SMS adalah best effort service!
May 23, 2008
SMS atau Short message system adalah best effort service. Ia adalah sebagaimana perkhidmatan telefon dan internet. Kadang kadang ia juga bermasalah. Ia sering berlaku terutamanya kepada mereka yang terlibat dalam perniagaan sms.
Keadaan dimana server sms down adalah menjadi kebiasaan terutamanya Celcom. Begitu juga talian internet Streamyx. Kita tak boleh salahkan mereka, kerana mereka dah nyatakan perkhidmatan mereka adalah best effort service dimana mereka akan berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan termampu oleh mereka. Tapi jika asyik down, mesti ramai yang bengang terutamanya usahawan sms.
Bagi usahawan sms, setiap sms adalah duit untuk mereka. Jika server telco down, tak dapat duit la walaupun orang sms. Sebab itulah telco perlu memperbaiki perkhidmatan mereka terutamanya Celcom. Mereka seringkali mempunyai masalah server down untuk server reverse billing mereka. Bayaran juga sangat lambat sehinggakan usahawan hampir tenat akibat kelewatan mereka.
Ini adalah kerana usahawan perlukan wang tersebut untuk dijadikan modal pusingan dan membeli iklan. Jadi jika payment lambat dan juga server down akan menyebabkan ia akan menyusahkan usahawan. Harap mereka memperbaiki servis mereka. Saya suka kat Digi.Walaupun kecil, servis mereka cepat dan bagus. Server mereka jarang down. Payment juga cepat.
Jika anda ingin menjadi usahawan sms. Anda terpaksa la menghadapi polisi best effort service ni. Server down,payment lambat adalah antara perkara wajib anda hadapi. Sediakan bajet secukupnya jika anda mahu terlibat secara serius dalam perniagan sms. Ia cukup memeritkan jika berlaku kepada anda.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Nak Tukar Harga SMS pada Sistem Sms
May 19, 2008
Saya menerima satu email yang bertanya tentang bagaimana untuk menukar harga sms yang dicaj kepada pelanggan kita. Beliau bertanya kerana menurut gateway M…B, mereka perlu tunggu selama 3 bulan bagi menukar harga sms tersebut. Fuh..betul ke?
Sebenarnya tak perlu tunggu pun 3 bulan, hanya 1 minit dah siap dah.Harga sms terletak pada content provider sendiri bukan pada telco. Mereka boleh tukar harga bila bila masa pada sistem berkenaan. Ya..Bila bila masa. Anda kena explore skit la ek.
Untuk menukar harga sms ia tidak melibatkan telco langsung. Telco kerja mereka sediakan network & kutip duit sms je. Diorang akan potong kredit/bil orang berdasarkan harga yang kita setkan. Telco hanya menetapkan harga maksimum yang boleh kita caj. Digi setkan max ialah RM10 manakala maxis&celcom hanya RM5 per sms. Kita boleh set harga mengikut harga dibawah harga max tersebut. Jadi harga max adalah RM5 jela.
Untuk set harga, tak perlu minta kebenaran telco kecuali anda ingin caj melebih harga melebihi harga max tersebut seperti yang dilakukan sms derma oleh RTM.Untuk caj melebihi harga max barulah kena dapatkan kebenaran itupun hanya sampai RM10 je. Sebab itulah sms Derma tersebut hanya ada Derma 1 sampai Derma 10 je.
Oh lupa..semua ini sama kecuali SMS Subcribe! Untuk aplikasi Subcribe kita tak boleh tukar tukar harga. Masa daftar, kita kena setkan harga tetap. Jika kita set harga RM1 per sms,dah tak boleh tukar dah. Jadi tak timbul la harga mula mula 50sen,pastu tetiba bila dah ramai orang subcribe naik jadi RM1. Jadi ia tidak adil buat subcriber. Jadi menukar harga bagi SMS Subcribe tak dibenarkan kecuali anda takde subcriber lagi. Tak start biz sms pun lagi.Itu boleh dipertimbangkan.
Harap mereka yang terlibat dalam biz sms jelas tentang perkara ni ye. Kalo ada pape, tanya je. Saya cuba jawab soalan anda.
Selamat Berjaya ye!

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Bisnes SMS tak semuanya Indah…
April 3, 2008
Bagi yang mereka yang berminat dengan perniagaan SMS, perlu saya ingatkan ianya tak semuanya indah. Namun,ia adalah satu bidang perniagaan yang sangat berpotensi besar. Kenapa sangat berpotensi? Sudah tentu kerana user yang ramai di Malaysia. Kini terdapat 27juta rakyat malaysia dan 23 juta memiliki telefon bimbit.
Jadi lebih daripada 90% rakyat Malaysia mempunyai telefon bimbit. Pasaran yang cukup besar untuk mereka yang ingin menceburinya. Tetapi anda perlu kreatif. Jangan buat ringtones,contest,voting dan kuiz. Sebab? Ringtones kini orang boleh bluetooth/transfer menerusi laptop. Persaingan dalam perniagaan ringtones juga sangat banyak.Tengok sahaja dalam majalah berkonsepkan remaja.Penuh dengan iklan ringtones. Mereka ada beribu ribu ringtones.
Bagi contest,voting dan kuiz..Terdapat sedikit grey area dalam aplikasi tersebut iaitu hadiah dan bagaimana pemenang ditentukan. Untuk voting,mereka yang iklan di TV lebih sesuai.Sebab itulah ia digunakan untuk rancangan realiti TV. Agak susah untuk membuatkan orang percaya dan vote kepada apa yang anda buat. Untuk masuk TV, RM25,000 untuk 30 kali ditayangkan di TV3. Mahal tu…
Isu lain yang menjadi barah kepada perniagaan SMS ialah pembahagian keuntungan yang sedikit. Apa tidaknya purata telco ambil ialah 50%. Digi mengambil 37%+7sen,Maxis 45% dan Celcom 54% daripada caj sms. Jika anda caj RM1, 50sen sudah pasti menjadi milik telco.Hanya tinggal 50sen untuk anda kongsikan dengan SMS Gateway. Kalo share 50/50 dapat la 25sen sorang.Itu kalau caj RM1 satu sms la.
Lagi isu tentang perniagaan sms ialah payment yang lambat.Anda mungkin akan moral down menunggu wang anda dibayar. Digi membayar dalam masa 2 bulan setengah, Maxis 3 bulan dan Celcom sekurang kurangnya 6 bulan. Jadi jika anda tiada modal yang besar, bersedia untuk menghadapi masalah kelambatan untuk rolling business anda. Kena sediakan wang back up la.
Masalah teknikal pun kadang menjadi isu apabila server telco down. Mereka juga sering melakukan maintainance.Jika anda membeli iklan ketika itu. Rugi la jadinya. Server sms gateway mungkin tiada masalah. Tetapi bila server telco bermasalah, kita tidak boleh buat apa apa.
Perbezaan traffic kadang kadang menjadi isu.Perbezaan traffic pada server telco dan payment gateway kadangkala boleh menjadi sehinggan 25%. Satu per empat!Jika pada server sms gateway mencatatkan 1000 sms, di telco mungkin hanya 750 sms. Itu yang menjadi masalah.Sukar untuk kita mengetahui berapakah yang akan kita dapat daripada sms. Untuk buat forecast pun susah.
Pemilihan sms gateway juga mestilah yang boleh dipercayai dan mempunyai support untuk sebarang masalah anda. Pastikan anda memilih sms gateway yang telah pun lama dalam menyediakan perkhidmatan sms gateway. Kebiasaanya ia cukup mahal. Harganya bergantung kepada gateway yang terlibat. Ia berharga diantara RM1000 ke RM5000. Malah ada gateway yang mempunyai yuran bulanan. Elakkan yang mempunyai yuran bulanan, ia adalah kerana anda perlu roll modal anda untuk iklan dan sebagainya. Payment lambat, takkan asyik kena kuar duit je kan?
Itu adalah antara masalah yang akan dihadapi oleh usahawan SMS. Namun,pasaran perniagaan sms ini cukup besar kerana market Malaysia yang besar. Jadi anda perlu membuatkan servis/perniagaan sms anda paling kreatif yang mungkin. Ia pasti akan mendapat sambutan. Biz sms yang paling menguntungkan adalah yang berkonsepkan Subcription.
SMS Subcription biasanya bermula dengan ON,DAFTAR,REG. Selagi orang tersebut tidak unsubcribe dari sistem sms. Anda boleh caj mereka setiap sms yang anda hantar. Sebab itulah di Harian Metro, iklan 4D yang berkonsepkan subcribe ini penuh pada muka kat bahagian sukan. Jika per sms mereka caj RM1 dan mereka mempunyai 12,000 subcriber?
RM12,000 setiap kali hantar sms. 3 kali seminggu hantar? Sudah tentu RM36,000 mereka dapat.Setelah tolak telco mereka akan mendapat RM18,000 sebulan. Masyuk bukan? Sebab itulah ia sangat berpotensi besar. Itu jika caj RM1 satu sms. Jika mereka caj RM4 satu sms? Tak ke mereka dapat RM72,000 bersih sebulan..
Anda perlu kreatif dan pelan perniagaan anda sebelum memulakan perniagaan sms ini. Ia mungkin berakhir tanpa anda mendapat satu sen pun jika anda tidak mempunyai produk dan pelan pemasaran yang betul.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!






Recent Comments