Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Menu
  • Home
  • About
  • Contact
  • Arkib
  • Produk
  • Testimonial
Home
Tips
Google Adsense: Maklumat Payee Salah, Apa Nak Buat?
Tips

Google Adsense: Maklumat Payee Salah, Apa Nak Buat?

sham 3 Comments

Saya ada ditanya oleh pembeli buku Blog + Google Adsense = Duit tentang apakah yang harus dilakukan jika nama penerima atau payee name tersalah atau tertinggal. Biasanya melibatkan beberapa perkara seperti:

  1. Nama tiada Bin. Contohnya Mohd Shamsuriyadi Mamat. Sedangkan dalam IC, Mohd Shamsuriyadi Bin Mamat. Jadi tertinggal Bin dalam payee Google Adsense. Jadi boleh ke kita claim duit dari Google Adsense? Jawapanya boleh. Kaedah penamaan di Malaysia berbeza dengan US dimana nama keluarga diletakkan dihadapan contohnya David Beckham, diorang panggil Becham iaitu nama bapa si David. Dalam kes Bin ini, Bin dikira sebagai middle name. Ia adalah optional samada diletakkan atau tidak. Yang penting ialah First Name dan juga last name. Dalam kes nama orang Malaysia, First Name adalah nama kita iaitu Mohd Shamsuriyadi dan last name adalah Mamat. Jangan risau jika tiada Bin tu. Masih boleh lepas.
  2. Tertinggal nama. Ini berlaku apabila nama dalam IC ada Mohd tetapi dalam pendaftaran Adsense hanya letakkan nama Shamsuriyadi Mamat sahaja. Tertinggal Mohd. Dalam kes ini, ia bergantung kepada bank. Sesetengah bank menerimanya jika berlaku kesilapan sebegini. Jadi kena tanya bank samada mereka boleh terimanya atau tidak. Biasanya diorang boleh consider dan lepaskan payment daripada Google kepada anda. Dengan western union, bank yang tentukan samada nak lepas atau tak.
  3. Nama tersalah ejaan. Yang ini adalah kesalahan yang agak serius. Namun boleh dibetulkan. Mungkin semasa pendaftaran terlalu teruja sehingga tersalah taip nama sendiri. Apa yang perlu anda buat ialah scan IC anda dan emel ke adsense_support@google.com dan minta tolong mereka perbaiki kesilapan tesebut. Google kadangkala boleh consider jika kesalahan yang dilakukan tidak terlalu besar.Contohnya nak tulis Mohd Shamsuriyadi tetapi tertulis Mahd Shamsuriyadi. Klik sini rujuk Google. Negara kita masih perlu ubah nama menerusi adsense support, bagi sesetengah negara lain boleh ubah menerusi dashboard Adsense sahaja.
  4. Nama Lain. Ini kes buat nama fake account atau sesaje nak buat. Nama sebenar Rahmat bin Ali, tetapi tulis nama payee Selamat Bin Abdul sedangkan ianya tidak wujud. Pada awalnya memang saje nak buat, tengok2 akaun tersebut lepas USD100 dan nak claim duit tersebut. Tapi payee name hanya main letak je. Ini sememang tak boleh ubah dah. Kena buka akau baru dengan nama yang betul. Dengan kata lain, duit tu burn macam tu jela.
  5. Nama ada alias (@) tetapi tak letak. Ini bagi mereka yang mempunyai nama lain. Biasanya orang dulu-dulu ada 2 nama. Contohnya ialah ayah saya, namanya ialah Mamat @ Ali tetapi dalam IC hanya letak nama Mamat dan tidak memasukkan alias Ali, jadi ia tidak menjadi masalah. Bagi mereka yang ada Ali @ Abu dalam IC, tetapi dalam pendaftaran hanya meletakkan satu nama sahaja dan tidak meletakkan alias (@) dalam payee name. Ini bergantung kepada bank atau agen western union. Tetapi biasanya boleh lepas sebab ia adalah optional. Ia bergantung kepada budi bicara pegawai berkenaan.
  6. Alamat sudah berubah. Jika anda telah berpindah, anda boleh update alamat anda di Tab My Account dalam Dashboard Google Adsense anda. Jika tidak ubah pun takpe. Jika anda pernah diban dengan alamat berkenaan, biarkan je dengan alamat yang sama. Yang penting ialah poskad pengesahan alamat anda telah terima sebelum ini. Poskad ini akan dihantar sebaik sahaja akaun anda telah mencapai jumlah terkumpul USD50.Anda perlu masukkan kod pengesahan ini dalam akaun Google Adsense ini. Hanya sekali sahaja. Anda tetap boleh claim duit western union walaupun alamat anda berlainan dengan IC anda.Yang perlu ialah MTCN mestilah betul.

Ini adalah antara masalah yang berkenaan maklumat payee name. Anda boleh emel ke adsense_support@google.com jika ada sebarang masalah. Mereka akan menjawab dan membantu anda jika ada sebarang masalah berbangkit.

poskad adsense

poskad adsense

Pastikan anda telah menerima pos kad pengesahan alamat terlebiih dahulu. Anda tidak perlu mengubah apa apa jika telah menerima poskad ini. Anda tetap boleh claim duit dari Western Union walaupun alamat yang dberikan Google berlainan dengan alamat anda sekarang. Jika pengawai bank/ajen tanya, cakap je itu alamat lama anda. Sekarang dah berpindah.

Semoga pos ini dapat membantu anda dalam menjana wang dengan Googe Adsense. Jika ada tersalah info mohon ditegur sebab polisi Google Adsense berubah dari masa ke semasa.

Artikel Berkaitan
  • Buku Google Adsense Pertama- Blog + Google Adsense = Duit
    Buku pertama saya telah pun diterbitkan dan mula berada di pasaran pada 22hb April lepas di Pesta Bu...
  • Google Adsense di Harian Metro
    Nampaknya kumpulan NSTP semakin banyak mengunakan iklan Google Adsense jika tiada pengiklan menempah...
  • Tips Adsense: User Content Generated Site
    User content generated site merupakan laman web yang mempunyai kandungannya yang dijana oleh penggun...
  • Adsense For Domain Bakal Ditamatkan
  • Adsense: Account Disable aka Banned Forever
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Post Views: 676
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article
Tags:google adsense masalah google adsense

Related Articles

Security Setting FB
Sekarang ini isu pengodaman dan hacking semakin hebat diperkatakan. Bermula …

Tingkatkan Keselamatan Semasa Mengunakan Facebook

Kenapa Perniagaan Internet Anda Gagal?
Saya pernah gagal dan masih ada yang gagal. Itulah pengakuan …

Kenapa Perniagaan Internet Anda Gagal?

3 Comments

  1. FaizAlias

    Terimakasih atas info ni…bagus ni…

  2. Pingback: Tips Mengeluarkan Wang Adsense Menggunakan Western Union | nazrien.com
  3. AWIM

    THANKS FOR THE INFO

  4. anonymous

    Kalau kat belakang cheque yg kita dh trima tu trsalh atau trlbih num telefon, kita masih bolh trma kah duit kat cheque tu ke dlm account kita?

Leave a Reply

Entri Terbaru

  • Beras Mahal? Tanam Padi Sendiri
  • Barang Mahaldahni…Nak buat macamana?
  • Ini Kronologi Scammer Parcel Lakukan Dan Bagaimana Menanganinya
  • Harga Barang Naik. Apa Yang Boleh Kita Buat?
  • Krisis Makanan Dunia Semakin Menjadi Nyata

Recent Comments

  • sham on Kajian Kes: Pinjaman Pelaburan ASB Oleh RHB BANK
  • Nor on Kajian Kes: Pinjaman Pelaburan ASB Oleh RHB BANK
  • Jejak Cyber on Sekitar Seminar JomSeminar
  • sham on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • sham on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Ummi insyira binti jurimi on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Ummi insyira binti jurimi on Seorang Wanita Rugi RM3500 Terjebak Dalam Penipuan Parcel
  • Shah on Penipuan Parcel Dari Luar Negara
  • Yusri on Penerbitan Ebook Di Amazon Kindle Books
  • sham on Contact

Shamsuriyadi.com

Buat Duit Online
Copyright © 2023 Shamsuriyadi.com

Before you go

You may also be interested in these posts:

Google Adsense di Laman Web Bahasa Malaysia? Buktinya Berita Harian

Saya ada beberapa soalan tentang adakah Google Adsense boleh diletakkan di laman…

Tip Adsense: Kenapa Akaun Anda Tidak Diluluskan

Google Adsense…. Cara paling mudah untuk anda buat USD1 pertama di interne…

panduan-google-adsense

Panduan Google Adsense Untuk Mereka Nak Cari Duit USD

Panduan Raja Adsense merupakan ebook saya yang pertama dan menjadi panduan Googl…