Buat Duit Dengan Google Adsense
Powered by MaxBlogPress  

Sham adalah bukan Saifulsham

April 19, 2008

Saya pun pelik kenapa la masih ada orang tertukar saya dan saifulsham. Saifulsham terdiri daripada 2 orang pelajar UTP dan juga penulis buku Buat Duit Dengan Internet. Rupa mereka lihat dibawah…

saifulsham

Inilah Saifulsham yang terdiri daripada Syazwan dan jugak Sabri. Mereka dikenali sebagai Saifulsham.Tengok betul betul. Mereka menamakan team mereka sebagai Team Saifulsham. Tak tau kenapa..Tapi itulah mereka.Laman web/blog mereka ialah http://www.saifulsham.com.

Mereka baru sahaja melancarkan ebook mereka yang pertama. Mereka adalah antara pakar dalam perniagaan berkonsepkan produk fizikal. Antara produk mereka adalah model kapal terbang, iphone dan beberapa lagi produk mereka yang tak didedahkan kepada umum.

Boleh dikatakan mereka adalah pakar dalam perniagaan berkonsepkan kedai online ni.

Ini pulak sham atau Shamsuriyadi iaitu saya, penulis blog ni.Urlnya ialah http://www.shamsuriyadi.com

bersama irfan

Saya berada disebelah irfan khairi tu. Itulah sham aka shamsuriyadi iaitu nama penuh saya. Saya menulis post ini kerana ada yang marahkan saya kerana saya trackback tentang Sistem Kedai Online dengan post saya tentang Monsun-Biz, perniagaan paling hot kat surat khabar sekarang ini.

Salah orang la bro. Saya pernah buat kedai online,tapi hanya sekadar untuk presentation ketika saya menyertai MSC Technopreneur Academy Program pada tahun 2006. Walaupun saya tahu untuk membina dan memasarkannya, saya tak buat biz produk fizikal berkonsepkan shopping cart ni.

Memang dua dua ada “sham” tapi kami adalah individu berlainan. Kami mengenali antara satu sama lain. Kadang kadang ada yang bertanya saya bila jumpa, ni saifulsham ke? Huhuhu..

Takkan nak kena tukar nama kot.Nama saya kat IC pun Mohd Shamsuriyadi bin Mamat. Dari kecil sampai besar nama orang panggil, sham. Sebab itulah saya guna sham. Kelakar pulak sampai saya kena terang mcm ni sekali. :p

Apa apa pun, nak komen pape..teruskan je..Saya bersikap terbuka walaupun ada yang mengkritik saya. Boleh la kan sebab tak nampak rupa.Ada berani nak tunjuk muka ke? hohoho.

Takde pulak geng monsun komen kat blog Mail. Ayat mail lagi bisa kot..takut kena laser kat mail agaknya..huhuhu

Harap takde lagi la yang tersalah orang…

Share This Post

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Tak Perlu RM50,000 untuk mulakan Perniagaan Internet!

April 17, 2008

Pada pukul 11 pagi tadi, Team Saifulsham telah melancarkan ebook mereka yang pertama. Ia dinamakan SKO atau Sistem Kedai Online. Mereka akan mengajar anda untuk memulakan perniagaan dengan hanya beberapa ratus sahaja. Anda tidak perlukan RM50,000 untuk membeli sistem yang orang tidak pernah gunakan lagi.

Payment Gateway yang boleh anda guna untuk menerima wang daripada seluruh dunia hanya USD1.95 atau RM6 sahaja. Ia sangat selamat dan mempunyai lebih dari 100 juta pengguna di seluruh dunia. Kenapa perlu anda beli payment gateway yang takde orang guna dengan harga RM5000? Lu Fikir Sendiri..

Perlu diingat, pembeli di internet sangat berkira tentang payment gateway terutama di pasaran antarabangsa. Jika anda guna payment gateway yang tidak dikenali, mereka takkan membeli daripada anda.Serius..

Jika saya, saya boleh setupkan satu laman web dengan hanya beberapa puluh ringgit sahaja dan mempunyai pelanggan daripada seluruh dunia. Jika anda tidak tahu caranya, anda boleh dapatkan SKO ini. Dengannya anda boleh memasarkan produk anda ke seluruh dunia.

Team Saifulsham merupakan penulis buku bestseller “Buat Duit Dengan Internet” yang kini laris di pasaran. SKO merupakan ebook mereka yang pertama setelah bertahun tahun terlibat dalam perniagaan produk fizikal. Jadi ini adalah produk digital yang tak boleh dipegang yang pertama daripada mereka.

http://www.sistemkedaionline.com

Itulah url atau alamat laman web mereka. Dengan adanya ebook ini, ia boleh membantu anda mengurangkan kos permualaan bagi memulakan kedai online ada sendiri. Jika anda mengupah orang membina sekalipun, ia tidak akan mencecah ribuan ringgit atau puluhan ringgit.

Anda mesti tahu apa yang anda buat. Jangan sebab “teori” yang bagus anda terus rambang mata dan melaburkan pada sesuatu yang tak nampak. Teori yang bagus tidak semestinya bagus apabila sampai tahap praktikal. Saya berani jamin SKO adalah bagus kerana ia adalah ebook praktikal untuk anda membina sendiri kedai online anda.

Anda tidak perlu berkongsi dengan ratusan orang lain untuk menjual lot pape. Apa yang perlu anda buat ialah jual produk anda dan menikmati 100% keuntungan daripada produk anda. Ia adalah mudah. Perniagaan tanpa produk adalah kebanyakan tipu kecuali anda menawarkan perkhidmatan.

Jika ada orang menawarkan kepada anda satu perniagaan berharga RM50K dan anda boleh menjual lot bernilai RM50 setiap satu. Jauhinya kerana ia bukanlah satu model perniagaan yang kukuh. Ia boleh dikatakan menunggu masa untuk jatuh. Ia seolah olah mahu “hit and run” sebagaimana monsun timur laut & monsun barat daya.Ia tidak mampu ke peringkat antarabangsa jika apa yang mereka tawarkan indah khabar dari rupa.

Perkara yang lebih bagus ialah anda mulakan kedai online sendiri dengan kos beberapa ratus dan anda pun boleh jadi jutawan dengan menjual produk anda ke seluruh dunia. Anda boleh mendapat pelanggan daripada seluruh dunia. Ia adalah satu perniagaan yang bakal menjadi perniagaan utama pada masa akan datang.

Jika sekarang anda berniaga produk kosmetik dan produk kesihatan, anda buat satu kedai online anda dan pasarkannya ke seluruh dunia. Potensinya lebih besar dan terjamin berbanding jual lot iklan. Jadi dapatkan SKO jika anda ingin memulakan perniagaan internet anda.

Sistem kedai online adalah penyelesaian masalah anda.

Start Small, Finish big!

Dapatkan sekarang.

Share This Post

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

forex