Masalah Paypal: Temporary Hold Pending Investigation

Kes sebegini saya pernah beberapa kali kena disebabkan akaun Paypal telah dihack atau mangsa Phising. Ini adalah email daripada Paypal.

Apa nak buat kalau ini terjadi?

Caranya biarkan Paypal siasat. Anda tidak perlu buat apa apa kecuali anda telah menghantar produk tersebut. Anda gunakan tools yang terdapat dalam Paypal untuk memberikan tracking kepada paypal.

Jika anda telah pun refund, berikan maklumat refund tersebut.

Mengikut pengalaman saya, wang tersebut akan dipulangkan kepada pemilik asal. Saya hanya jual produk digital je. Jadi tak la rugi pape. CUma berkurang la satu sales sebab sales tersebut akan direverse kembali.

Kita sebagai penjual takkan kena apa apa. Ia bukanlah kesĀ  dispute. Kalau kes dispute, pastinya akan dikenakan caj oleh paypal selain wang dipulangkan kepada pembeli.

Saya menerima pembelian terhadap ebook Rahsia Buat Coklat Buatan Tangan kepunyaan isteri saya pada 15hb lepas. Bila tengok address di US menyebabkan saya berasa pelik dan email kepada owner akaun Paypal berkenaan bahawa kemungkinan akaun beliau dimasuki orang.

Yela. Siapa tak pelik mat salleh beli ebook bahasa Malaysia kan?

Beliau telah mengucap terima kasih dan meminta Paypal siasatĀ  dan wang tersebut akan direverse sedikit masa lagi.

Sebagai seller, kita perlu bijak dalam menangani masalah sebegini. Jangan cuak jika ini berlaku kepada. Dalam kes sebegini, kita hanya biarkan Paypal yang uruskan.

Rasanya phiser tersebut dari Malaysia ke apa tah. Kalau takkan buat belian ebook Malaysia.

Memburukkan nama Malaysia je.

Saya tak pasti kes sebegini ada diterangkan dalam Panduan Paypal Zulfadli. Tetapi kebanyakan ada disentuh dalam ebook berkenaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comment 1

  1. mashita July 20, 2010

Leave a Reply

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.