MIRSB Tak Serik, Kini Maroon Online Pulak
November 12, 2008
Selepas tutupnya MIRSB dengan sistem SMS yang tak pernah bayar kat orang. Sistem monsun yang guna script yang tak selamat. Klon MIRSB dengan GVR.Sistem Bossmailer yang mengamalkan teknik spam. Kini muncul pulak Maroon-Online.com.
Dalam metro hari dah keluar balik iklan untuk menipu orang ramai. Harga beratus ribu dan peluang pendapatan berjuta juta. Konsepnya tak pernah berubah.Ianya untuk memancing orang buta IT yang ingin cepat kaya dan yang bermentaliti skim cepat kaya.
Tiada peserta yang berjaya pun.Yang berjaya dapat duit ialah orang MIRSB sendiri la.Masakan tidak satu pakej diorang caj beribu ribu. Terus terang saya memang tak sukakan apa yang mereka buat. Mereka merosakkan tanggapan orang tentang perniagaan internet.
Pengiklanan di internet tak semestinya berbayar! Ada banyak cara lain yang percuma untuk mengiklankan perniagaan. Memang internet mempunyai kuasa besar pada masa akan datang. Tetapi jangan la menipu golongan yang buta IT untuk mula sesuatu yang mereka tak tau atau disembunyikan daripada mereka tahu.
Script yang digunakan bagi maroon online ini adalah Business Marketplace Directory. Macam softbizscript yang diubah skit. Saya tahu sebab saya pernah membeli script ini untuk satu projek terbengkalai saya walaupun ianya menarik minat MeCD.Malah saya pernah present projek ini bersama SmartZul dan Team EbizMalaysia beberapa tahun lepas.
Berdasarkan track record mereka yang memperdaya ramai orang dalam program mereka sebelum ini seperti Seemore dan sebagainya. Saya katagorikannya sebagai Scam Alert. Saya harap anda berhati hati. Cukuplah beribu ribu orang kehilangan wang yang banyak dalam program mereka sebelum ni.
Kebanyakan yang menjadi mangsa adalah orang melayu. Dulu masa zaman Nora, mereka gunakan sentimen nak tolong orang melayu dengan bisnes antarabangsa. Tapi lepas makan duit orang, terus hilang. Dulu ramai la juga yang bangkit menentang artikel saya. Dan apa yang saya ketengahkan terbukti betul.
Mereka terpaksa menelan balik ludah diorang…yuks..
Diharap dengan artikel awal ini, dapat membantu ramai orang lain yang baru nak berjinak dengan perniagaan internet agar tidak tertipu dengan program yang menawarkan pulangan yang terlalu lumayan ini. Tiada pulangan tetap dalam perniaagan. Begitu juga dengan pelaburan internet.
Elakkan sebarang program yang menawarkan pulangan yang tetap dalam masa tertentu. Contohnya anda join dengan RM1000 anda akan menerima duit sebanyak RM4000 dalam masa 4 bulan. Ia adalah satu penipuan dan ianya adalah skim cepat kaya!
Jangan terjebak. Ya. Jangan terjebak..Ia adalah SCAM!!!
Elakkan daripada tertipu. Kini banyak pelaburan internet mula timbul kembali dengan modus operandi yang pelbagai. Malah ada beberapa syarikat yang ditutup oleh BNM kerana menganjurkan skim cepat kaya dan pelaburan di internet.
Mungkin ada yang tak puas hati dengan artikel saya ni nanti. Anda dialu alukan untuk menyatakan pendapat anda diruangan komen blog ini. Jangan risau, saya akan approve walaupun ianya negatif tentang saya. Saya bersikap terbuka dalam mengkritik.
Saya nantikan komen anda..

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Seemore pun adalah Malware!
May 28, 2008
Sebelum ni saya dedahkan Bosmailer mempunyai malware. Kini Seemore.com.my pulak!. Apa yang diorang buat ni? Saya kadang kadang nak tergelak dengan iklan mereka kat TV3..Seemore…Best…hohohoh
Macam pekerja kilang je,pakai baju kuning ramai ramai..Pastu cakap.. Seemore best… Leh dikatakan mereka tak tau papa yang diorang cakap best tu. Lawak betul.
Kenapa saya katakan Seemore pun ada spyware? Cuba taip di google “Seemore.com.my”. Anda akan mendapati satu ayat amaran dari google.. This site may harm you computer…hohohoh
Apa entah programmmer diorang buat sampai Google anti betul kat diorang tu… Mesti diorang cakap… Ala Google dengki kat MIRSB. Takut nanti lepas ni Google tak leh cari makan.. hohohoho.. Kalo ada yang orang MIRSB cakap mcm tu. Tak yah mimpi la ke pasaran antarabangsa dengan produk yang penuh dengan spyware dan virus trojan.
Sebelum ni Gateway2020 diorang pun mengalami masalah yang sama. Mesti komputer programmer yang buat sistem tu ada virus. Mesti berjangkit semua kat semua produk mereka. Duit berjuta tapi tak mampu hired yang pakar.
MIRSB boleh main media. Tapi kepuasan hati ahli tak diambil kira. Nak tawar duit kat orang berjuta dengan produk yang boleh dikatakan sangat bermasalah. Memang akan jatuh bila bila masa je jika tak perbaiki. Seomore bukan lah bisnes konsep yang pertama dari malaysia yang menawarkan iklan.
Dah berlambak sebenarnya. Malah ia jauh lebih canggih daripada Seemore yang boleh dibangunkan dengan kos kurang daripada RM200.
Bro Mael mesti suka bangat dengan berita terbaru ni. Beliau terus buat kenyataan Monsun Biz adalah scam sebelum ini. Rasanya kebanyakan orang dah menyampah tengok iklan diorang kat TV dan surat khabar metro tu. Harap ada staff TV3 seperti Mazidul Akmal bersama kami ni..Tak pun mana mana editor daripada mana mana surat khabar.
Jika ia didedahkan. Pasti akan jadi satu berita besar satu Malaya. Tiada lagi pendedahan yang berani sebagaimana 360 yang dibuat Mazidul.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
BossMailer adalah Malware?
April 1, 2008
Disebabkan respon terhadap post sebelum ini menyebabkan saya tambah skit. Buat yang tak tahu apa itu malware, ia bermaksud malicious software atau perisian yang boleh merosakkan komputer. Saya search mengunakan firefox tentang keyword “bossmailer”. Dan keputusannya…
Google kelaskan site tu ada malware! Bagi saya ia adalah suatu yang mengejutkan kerana kononnya mereka “bayar” google untuk benarkan spam.
Ia bukan image editing pape..anda boleh search sendiri la ye..
Bukan nak dengki pape…Apa yang baik saya akan sokong…apa yang tak baik saya takkan sokong..
Tentang email harvesting & mass mailing saya akan bantah sekeras kerasnya sebab ia tidak beretika. Ia melanggar hak privacy orang. Ia terang terangan adalah spam. Tak perlu nak bagi alasan lain dah.
Saya dengki dengan kejayaan orang Melayu?Saya suka kalo orang Melayu berjaya. Pastikan apa yang dibuat tidak melanggar etika perniagaan. Biarlah orang yang menyertainya mendapat kepuasan dan bimbingan yang sewajarnya. Bukan setakat nak ambil duit orang dan biarkan mereka terkapai kapai. Itu yang salah.
Power mana pun marketing jika produk bermasalah atau orang tidak puas hati.Ia pasti ada sesuatu yang tak kena..Jangan pulak jual vakum kat orang asli… Nak jual benda ICT,pastikan ada support team yang akan membantu.
ICT bukanlah ikan celup tepung yang terkenal di Terengganu. ICT adalah Information Communication and Technology.. Bila cakap pasal teknologi pasti akan ada jurang teknologi diantara generasi. Janganlah dijual kepada mereka yang dah tua yang tak reti guna komputer.
Kalo jual jugak,maknanya nak menipu orang tua tu. Tak kesian ke jika ada yang telah mengumpul wang berpuluh tahun disebabkan benda ni.Mereka hilang semua duit. Saya bersimpati dengan mereka yang rasa tertipu tersebut.
Orang takkan pertikaikan jika jual kepada golongan yang betul. Tetapi apabila jual kat orang yang langsung tak pernah pegang komputer seumur hidup. Ia akan pasti menimbul isu.
Adakah blog ini dipantau MOSTI? Lantak la.. Lagi bagus jika mereka ambil tindakan yang sewajarnya tentang perkara ini.
Saya bukannya cuba menegakkan benang yang basah. Apa yang dikatakan adalah betul.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Pandangan saya terhadap MIRSB -Monsun Biz, Callcenter, Payment Gateway, Bossmailer
March 27, 2008
Saya rasa terpanggil untuk review tentang program yang diiklan besar besar dalam Harian Metro ini. Sebagai seorang SMS Biz consultant, saya kesiankan mereka yang menyertai program berkenaan. Buktinya ada luahan peserta program ini :
Salam,
I ni dah join LLM yang MIRSB buat tapi semacam tak puas hati, apa tah lagi I ni buta IT. I pergi teknikal kelas-kelas yang dia orang buat dan banyak benda yang I blur. Last sekali dia orang keluarkan MOU. Tapi naik sain untuk yang I tak dapat sepenuhnya dan Agreement MIRSB yang I tak tengok so buat apa I nak sain. Tapi hati berbelah bagi samada nak teruskan atau tidak tapi I dah bayar penuh!!! Pening….. I am not interested nak jadi agen mereka apatah lagi presenter…. kelas tak habis boleh buat topik lain…. ada semacam yang tak kena….Sumber: WC
Ini adalah antara pengalaman mereka yang terlibat. Saya tak dedahkan lagi mereka yang melaburkan RM100K untuk program ini. Mereka sepatutnya lebih telus dalam pemasaran mereka. Mereka tidak sepatutnya merahsiakan risiko dalam perniagaan sms ini. Apa yang mereka jual bukan sahaja sms tetapi pelbagai aplikasi dimana ia mempunyai banyak tanda tanya…
Saya huraikan satu per satu…
Monsun
Anda boleh layari http://www.monsun-biz.com/ .Anda boleh lihat sendiri laman web tersebut? Adakah ia menepati keperluan e-commerce? Agen mereka mengatakan ia berkonsepkan landlord…Saya tak pasti apa yang dimaksudkan landlord dalam program monsun ni. Untuk invest RM50K untuk menjadi “tuan tanah maya” adalah sesuatu yang kurang bijak saya kira. Baik beli tanah betul.Ada geran & nilai tanah akan meningkat dari masa ke semasa. Memang dalam business internet ada konsep Virtual Real Estate, tetapi bukan macam yang mereka tawarkan. Satu web kongsi ramai ramai.
Apa yang dimaksudkan Virtual Real Estate ialah membina laman web yang bernilai tinggi seperti Google, Yahoo, Baidu, Myspace, Youtube dan sebagainya. Itulah yang dikatakan virtual real estate.Membangunkan laman web yang bernilai tinggi sebagaimana hartanah yang sebenar….
Update:Satu site dikongsi ramai ramai…ia tidak sesuai. Jika MIRSB membina sorang satu & tolong bangunkan perniagaan mereka. Itu cara yang sebetulnya. RM50K sepatutnya cukup untuk itu semua.
Callcenter
Ia adalah sama dengan mana konsep perniagaan sms. Saya terlibat dalam bidang ini. Bagi saya ia adalah sesuatu yang bagus untuk educate orang tentang potensi perniagaan sms. Cuma harganya la yang agak mahal untuk memulakan perniagaan sms. Sedangkan usahawan masih perlu beli iklan dan sebagainya. Untuk mendapatkan teknologi SMS sepatutnya tidak terlalu mahal agar tidak membebankan usahawan. Untuk dapatkan aplikasi SMS,harga dibawah RM1000 adalah sesuai. Itu yang akan membantu para usahawan.
Tetapi pihak berkenaan perlu la mengajar dan melatih usahawan tentang sistem, potensi, risiko dan cabaran dalam perniagaan sms. Mereka tidak sepatutnya berahsia. Bisnes sms tidak semuanya indah. Terdapat banyak kelemahan yang perlu usahawan hadapi..karenah telco, payment lambat,server down, statistik bercanggah dan sebagainya. Mereka sepatutnya mendedahkan semua perkara itu. Jangan hanya fikir untuk jual sistem sahaja. Ia akan merosakkan nama baik perniagaan sms.
Kita sepatutnya bersikap telus. Tidak perlu rahsiakan benda sedemikian. Ia adalah untuk membolehkan mereka yang ingin terlibat dalam perniagaan sms berfikir dan menilai terlebih dahulu. Jadi mereka tidak berasa tertipu jika membeli sistem berkenaan.
Payment Gateway 2020
Nama dah lawa dah.Cuma ia hanya indah nama dari rupa. Anda boleh melihat http://www.gateway2020.com/ .Ia merupakan satu laman web yang tak siap!. Apa ni?…Jual produk tak siap.. Siapkan dahulu sistem sebelum jual. Buat pengetahuan semua, pembangunan Payment Gateway sangat berisiko dan memerlukan teknologi yang tinggi. Jika maklumat pelanggan seperti nombor kad kredit dan sebagainya ia membawa masalah yang sangat besar.
Ia juga memerlukan kelulusan daripada Bank Negara Malaysia!. Apa yang saya lihat mereka langsung tiada kelulusan bank negara. Ini adalah kerana untuk mengutip wang atau menerima wang kita tertakluk kepada undang undang. Bukan sekadar hentam je.
Isu lain pula tentang payment gateway ialah keselamatan. Bukan just sekadar letak logo McAfee mengatakan laman web kita selamat. Ia perlu dipantau oleh pakar dalam keselamatan rangkaian seperti VeriSign yang memantau Maybank2u, Cimb dan semua bank yang mempunyai sistem internet banking. Itu baru lah betul.Anda boleh lihat laman web bank bank berkenaan,pasti ada lambang VeriSign.Ini adalah kerana mereka memantau keselamatan laman web kewangan dari seluruh dunia.
Orang membayar beribu ringgit untuk Payment Gateway.Jadi sediakan la yang elok dan selamat. Payment gateway adalah melibatkan kewangan.Jangan nak main main.
Update: Mereka gunakan Payment Gateway Mobile88 punye. Jadi tak perlu develop from scratch.Persoalannya pembeli kena buat integration sendiri atau MIRSB tolong buatkan?Ia sangat teknikal.
P.S: Diorang still kena wat website elok skit. Ia mengambarkan sesuatu produk & pertikaikan nanti.
BossMailer
Ia adalah satu perisian untuk spamming. Tidak dapat dinafikan lagi. Kita lihat dahulu apakah yang dimaksudkan “spam”. Mengikut WikiPedia spam adalah:
Spamming is the abuse of electronic messaging systems to indiscriminately send unsolicited bulk messages. While the most widely recognized form of spam is e-mail spam, the term is applied to similar abuses in other media: instant messaging spam, Usenet newsgroup spam, Web search engine spam, spam in blogs, wiki spam, mobile phone messaging spam, Internet forum spam and junk fax transmissions.
Spamming remains economically viable because advertisers have no operating costs beyond the management of their mailing lists, and it is difficult to hold senders accountable for their mass mailings. Because the barrier to entry is so low, spammers are numerous, and the volume of unsolicited mail has become very high. The costs, such as lost productivity and fraud, are borne by the public and by Internet service providers, which have been forced to add extra capacity to cope with the deluge. Spamming is widely reviled, and has been the subject of legislation in many jurisdictions.[citation needed]
Jadi apa apa sahaja email yang dihantar untuk tujuan mempromosi pape tanpa persetujuan pemilik email adalah spam. Penggunaan software untuk menghantar email secara “mass” atau banyak dalam satu masa adalah spam. Itu adalah hakikat yang tiada siapa yang boleh nafikan. Itu adalah fakta.
Update: Ia tetap spam walaupun ada yang mengatakan mereka akan hantar email untuk penerima email subcribe dahulu. Mass email kepada orang tidak dikenali tetap spam.
Yang menariknya agen MIRSB menerangkan mcm ni…
Bossmailer - program yang membolehkan pengguna mengambil e-mail dari web2 lain dan send mass e-mail. setiap penghantar e-mail dikenakan caj rm0.10 caj tersebut akan dibayar pada hotmail/yahoo/gmail supaya tidak termasuk dalam spam, dan sekiranya pemilik e-mail tidak berminat boleh block mail tersebut. So, tidak salah di sisi undang2.
Sumber: WC
Siap ada caj pulak dan dibayar kepada hotmail/yahoo/gmail agar membenarkan email mereka ke inbox. Ia jelas menipu. Syarikat berkenaan (Microsoft,Yahoo & Google) sangat mengambil serius tentang spam. Boleh pulak mereka dakwa mereka menyogok syarikat gergasi berkenaan dengan 10sen untuk membenarkan spam.
Siap boleh cakap lagi, ” Sekiranya pemilik e-mail tidak berminat boleh block mail tersebut. So, tidak salah di sisi undang2.”. Siapa cakap tak salah? Dah langgar privacy orang.Boleh pulak cakap tak bersalah. Di US, spam boleh disaman kerana melanggar privacy. Semua ada hak. Jangan fikir nak untung je dengan promote “something” kat semua orang. Bukan semua orang suka..
Saya berharap ada daripada agen/pengawai terlibat dapat menerangkan isu ini semua. Ini adalah kerana ia akan merencatkan perkembangan perniagaan sms dan juga internet. Saya terlibat dalam kedua dua bidang ini. Jadi saya agak risau bak kata pepatah “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”.
Harap ia dapat membantu para usahawan melayu khususnya dalam perniagaan sms dan juga internet. Pastikan anda mengkaji terlebih dahulu sebelum invest apa apa…
Harap MIRSB baiki kelemahan..jika perlu ditarik balik,tarik balik seperti bossmailer tu..Ia akan menimbulkan isu besar pada masa akan datang.
-sham

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!






Recent Comments