≡ Menu

Cara Mudah Buat Duit Dengan Youtube

Youtube merupakan salah satu top 5 laman web paling dilawati di dunia. Youtube menjadi fenomena yang cukup besar suatu masa dahulu dan kini ia masih lagi menjadi kegilaan orang untuk berkongsi video. Namun tak ramai yang memanfaatkan Youtube untuk membuat duit daripadanya.

Saya akan cuba berikan beberapa idea untuk anda buat duit dari youtube. Antaranya cara ini saya gunakan. :)

  1. Promosi Affiliate
    Apa yang perlu anda buat ialah hasilkan video berdasarkan produk affiliate yang anda pilih. Anda boleh cari produk affiliate di laman Clickbank.com. Kemudian hasilkan video berkaitan dan upload di Youtube. Pastikan deskripsi yang anda gunakan menarik atau berdasarkan topik popular ketika ini.
  2. Jual Video
    Google iaitu pemilik Youtube membenarkan pemilik video menjual video yang dihasilkan. Malah baru baru ini seorang bapa memperolehi lebih 1/2juta USd apabila menjual video anaknya yang sedang mabuk setelah dibius untuk mencabut gigi. Malah video tersebut dibeli oleh syarikat besar untuk dijadikan iklan promosi produk mereka.
  3. Jual Akaun Youtube
    Anda boleh hasilkan akaun youtube yang mempunyai video yang mempunyai view yang banyak. Kemudian tawarkan kepada sesiapa yang ingin membeli akaun tersebut. Ramai yang berminat membeli kerana jika video yang mempunyai views yang banyak akan keluar pada bahagian featured. Ini secara tidak langsung akan membantu promosi produk mereka secara percuma.
  4. Jual Produk Sendiri
    Anda juga boleh gunakan youtube sebagai media untuk pemasaran produk anda sendiri. Anda boleh gunakan trafik atau pelawat yang ramai di Youtube dan membawa mereka ke laman web anda anda.
  5. Pengiklanan
    Anda juga boleh gunakan Youtube untuk menarik minat pengiklan di laman web atau blog anda. Begitu juga dengan pelawat ke laman web dan blog yang mempunyai iklan Google Adsense. Jika mereka klik iklan tersebut, anda dapat duit. :)

Ini adalah antara cara mudah untuk anda membuat duit dengan Youtube. Anda tidak perlu mengeluarkan sebarang modal pun. Apa yang perlu anda buat ialah usaha dan hasilkan video yang mendapat permintaan ramai. Jika anda sudah biasa dengan Youtube, ia mudah sahaja.

Ada idea sekarang? Kalau ada, buat je. Mungkin rezeki anda pada Youtube.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • cara buat duit dengan youtube
  • buat duit dengan youtube
  • macam mana nak buat duit dengan youtube
  • macam mana nak dapat duit dengan youtube
  • cara buat duit melalui youtube
  • bagaimana youtube membayar
  • cara buat duit dari youtube
  • bagaimana buat duit dengan youtube
  • cara nak cari duit melalui youtube
  • cara dapat duit dengan youtube

{ 10 comments… add one }

  • Arm June 23, 2010, 11:24 pm

    pakai cpa pun ok gak cara buat duit dengan video ni bro..

  • Buat Duit Online August 5, 2010, 9:08 pm

    bro sham..boleh kongsikan tak cara nak dapatkan views yang tinggi?

  • sham August 6, 2010, 1:07 am

    cari video yang top..kemudian buat video respon berkenaan video tersebut. benda yang banyak orang cari cepat la naik viewnye.

    contohnya pasal tsunami dulu..kalau ada video pasal tu..post balik..

  • tamjid August 27, 2010, 8:29 am

    thanks banget atas info nya semoga anda diberi rizqi yg lebih banyak n barokah dari yang maha Pengasih

  • mamat January 6, 2011, 3:04 pm

    jual akaun youtube? hoho.. menarik :)

  • anip May 12, 2011, 1:27 pm

    macam mana nak buat duit ?

  • Liza @ Adzriel AB July 21, 2011, 1:50 pm

    bagaimana cara youtube bayar ye?

  • sham July 21, 2011, 2:42 pm

    bergantung kepada cara monetize.. sekarang ni pendapatan Google Adsense pun boleh diperolehi menerusi Youtube. Kalau menjual produk menerusi youtube, biasanya komisen affiliate akan dibayar menerusi cek.

  • Oh! budu January 25, 2012, 9:20 pm

    bGus.. penkongsian yg baik

  • Amim Blog January 13, 2014, 4:50 pm

    Saya tengah cuba aplikasikan pemasaran youtube untuk perniagaan

Leave a Comment