Buat Duit Dengan Ebook
Powered by MaxBlogPress  

PRU 12: Keputusan Mengejut Pilihanraya

March 9, 2008

Semalam saya tunggu sampai pukul 3. Nampaknya 5 negeri akan berada di tangan pembangkang. Tempat saya pulak? Saya mengundi di Adun Bukit Payung dan Parlimen Marang dan keputusannya ialah sudah tentu Pas menang! Kawasan panas kat Terengganu la katakan.

Saya tak terkejut kalo Pas menang di Kelantan. Saya terkejut bila Pas menang besar di Kedah dan PKR menjadi MB kat Selangor. Memang pilihanraya kali ni penuh dengan kejutan. 4 menteri kalah teruk. 10 timbalan menteri ikut serta. Bukan ini yang dikatakan suara rakyat.

Rakyat mahukan pembaharuan. Pak lah patut menilai pentadbiran beliau. Kenapa boleh kalah teruk sedemikian, yang menang pun majoriti sikit je. Pak Lah pun menang dengan majoriti 6K lebih. Itu adalah satu tanda Pak Lah mungkin akan jatuh pada pilihanraya akan datang. Di Terengganu, BN masih memerintah.Kebanyakan yang kalah ialah di tempat dimana Idris Jusoh mengugurkan pemimpin yang mampu mencabar beliau untuk menjadi Menteri Besar Terengganu.

Banyak benda yang perlu dinilai dengan pentadbiran sekarang. Kerajaan patut menilai dan mengkaji apa yang rakyat mahukan. Bukan sogok dengan pelbagai kemajuan yang tidak diperlukan seperti masjid kristal & etc. Di Selangor contohnya, kebanyakan tidak berpuas hati dengan dengan kenaikan harga barang dan minyak. Itulah isunya. Begitu juga isu Khairi dan kronisme bersama dengan pelbagai kes rahsuah.

Isu pengundi hantu tidak wujud. Pembangkang menang besar pada PRU 12 ni. Nak dapatkan 1 negeri, 4 negeri yang terlepas. Ni la yang dikatakan “Yang dikejar tak dapat, Yang dikendong keciciran”. Nak kejar kelantan, Perak,Penang,Kedah dan Selangor terlepas. hehehehe.

Semalam memang panas. Bisnes pun agak slow sekarang. Lepas ni kena usaha lebih untuk memajukan lagi perniagaan. Tak kisah la siapa yang memerintah. Diharap ia membawa kemakmuran kepada negeri dan negara. Tahniah buat calon yang menang. Selamat maju jaya buat calon yang kalah.

Salam Usahawan!

Share This Post

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

PRU 12: Fanatik yang Melampau!

March 8, 2008

Pagi tadi saya telah pun menunaikan tanggungjawab saya sebagai pengundi hantu yang sah. Saya mendaftar sebagai pengundi pada tahun 2005. Pada pilihanraya pada 2004, saya baru sahaja memasuki umur 21 tahun. Jadi tak dapat la mengundi ketika itu. Jadi hari ini merupakan kali pertama saya mengundi!

Tadi terdapat satu insiden di mana penyokong parti Islam membelasah seorang yang didakwa sebagai pengundi hantu. Ganas betul diorang. Bukan nak kutuk ke apa. Belasah orang tanpa usul periksa. Jika ianya terjadi kepada kita sendiri macamana? Kena belasah tak tentu pasal. Mesti marah & bengang bukan?

Rupanya orang tersebut baru sahaja mengundi di Adun Kuala Terengganu, kemudian beliau tolong hantarkan seorang kawannya yang mengundi di Bukit Payung bersama keluarganya. Apa yang saya kesalkan ada kanak kanak dalam kereta tersebut. Saya pasti budak tu pasti fobia tentang bila naik kereta lepas ni. Mereka membelasah lelaki tak bersalah ni tanpa usul periksa. Itu bukan perangai orang Islam. Kita tidak boleh menghukum seseorang jika belum terbukti bersalah. Ini hukum dulu baru nak periksa.

Kenapa di takutkan pengundi hantu? Takkan anda semua tidak kenal orang kampung sendiri yang keluar mengundi? Terlalu banyak persoalan yang menjadi tanda tanya tentang dakwaan tersebut. Dah la bas siswa&siswi yang balik mengundi pun ditahan dan dipecahkan cermin. Jika ada dikalangan mereka adalah penyokong parti terlibat? Macamana? Parti tersebut pasti kehilangan undi dari siswa&siswi tersebut.

Keganasan bukanlah budaya orang Islam. Apa yang ditunjukkan oleh segologan penyokong parti Islam ini bertindak diluar batasan agama. Tindakan mereka seolah olah menunjukkan bahawa agama Islam ni ganas. Ini apa saya kesalkan bila tengok apa yang terjadi tadi dan semalam. Semua kejadian ini hanya berhampiran dengan rumah saya.

Kejadian pemandu lori Peladang yang dibelasah kerana lori yang dipandunya tidak sengaja tersangkut dengan kepala lori yang berada di atas lori. Jika difikirkan akal yang logik,ia memang akan tersangkut la kalo digantung rendah sedangkan lori trailer adalah tinggi. Mereka membelasah pemandu tersebut tanpa belas kasihan,apa yang tak disangka ialah pemandu tersebut adalah penyokong tegar parti berkenaan. Saya pasti juga dia pun kesal apa yang terjadi. Tak pasal pasal tangan patah dibelasah orang sendiri yang fanatik.

Tentang kejadian keganasan hari ini rasanya akan dipaparkan di berita malam nanti.Terdapat jugak rusuhan di Rusila. Panasnya pilihanraya di Marang kali ini. Susah jugak kalo terlalu fanatik terhadap parti, apatah lagi sebuah parti islam yang sepatutnya menjadi role model kepada pentadbiran islam. Kenapa ia terjadi? Perlu ke berperang semata mata kerana pilihanraya? Perlu ke kita berperang di negara kita yang aman damai ini?

Jika ini terus berlaku, para pelabur pun takut untuk melabur di Terengganu. Media luar negara pasti akan mengambarkan bukan bukan tentang Malaysia nanti. Ia dah banyak kali terjadi dan ia akan terjadi lagi kali ini.

Saya cukup kesal perkara ini berlaku di negari dan negara yang tercinta ini. Tidakkan mereka sayangkan negeri dan negara tempat tumpahnya darah kita. Adakah kita mahu menumpahkan darah saudara seagama kita kerana politik yang kotor? Yang pasti yang ganas akan berakhir dengan keganasan jugak. Ia pernah berlaku di Terengganu dan akan berlaku lagi nampaknya.

Apa nak jadi dengan Malaysia ni?

Share This Post

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Selamat Datang Ke Shamsuriyadi.com

March 8, 2008

Dah lama saya merancang personal blog saya ni.Jadi disini tempat saya akan merapu tentang apa sahaja. Blog Raja Adsense akan menjadi blog perniagaan internet dan keusahawanan sahaja. Esok pilihan raya. Jadi selamat mengundi kepada semua. Jalankan tanggungjawab anda.Kita lihat parti manakah yang akan memenangi Pilihan Raya ke 12 ini.Pilihanraya ni juga merupakan kali pertama saya mengundi. Bulan 5 nanti genapla 25 tahun usia saya. Jadi apakah yang boleh saya sumbangkan kepada anda. Saya akan cuba untuk menulis post yang berguna untuk ada semua.

Salam Usahawan.

Share This Post

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

forex