Panduan Google Adwords
Powered by MaxBlogPress  

Penternakan Ikan Keli dan Pasaran

March 11, 2008

Post saya di Blog Raja Adsense tentang ikan keli memang hot. Kini ia telah melebihi 400 respon mereka yang berminat dan terlibat di dalam bidang penternakana ikan keli. Fuh, bukan senang nak dapat respon sebanyak tu. Tak percaya anda boleh tengok post memelihara ikan keli ni.

Apa yang menarik terdapat beberapa respon yang menawarkan Kanvas untuk penternakan ikan keli dan pelbagai ikan lain. Antaranya ialah KSP Sdn Bhd yang sering masuk dalam Agrotek. Mereka juga menyediakan kanvas untuk  penternakan, benih ikan dan yang paling penting mereka juga sediakan pasaran untuk penternak.

Ini adalah kerana mereka membeli kembali ikan keli yang dibela oleh penternak. Ia satu peluang yang bagus untuk penternak baru yang masih belum mempunyai pasaran bagi ikan yang mereka ternak. Jika mereka yang berminat anda boleh menghubungi mereka di :

CANVAS AQUAFARMING TECHNOLOGY
(Subsidiary company of Kumpulan Siswazah Perikanan (M) Sdn. Bhd. – 769860-H)
Pusat Pengembangan Komuniti Akuakultur, Batu 23, Jalan Kuala Krai, Bukit Belah, Labok, 18500 Machang, Kelantan.
Tel : 013-932 5909 Faks : 09-975 6344
(Attn. Encik Wan)

Itu adalah untuk mendapatkan kanvas di area kelantan & terengganu la. Saya pasti mereka pun menerima tempahan daripada negeri lain. Saya tidak mendapat apa apa komisen daripada ni. Just untuk memberi maklumat kepada mereka yang berminat.

Saya gembira kerana post tersebut banyak membantu para usahawan yang terlibat dalam penternakan ikan keli untuk berurusniaga dan bertukar pendapat dan maklumat. Penternakan ikan keli adalah sekadar hobi saya. Ia untuk saya makan & lebih jual la.

Keli hari boleh buat macam macam yang orang lain tak pernah fikir macam fish ball keli, keli salai dan sebagainya. Mungkin akan ada keropok ikan keli nanti. Yang penting ialah inovasi. Itu akan memberikan nafas baru dan market baru buat industri perikanan terutamanya ikan keli.

Permintaan terhadap ikan keli pasti akan meningkat apabila industri baru terhasil daripada ikan keli ni. Dulu dalam Agrotek, mereka ada siarkan bagaimana ikan keli yang besar yang tak sesuai untuk dipasarkan dijadikan  bebola ikan. Tak pernah lagi merasa bebola ikan keli. Mesti sedap.

Saya balik kampung seminggu. Esok saya & partner akan tuai ikan keli yang bela bulan 12 lepas. Dah 3 bulan lebih. Makanannya adalah palet.

Salam Usahawan.

Pertanian adalah Perniagaan!

Share This Post

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

forex