Bagaimana Untuk Mengelakkan Daripada Laman Web Digodam

Sekarang ini banyak isu tentang laman web yang digodam. Secanggih manapun sistem pasti akan ada kelemahan.Kelemahan inilah yang membolehkan hacker boleh memasuki laman web sasaran mereka. Walaubagaimana pun kita perlu bersedia dengan beberapa langkah pro aktif untuk melindungi laman web kita.

Antaranya ialah:

[box type=”info”]1. Pastikan komputer anda dilindungi dengan perisian antivirus yang setiasa dikemaskini.

2. Jangan layari laman web merapu seperti laman web lucah kerana laman web sebegini biasanya menanam spyware ke dalam komputer pelawat laman web mereka.

3. Katakunci yang unik, panjang dan sentiasa ditukar dari masa ke semasa. 4. Sentiasa memerhati log server samada laman web anda diceroboh daripada IP (alamat IP) dari negara lain.

5. Elakkan penggunaan script clone yang tidak selamat. Contoh mudah ialah clone twitter,facebook dan sebagainya. Ia dicipta dengan kelemahan. Hacker boleh mencuri data penting pengguna laman web anda kelak.

6.Gunakan firewall di komputer anda. OS seperti Windows sering menjadi sasaran hacker kerana ia mudah dieksploitasi. Sebab itu semakin ramai yang berubah kepada OS sumber percuma seperti Linux dan Chrome.

7.Gunakan perisian tulen kerana ia mengandungi update sebarang kelemahan sistem mereka dari masa ke semasa.

[/box]

Ini adalah antara langkah keselamatan yang perlu anda lakukan untuk melindungi laman web anda.

Pengalaman Saya

Saya pernah digodam beberapa kali kerana komputer saya diserang spyware menyebabkan password laman web saya jatuh ke tangan hacker. Ia menyebabkan Google telah menghantar emel amaran mengatakan saya melakukan phising daripada laman web saya. Malah pihak hosting yang turut menutup akaun hosting saya menyebabkan banyak fail tidak dapat diselamatkan.

Ia memberi tamparan yang cukup hebat sehinggakan saya hampir berputus asa untuk menyelamatkan laman web saya yang digodam. Ia termasuklah blog ini. Semoga post ini dapat memberikan anda sedikit gambaran bagaimana untuk menangani jika ia terjadi kepada  anda.

Jika Di Hack

1.Apa yang perlu anda buat ialah hubungi pihak hosting untuk membantu proses back up kandungan laman web anda.Tanya mereka bilakah back up terakhir mereka lakukan dan minta back up tersebut.

2. Ubah password emel dan hosting anda.

3. Jika boleh format laptop anda bagi mengelakkan spyware masih menyelit dan mencuri data penting anda.

4. Mulakan proses recover kembali laman web anda samada di hosting yang sama atau pindah ke hosting yang baru.

Jika anda tidak memiliki laman web, ia tidak bermakna anda tidak boleh dihack. Komputer anda masih boleh digodam dan hacker boleh mencuri maklumat penting. Lindungi komputer anda daripad spyware dan juga virus. Pastikan komputer anda memiliki perisian antivirus yang terbaru dan dikemaskini dari masa ke semasa.

Semoga artikel  ini bermanfaat kepada anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • mengelak hacker bank

Leave a Reply

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.