempuan tu.Sekarang tak kira la,dok bandar ke kampung ke..sama je..huhuhu

Yang ajak “balak” datang umah time mak bapak takde pun ada..

Kreatif betul..paper semalam plak pasal penuntut universiti yang sewa chalet gan “balak” dia sebelum balik u. Pastu kantoi.. Macam macam sekarang ni..pembaca akhbar Harian Metro tahu la.. :P. Cerita macam tu memang orang suka..hohoho

Otak bijak…tapi bodoh..

[Read more]

Share This Post

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Pilihan Raya dan Perniagaan

March 17, 2008

Bahang pilihanraya masih belum hilang. Banyak isu yang timbul selepas pilihan raya ni.Isu Datok Mukhriz, Perlis,Perak, Terengganu, DEB dan banyak lagi isu yang timbul selepas pilihanraya. Ia membuatkan suasana agak berserabut. Bagaimana pulak dengan bisnes? Sudah tentu ia akan terkesan sama.

Sepanjang demam pilihanraya, sales agak merosot. Walau bagaimana pun saya telah pun membayar komisen sebanyak RM385 bagi affiliate Raja Adsense dan Penulis Ebook. Banyak la jugak tu. Secara purata jualan ebook adalah 40 jualan sebulan bagi Raja Adsense dan 20 bagi Penulis Ebook.

Sejak pilihanraya pada 8 Mac lepas, hanya 5 sales hingga sekarang. Kesan yang cukup besar saya kira. Saya sedang menunggu cuti sekolah tamat untuk melancarkan ebook terbaru saya iaitu Siri Pengiklanan. Daripada respon beberapa orang yang saya minta untuk review, ia sangat positif.

Bukan senang untuk menulis ebook yang teknikal seperti Adwords,Adsense, Wordpress dan sebagainya. Ini adalah kerana kebanyakan orang tiada kurang asas. Sebab itulah sebagai penulis ebook, kita perlu mengambil kira golongan yang tiada kurang asas IT.

Zul Smartusaha juga mengalami kesan yang sama.Saya yakin kebanyakan usahawan internet yang mensasarkan pasaran Malaysia akan mengalami sedikit penurunan dari segi jualan produk mereka. Walau bagaimanapun, pasaran Malaysia masih segar dan perlukan banyak suntikan untuk terus berkembang maju.

Harga Minyak Dunia hari ini pula mencecah USD111.42 setong. Harga yang tertinggi setakat ini. Mereka yang menang pilihanraya yang nak turunkan harga minyak tu? Mampu ke buat? Harga minyak dunia makin naik, kita nak turunkan pulak.Sebenarnya bukan hanya di Malaysia yang mengalami kesan kenaikan harga minyak, tetapi di seluruh dunia…Yang pastinya harga minyak tidak akan turun selagi tiada tenaga alternatif dijumpai..

Inilah hakikat dunia hari ini. Kita hanya boleh bercakap.Untuk melaksanakan, memang susah. Jadi jika berjanji, pastikan ia mampu dilaksanakan. Rakyat pasti menuntutnya dan ia akan menjadi satu isu politik oleh pembangkang. Tabur janji sememangnya mudah. Pelaksanaan memerlukan perancangan yang teliti, jika tidak 5 tahun akan datang, berubah lagi la pucuk pimpinan negeri yang terlibat. Selamat berjuang BA.

Rakyat akan menuntut janji janji anda semua! Begitu juga dengan BN, Rakyat pun akan menuntut janji pilihanraya anda.

BN menjadi satu parti tunggal?Oh..saya kira ia adalah cubaan untuk menjadikan konsep samarata. Keistimewaan orang melayu dan bumiputera akan hilang. Itulah yang akan berlaku.Tiada lagi hak istimewa dalam politik. Mana mana orang boleh menjadi Presiden BN.Ia adalah dasar demokrasi. Kalo terima, saya kira bodoh la orang tu.

Itu adalah pandangan saya.Konsep samarata dilaksanakan, tiada lagi DEB,tiada lagi hak hak orang melayu dan Malaysia akan menjadi negara sekular sepenuhnya.Kita boleh “claim” sebagai negara islam kerana pemimpin kita terdiri daripada orang islam.Bila konsep samarata dilaksanakan, pemimpin boleh jadi dari mana mana bangsa. Sangat terbuka bukan?

Kesan jangka panjang memang dahsyat. Perbalahan antara kaum mungkin berlaku kerana sekarang ini kebanyakan parti berjuang untuk mempertahankan bangsa masing masing. Apa yang mereka ingin perjuangkan jika ia samarata. Macam konsep komunis la jadinya. Parti berjuang untuk mempertahankan hak bangsanya. Itulah politik Malaysia.

Harap pemimpin kita bertindak waras…Risau tengok keadaan politik sekarang..Kucar kacir..

Share This Post

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Pulau Pinang Tanpa DEB? Komen Saya..

March 11, 2008

Dalam Utusan hari ini mengatakan Pulau Pinang tanpa DEB dan Nasib semua bangsa adalah sama di Pulau Pinang.

PULAU PINANG 11 Mac – Hanya beberapa jam selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Pu lau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerajaan campuran DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mentadbir negeri itu bebas daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang beliau dakwa akan mewujudkan kronisme, amalan rasuah dan sistem yang tidak cekap.

Dalam ucapan sulungnya sebagai Ketua Menteri, beliau berkata, kerajaan negeri baru itu akan melaksanakan sistem tender terbuka bagi semua pemerolehan dan kontrak kerajaan.

DEB menekankan pembasmian kemiskinan dan pens trukturan semula ekonomi untuk menghapuskan penge nalan etnik dengan fungsi ekonomi.

Dasar itu, yang dilaksanakan pada 1971, juga mengandungi pengagihan kekayaan dan tindakan teguh untuk orang Melayu dan Bumiputera bagi memperoleh sekurang-ku rangnya 30 peratus daripada kekayaan negara.

Berikutan kenyataan Guan Eng itu, beliau ditanya mengenai hak-hak orang Melayu dan jawabnya: “Nasib semua bangsa dan untung nasib mereka adalah sama.

“Saya tak mahu cakap tentang nasib golongan itu atau golongan ini kerana nasib kita semua adalah sama dan hala tuju kita juga adalah sama.” — BERNAMA.

Kenyataan cukup berani Lim Guan Eng. Saya rasa ia pasti akan menimbulkan banyak isu yang kerajaan cuba elakkan iaitu survival orang melayu…

Dasar DEB dibuat untuk memelihara hak hak orang melayu. Tetapi apabila tak dilaksanakan, orang melayu akan terasa kesan yang cukup perit di Pulau Pinang. Kronisme bukanlah alasan yang kukuh untuk tidak melaksanakan DEB. Masyarakat Melayu di Pulau Pinang agak ketinggalan saya kira. Mereka hanya tinggal di pinggir bandar.

Nampaknya DAP dah menunjukkan belangnya. Bukan masanya untuk DEB tidak dilaksanakan dengan keadaan Bumiputera masih mundur. Tidak dinafikan masyarakat Cina menguasai ekonomi di Pulau Pinang. Kedai kedai dibandar telah dimonopoli oleh peniaga Bangsa Cina.

Jika orang Melayu meniaga di bandar pun pasti orang melayu tak menyokong perniagaan bangsa sendiri. Ia mungkin kelemahan yang perlu orang melayu ubah demi survival Bangsa Melayu. Ini telah cuba diubah sejak dari merdeka, namun hingga kini orang melayu masih dalam keadaan yang sama.

Kenyataan DAP yang memansuhkan DEB di Pulau Pinang akan menimbulkan reaksi daripada pemimpin Melayu di Malaysia. Mungkin sebab itulah orang Melayu mesti menjadi PM,MB dan Yang Di Pertua Negeri. Di Perak,nasib agak baik kerana Undang Undang Badan Perak yang menwajibkan MB mestilah orang Melayu dan Islam. Jika di Perak pun dimansuhkan DEB, nasib orang orang melayu di Perak akan diperjudikan.

Ia mungkin satu ingatan kepada orang Melayu agar tidak terlalu bergantung kepada kerajaan. Ia sudah sampai masanya untuk kita belajar berdikari. Tiada orang yang akan memelihara hak Melayu jika kita sendiri tidak memperjuangkannya. Inilah demokrasi di Malaysia. Anda telah memilih pemimpin anda…Terlajak Perahu Boleh Diundur, Tersalah Undi Buruk Padahnya…hehehe

Untuk mendapatkan kontrak kerajaan di Pulau Pinang adalah mustahil dan kerana kita tiada kuasa wang untuk kita “bermain”. Kaum Cina mempunyai kuasa wang. Namun, anda masih boleh mencuba.Lagipun ia adalah terbuka bukan? Siapa yang akan menjadi “hero” di Pulau Pinang nanti ye?

Banyak betul kejutan yang berlaku dalam minggu ni. BA menang besar. BN menang cukup cukup makan dalam PRU 12. Namun, ia adalah bukti bahawa tiada manipulasi SPR. Kalo ada manipulasi, BN tak la kalah seteruk ini dalam sejarah 50 tahun negara merdeka.

Orang meninggal pun ramai selepas pilihanraya ni. Terkejut agaknya. Ia adalah sekadar pendapat saya. Saya cuba berharap semua pemimpin Melayu bersatu tidak kira la mereka UMNO,PAS atau PKR. Jika kita bersatu, kita mampu menguasai ekonomi…Lagi satu jangan sampai kita hilang kuasa politik.

“Ya ALLAH, Kau satukanlah Bangsa Melayu untuk menjadi Bangsa yang gemilang dan terbilang. Janganlah KAU pecah belahkan kami sehingga menjadikan kami bangsa yang lemah. Eratkan hubungan diantara pemimpin peminpin Melayu untuk memperjuangkan nasib Bangsa kami. Ya ALLAH, perkenankanlah doa hambamu yang lemah ini” - Amin

Share This Post

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

forex