Ini adalah pengulangan apa yang ditulis di blog lama saya iaitu blog rajaadsense. Semoga anda mendapat manfaat diatas artikel ini.
Akaun google adsense diban tanpa secara tiba tiba walaupun anda sangat cermat dalam promosikan laman web anda?
Atau anda gunakan teknik blackhat?
Atau anda klik iklan adsense anda sendiri untuk menguji samada Google boleh kesan atau tidak?
Anda nak dapat duit cepat dengan klik iklan Adsense anda sendiri?
Itulah antara alasan dan perkara yang sering diberikan oleh mereka yang diban. Saya pernah diban ketika saya gunakan akaun adsense untuk dijadikan contoh bagi ebook Panduan Raja Adsense pada tahun 2006. Ketika itu, mungkin ada yang berperasaaan PHD telah klik berulang kali sehingga akaun tersebut diban. Mungkin juga ada yang berniat “‘nak menolong” dengan klik iklan berulang kali.
Tetapi Bagaimana saya dapatkan kembali akaun dalam masa 1 selepas itu?
Google mesti marah ni kalau mereka tahu…
Sebenarnya google boleh kesan samada anda pernah diban atau tidak menerusi beberapa tracking yang digunakan untuk membantu google menyenarai hitam mereka yang telah diban. Kebanyakan “otai” dalam adsense pernah mengalami perkara ini. Syed ikhwan rasanya telah lali kena ban oleh Google Adsense ni. hehehe. Betul tak syed?
Google dapat mengesan invalid click atau mereka yang diban menerusi:
1. IP address. (Alamat Internet anda)
2.MAC Adress (ia merupakan alamat yang ditetapkan pada modem/network device).
3. History (diorang akan trace nama anda dalam sistem mereka -mereka akan bandingkan nama,tempat,negeri & maklumat peribadi anda)
4. Email. Jangan sesekali guna email yang sama atau hampir sama.
5. Alamat permohonan yang sama.
Dan beberapa cara lain yang dirahsiakan Google. Kadang kadang mereka sesuka hati je ban orang tanpa alasan yang jelas. Biasanya disebabkan invalid click kata mereka.
Itu adalah antara cara Google mengesan anda yang telah diban.. Jadi bagaimana untuk mendapatkan balik akaun Google Adsense?
Ikut cara saya ni…
1. Buat blog baru yang berkualiti. Apply akaun Google Adsense mengunakan saudara mara anda di Cyber Cafe. Jangan gunakan alamat yang sama terutamanya poskod. Pastikan saudara mara anda ini,adalah seorang yang boleh percayai. Ini adalah kerana duit itu samada cek ataupun western union diatas nama mereka. Minta kerjasama mereka untuk menuntut wang tersebut.
atau
2.Buat blog baru yang berkualiti. Apply akaun adsense dengan NAMA ANDA tetapi alamat di negeri lain. Pastikan ketika anda apply akaun tersebut anda berada di negeri tersebut. Jika anda apply di Selangor, pastikan anda berada di Selangor ketika permohonan. Ini adalah kerana google boleh tahu negeri mana ketika kita apply.Pastikan alamat tersebut betul kerana anda perlu memasukkan PIN pengesahan alamat setelah mencukupi USD50 didalam akaun tersebut. Anda boleh apply di Cyber Cafe. Tentang alamat pula, boleh gunakan alamat saudara mara anda. Minta mereka beritahu anda apabila poskad yang terdapat nombor PIN pengesahan alamat telah sampai.
Dengan kedua dua cara ini, anda boleh mempunyai seberapa banyak akaun Adsense. Tapi berhati hati kerana Google pun bukannya bodoh. Mereka akan cuba mengesan mereka yang pernah diban.
Jika anda mendapati terdapat banyak klik dengan impression yang sedikit. Anda perlu segera emailkan kepada adsense_support@google.com dengan segera. Beritahu staff google tentang perkara ini. Mereka akan mempertimbangkannya kerana anda jujur dengan mereka. Begitu juga anda terklik iklan anda sendiri secara tidak sengaja.
Selamat BerAdsense!
Acid+
Thanks Bro.Dulu pernah kene ban sekarang dah tak de mood guna google adsense..
apapaje
thx bro..
Syirashafi95
Tolong balik kn sy punya beetalk