Buat Duit Dengan Ebook
Powered by MaxBlogPress  

MIRSB Tak Serik, Kini Maroon Online Pulak

November 12, 2008

Selepas tutupnya MIRSB dengan sistem SMS  yang tak pernah bayar kat orang. Sistem monsun yang guna script yang tak selamat. Klon MIRSB dengan GVR.Sistem Bossmailer yang mengamalkan teknik spam. Kini muncul pulak Maroon-Online.com.

Dalam metro hari dah keluar balik iklan untuk menipu orang ramai. Harga beratus ribu dan peluang pendapatan berjuta juta. Konsepnya tak pernah berubah.Ianya untuk memancing orang buta IT yang ingin cepat kaya dan yang bermentaliti skim cepat kaya.

Tiada peserta yang berjaya pun.Yang berjaya dapat duit ialah orang MIRSB sendiri la.Masakan tidak satu pakej diorang caj beribu ribu. Terus terang saya memang tak sukakan apa yang mereka buat. Mereka merosakkan tanggapan orang tentang perniagaan internet.

Pengiklanan di internet tak semestinya berbayar! Ada banyak cara lain yang percuma untuk mengiklankan perniagaan. Memang internet mempunyai kuasa besar pada masa akan datang. Tetapi jangan la menipu golongan yang buta IT untuk mula sesuatu yang mereka tak tau atau disembunyikan daripada mereka tahu.

Script yang digunakan bagi maroon online ini adalah Business Marketplace Directory. Macam softbizscript yang diubah skit. Saya tahu sebab saya pernah membeli script ini untuk satu projek terbengkalai saya walaupun ianya menarik minat MeCD.Malah saya pernah present projek ini bersama SmartZul dan Team EbizMalaysia beberapa tahun lepas.

Berdasarkan track record mereka yang memperdaya ramai orang dalam program mereka sebelum ini seperti Seemore dan sebagainya. Saya katagorikannya sebagai Scam Alert. Saya harap anda berhati hati. Cukuplah beribu ribu orang kehilangan wang yang banyak dalam program mereka sebelum ni.

Kebanyakan yang menjadi mangsa adalah orang melayu. Dulu masa zaman Nora, mereka gunakan sentimen nak tolong orang melayu dengan bisnes antarabangsa. Tapi lepas makan duit orang, terus hilang. Dulu ramai la juga yang bangkit menentang artikel saya. Dan apa yang saya ketengahkan terbukti betul.

Mereka terpaksa menelan balik ludah diorang…yuks.. :P

Diharap dengan artikel awal ini, dapat membantu ramai orang lain yang baru nak berjinak dengan perniagaan internet agar tidak tertipu dengan program yang menawarkan pulangan yang terlalu lumayan ini. Tiada pulangan tetap dalam perniaagan. Begitu juga dengan pelaburan internet.

Elakkan sebarang program yang menawarkan pulangan yang tetap dalam masa tertentu. Contohnya anda join dengan RM1000 anda akan menerima duit sebanyak RM4000 dalam masa 4 bulan. Ia adalah satu penipuan dan ianya adalah skim cepat kaya!

Jangan terjebak. Ya. Jangan terjebak..Ia adalah SCAM!!!

Elakkan daripada tertipu. Kini banyak pelaburan internet mula timbul kembali dengan modus operandi yang pelbagai. Malah ada beberapa syarikat yang ditutup oleh BNM kerana menganjurkan skim cepat kaya dan pelaburan di internet.

Mungkin ada yang tak puas hati dengan artikel saya ni nanti. Anda dialu alukan untuk menyatakan pendapat anda diruangan komen blog ini. Jangan risau, saya akan approve walaupun ianya negatif tentang saya. Saya bersikap terbuka dalam mengkritik.

Saya nantikan komen anda..

Share This Post

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Seemore pun adalah Malware!

May 28, 2008

Sebelum ni saya dedahkan Bosmailer mempunyai malware. Kini Seemore.com.my pulak!. Apa yang diorang buat ni? Saya kadang kadang nak tergelak dengan iklan mereka kat TV3..Seemore…Best…hohohoh

Macam pekerja kilang je,pakai baju kuning ramai ramai..Pastu cakap.. Seemore best… Leh dikatakan mereka tak tau papa yang diorang cakap best tu. Lawak betul.

Kenapa saya katakan Seemore pun ada spyware? Cuba taip di google “Seemore.com.my”. Anda akan mendapati satu ayat amaran dari google.. This site may harm you computer…hohohoh

Apa entah programmmer diorang buat sampai Google anti betul kat diorang tu… Mesti diorang cakap… Ala Google dengki kat MIRSB. Takut nanti lepas ni Google tak leh cari makan.. hohohoho.. Kalo ada yang orang MIRSB cakap mcm tu. Tak yah mimpi la ke pasaran antarabangsa dengan produk yang penuh dengan spyware dan virus trojan.

Sebelum ni Gateway2020 diorang pun mengalami masalah yang sama. Mesti komputer programmer yang buat sistem tu ada virus. Mesti berjangkit semua kat semua produk mereka. Duit berjuta tapi tak mampu hired yang pakar.

MIRSB boleh main media. Tapi kepuasan hati ahli tak diambil kira. Nak tawar duit kat orang berjuta dengan produk yang boleh dikatakan sangat bermasalah. Memang akan jatuh bila bila masa je jika tak perbaiki. Seomore bukan lah bisnes konsep yang pertama dari malaysia yang menawarkan iklan.

Dah berlambak sebenarnya. Malah ia jauh lebih canggih daripada Seemore yang boleh dibangunkan dengan kos kurang daripada RM200.

Bro Mael mesti suka bangat dengan berita terbaru ni. Beliau terus buat kenyataan Monsun Biz adalah scam sebelum ini. Rasanya kebanyakan orang dah menyampah tengok iklan diorang kat TV dan surat khabar metro tu. Harap ada staff TV3 seperti Mazidul Akmal bersama kami ni..Tak pun mana mana editor daripada mana mana surat khabar.

Jika ia didedahkan. Pasti akan jadi satu berita besar satu Malaya. Tiada lagi pendedahan yang berani sebagaimana 360 yang dibuat Mazidul.

Share This Post

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

SeeMore.Com.My Vs WordsDeal.com

May 5, 2008

Semasa merayau rayau di internet saya terjumpa satu laman web yang seakan akan SEOMORE kepunyaan MIRSB. Konsep iklan Bid Keyword ni sebenarnya dah lama dah sebenarnya. Selepas Alex Tiew,orang pertama buat One Million Pixel berjaya jual pixel 1 juta dengan harga 1 dollar.

Konsep Bid keyword pun muncul. Anda boleh buat perbezaan diantara SEEMORE.Com.My dan WORDSDEALS.com . Anda boleh menilai la sendiri ye. WordsDeals menjual $1 untuk satu patah perkataan. Seemore? Ribu ribula mengikut iklan mereka kat akhbar tu. Berbagai pakej.

Script sedemikian berharga dalam USD19 je. Tak percaya? Klik Sini , Sini dan SINI. Saya jumpa 3 laman web yang menjual script berkenaan. Rasanya orang yang sama kot.Contoh laman web yang dibuat dengan script berkenaan? LINKSDESKTOP.com.

Interface memang boleh tukar. Script berkenaan dinamakan sebagai WORD TAG. Jadi anda pun boleh mulakan perniaan jual tag word. Apa yang anda perlukan ialah USD19(RM57) dan hosting bernilai rm60. Jadi dengan hanya RM117, anda dah menjadi pesaing rapat perniagaan jutaan ringgit SEEMORE. Hohoho

Boleh je nak lawan tu. Ada berani? Try la. Kat SEEMore pun takde advertiser lagi pun.Yang ada keyword tag link ke site Seemore sendiri. Pertama di malaysia? Tak juga, mesti ada rakyat malaysia yang dah buat. Orang yang betul betul pakar dalam Bisnes Directory ni adalah Alang.

Beliau mempunyai banyak direktori yang menjual iklan secara direktori ini. Pendapatan beliau 5 angka sebulan menerusi direktori dan juga blog beliau. Bahkan saya pun mempunyai satu Bid Directory. Pelanggan saya dari beberapa negara terutama US.

Lagi pendedahan panas kot dari saya. Bukan niat nak memburukkan sesiapa. Tetapi biarlah telus dalam perniagaan. Kalo main tipu tipu ni takkan ke mana perniagaan tersebut. Ia ibarat monsun yang datang dan pergi. Monsun timur laut bermula Oktober hingga Mac, Monsun Barat Daya dari April hingga Ogos. Begitulah keadaan monsun.

Terpulang diatas budi bicara anda untuk menilai. Saya hanya menyampaikan apa yang saya tahu dan analisis saya. Jika anda mempunyai produk untuk saya review pun boleh. Tiada masalah.

Pendedahan tentang Mirsb, Bossmailer dan seangkatan dengannya memang panas. Blog ini turut mendapat link back yang agak banyak jugak la. Walaupun berusia 3 bulan, ia mendapat pelawat yang tak la ramai sangat iaitu dalam sekitar 200 unik visitor setiap hari. Perjalanan blog ini masih panjang. :)

p/s: Saya ada menulis tentang Penipuan di Internet pada tahun 2007.Anda boleh download di Sini. Anda boleh baca dan jadikannya iktibar.Ambil masa jugak nak menulis laporan tu. Semoga ia memberi manfaat berguna kepada anda.

Share This Post

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

forex