Keburukan Program Berkonsepkan Head Hunting


Dunia hari ini memang cukup mencabar.Kelembapan ekonomi, tiada bonus, tiada kenaikan gaji dan sebagainya menjadikan ramai mula berusaha untuk mencari duit lebih tidak kira menerusi pelaburan, perniagaan mahupun program tertentu di internet. Ada yang berjaya, ada yang bertambah susah.

Apa yang nak disampaikan pada hari ini ialah program berkonsepkan head hunting. Kena buru kepala macam orang iban zaman dulu dulu ke? Bukan sebenarnya. Istilah head hunting pada hari ini berkenaan mencari orang/agen/downline untuk mengembangkan perniagaan. Jika tiada orang masuk, ia tak boleh berkembang kerana kekuatan program terletak pada jumlah ahli baru yang menyertainya, bukan pada produk.

Bagaimana nak kenal benda ni?

Mudah je nak kenal. Jika sesuatu program mensyaratkan dapat komisen bila ahli baru masuk. Komisen juga bergantung kepada jumlah yang b erjaya direkrut. Fokus utama program juga lebih kepada cari orang baru untuk serta dalam program. Produk pulak mungkin ada, tetapi fokus utama mereka tetap pada cari downline.

Keburukannya?

Terdapat beberapa keburukan program berkonsepkan head hunting sebegini:

1. Hanya mereka yang terawal akan mendapat komisen. Tak mustahil menjadi jutawan jika menjadi pioneer.

2. Pendapatan yang dihasilkan bersifat jangka pendek. Ahlinya berpeluang untuk terus buat selagi pasaran tidak tepu kecuali mereka membuka pasaran baru.

3.Perkembangan akan terhenti apabila pasaran sudah tepu. Ketika itu,segala bentuk iklan tidak lagi berkesan kerana orang dah join ataupun memang tidak berminat. Jumlah manusia memang terhad.

4. Berlakunya manipulasi dalam pengiklanan demi mendapatkan downline. Misleading info akan menyebabkan ramai yang termakan dengan janji palsu yang ditawarkan. contoh “RM10,000 sebelum jika join sekarang” dan sebagainya.

Ada kebaikan tak?

Ada. Takkan semua buruk kan?

1. Dapat duit dengan mudah kalau join awal. Biasanya ketika ia masih hangat dipasaran, pemasaran dilakukan secara agresif sehinggalah pasaran tepu.

2.Leh jadi otai program tersebut. Yela, orang terawal. Kalo bernasib baik, leh jadi jutawan jika program berkembang dengan sangat pesat.

Apa nak buat kalau jumpa?

Potong kepala. hehehe. Acah je. 🙂

Jika anda jumpa program yang mensyaratkan cari orang je. Elakkan daripadanya. Konsep head hunting biasanya berlaku dalam MLM dan juga sesetengah program kat internet ni.

Bermula tahun ni KPDNKK akan melakukan proses pemutihan terhadap semua MLM yang berkonsepkan skim piramid dan juga head hunting di Malaysia. Saya betul betul berharap ia dapat dilaksanakan dengan segera. Ini adalah kerana dengan ada konsep head hunting sebegini, masyarakat mula membenci MLM dan melabelkan MLM tipu sedangkan ada MLM yang sebenar yang menfokuskan pada produk.

Program atau MLM yang sebenar akan kekal lama kerana mereka menfokuskan pada produk. Pembelian berulang akan berlaku jika produk yang ditampilkan berkualiti dan berguna.

Pastikan anda mengkaji terlebih dahulu jika berminat untuk menyertai mana mana MLM atau program di internet. Kenalpasti keperluan terhadap produk yang ditawarkan. Adakah ia berguna kepada anda?

Antara yang pernah berlaku ialah kopi beras merah dijual pada harga RM250 sekotak.

Anda perlu tanya diri anda, perlu ke beli kopi beras merah tu?

Harganya yang mahal disebabkan untuk diagihkan kepada upline atau orang atas sesuatu MLM. Sedangkan harga sebenar produk tidak sampai RM20 sekotak. Jika nak buat duit pulak, mesti mencari downline barulah mendapat komisen. Produk kopi tersebut hanya bukti menunjukkannya ada produk yang dijual, bukan sistem penjanaan wang semata mata.

Saya betul betul berharap agar anda membuat kajian teliti terlebih dahulu. Jangan mudah rambang mata dengan pendapatan yang diperolehi mereka yang terawal menyertai program yang berkonsepkan head hunting sebegini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • keburukan iks
  • orangibanzamandulu
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 6

  1. orang biasa February 24, 2010
  2. salman February 25, 2010
  3. alin February 27, 2010
  4. sham February 27, 2010
  5. Ahmad June 28, 2010
  6. RNEZ May 15, 2012

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.