Cabar Diri Sendiri

Pada 24hb Januari 2010 lepas saya ada ke seminar penulisan di Akhbar dan Majalah oleh Tuan Zamri Mohamad. Saya ke sana dengan niat untuk belajar dan menetapkan satu cabaran untuk diri sendiri. Saya tetapkan matlamat saya satu iaitu saya nak tulisan saya masuk paper terutamanya berkenaan dengan penipuan internet.

Sekarang saya sedang mengasah skil penulisan,memproses data isu semasa dan juga menganalisa bahan. Hasil daripada percubaan mengasah skil ini, 2 daripada 3 artikel yang saya hantar disiarkan di Berita Harian. Artikel pertama pada 26hb Januari dan yang terbaru pada hari ini.

Apa yang saya nak saya sampaikannya ialah tidak ada gunanya jika anda membeli buku, ke seminar, kursus jika anda tidak bertindak untuk memanfaatkannya. Action is Matter!!

Tidak guna membaca 10,000 judul buku sekalipun jika anda tidak memanfaatkannya dengan mengaplikasikannya. Ia hanya sia sia dan menghabiskan wang ringgit sahaja.

Apa yang perlu anda lakukan. Cabar diri anda dengan cabaran yang anda tetapkan sendiri. Seterusnya berusaha sedaya upaya untuk melaksanakan cabaran tersebut. Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. Kita yang menentukan kita akan berjaya atau tidak. Saya suka membaca kebanyakan buku DR.HM Tuah, ia memang berkaitan cabaran diri sendiri untuk berjaya.

Anda bersedia untuk cabar diri sendiri?

PS: Ammar Zahar telah melancarkan ebook terbaru beliau yang diberi nama KUASA MINDA BERJAYA. Ia adalah pengalaman beliau dalam perniagaan internet yang beliau lakukan sekarang walaupun masih bergelar seorang pelajar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments 2

  1. nuwa February 5, 2010
  2. buka minda February 8, 2010

Leave a Reply

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.