Bunga Misai Kucing Bersama Madu Kelulut Untuk Merawat Diabetes


Penemuan ini telah ditemui oleh penyelidik Mardi, Dr. Suri Roowi berkenaan kandungan dan khasiat bunga misai kucing dalam merawat penyakit diabetes atau kencing manis. Kita sering jumpa penjual menjual daun misai kucing dikeringkan dan dijual di pasaran. Namun, hasil kajian MARDI sebenarnya khasiat tertinggi pokok Misai Kucing terletak pada bunganya bukan pada daunnya!

misai kucing

Betul. Ini adalah yang saya dapat ketika program Malaysia Superfood baru baru ini. Yang menyampaikannya adalah Dr.Suri Roowi sendiri. Hasil kajian beliau tentang herba negara kita ini, khasiat misai kuncing paling banyak pada bunganya bukan pada daun. Namun, untuk mendapatkan khasiat yang sama seperti bunga, daun misai kucing perlu menjalani proses tertentu. Sebabnya untuk mendapatkan bunga dalam kuantiti yang besar agak sukar. Jadi dengan merendam daun, bahan aktif yang diperlukan dalam rawatan kencing manis tidak terhasil. Namun, bahan aktif lain mungkin diperolehi daripada rendaman daun.

Jika anda menanam pokok misai kucing, anda boleh mengambil bunganya dan rendam didalam air panas. Apabila sudah suam, masukkan madu untuk menambah rasa teh bunga misai kucing anda. Sebaik-baiknya ialah mengunakan madu kelulut asli. Dengan bunga, antioksidan yang tersimpan boleh dikeluarkan dengan rendaman di dalam air panas.

Bunga misai kucing mempunyai Asid Kafeik yang tinggi dapat membantu menurun dan menstabilkan kandungan gula dalam darah kita. Selain itu, kita boleh mengambil bahan berkafein seperti kopi dan tea untuk membantu. Tanpa gula ya. Gula adalah racun. Namun bagi sesetengah orang tidak tahan dengan minuman yang tinggi kafein seperti kopi pekat tanpa gula.

Alterntif ialah dengan amalan bunga misai kucing dan madu kelulut setengah jam sebelum anda bersarapan. Jangan makan ubat dengan susu kerana susu boleh mengikat dan menuetralkan segala khasiat ubat. Dengan pengambilan herba ini dengan madu kelulut, ia dapat mempercepatkan proses penyerapan kerana lebah kelulut menyimpan semua khasiat sari bunga yang diambil daripada ribuan bunga dan dijadikan sebagai madu.

Contohnya kelulut mendapatkan nektar dari bunga misai kucing, khasiat yang sama akan diwarisi di dalam madu yang dihasilkannya. Sebab itulah madu kelulut mempunyai nilai perubatan sangat tinggi.

Dalam madu lebah biasa terdapat lebih daripada 100 bahan aktif yang baik untuk badan, namun dalam madu kelulut terdapat lebih daripada 300 bahan aktif/enzim yang baik. Ia adalah hasil ujian klinikal yang dijalankan oleh MARDI. Sebab itulah kerajaan ingin menjenamakan madu kelulut sebagai SUPERFOOD Malaysia yang pertama.

Dengan khasiat yang tinggi, ia boleh dijadikan makanan kesihatan terbaik.

Kesimpulan daripada artikel ini, tanam pokok misai kucing jika anda atau ahli keluarga anda mengalami masalah diabetes atau kencing manis. Ambil bunga yang terhasil samada secara secara segar atau dikeringkan. Rendam bunga ini dengan air panas, apabila suam.. masukkan madu kelulut.

BUNGA MISAI KUCING + MADU KELULUT = DIABETES STABIL

Hasilnya kandungan gula akan menjadi stabil tanpa perlu bergantung kepada ubat ubatan yang mempunyai risiko merosakkan buah pinggang pengidap kencing manis. Pastikan ia diambil sekurang-kurang setengah jam sebelum anda bersarapan pagi.

Ini adalah rahsia alam yang Tuhan kurniakan kepada kita untuk kita mengkajinya. Benarlah apa yang disampaikan di dalam Al Quran berkenaan dengan madu lebah ini.

Anda boleh share dengan rakan-rakan anda. Semoga membantu. Klik butang share pada sisi kiri blog ini.

p/s: Alhamdulillah berjaya membawa Dr.Suri Roowi ke Perak pada 29hb Oktober 2016 lepas. Banyak ilmu yang diperolehi daripada sesi ini berkenaan khasiat madu kelulut dan juga herba-herba negara kita.

me-dan-doktor-suri-roowi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • pokok bunga bermadu tahan lama
  • teh misai kuching campur madu
  • cara tanaman pokok misai kucing
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Leave a Reply

error: Content is protected !!