Panduan Untuk Menerbitkan Buku Sendiri


Bagi mereka yang berminat untuk menerbitkan buku mereka sendiri. Ia bergantung kepada penerbit yang terlibat. Antara faktor lain yang perlu diambil kira ialah royalti penulis. Itulah yang paling penting buat penulis buku. Hasil royalti akan diperolehi oleh penulis sepanjang buku mereka di pasaran. Malah selepas 50 tahun penulis meninggal dunia, keluarga penulis tetap menerima hasil royalti. Boleh jadi harta warisan tu..

 

Mereka yang menulis karya yang evergreen sangat bertuah kerana mereka akan berterusan walaupun setelah mereka meninggal. Selepas itu, ia akan dikira karya awam atau public domain. Kebanyakan karya public domain yang terkenal disenaraikan di laman Project Gutenburg (http://www.gutenberg.org ).

Anda boleh lihat karya ulung dunia didownload ribuan orang setiap hari di sana.  Bagi karya public domain, mereka mengambilnya dan terjemah untuk dijadikan buku sendiri. Sebab itulah terdapat banyak karya Serlock Holmes karya Sir Arthur Conan Dolye.  Kalau tiada idea nak menulis, boleh hasilkan terjemahan. Bagi yang tiada idea menulis, boleh hubungi penerbit untuk mengusahakan karya terjemahan.

Bagi yang ingin menulis buku mereka sendiri. Hanya emelkan kepada penerbit yang terlihat. Anda tidak perlu untuk ke pejabat penerbit untuk bertanya. Anda hanya perlu cari emel mereka di laman web mereka. Sekarang zaman IT. Semuanya maklumat di hujung jari anda. Penerbit yang berdaya maju akan mengunakan kemudahan internet untuk meningkat prestasi mereka. Anda boleh cari laman web mereka pada kulit buku mereka.

Sesetengah penerbit memerlukan anda menulis proposal buku sebelum menulis untuk mereka seperti yang diamalkan PTS. Anda perlu dapatkan dahulu templat untuk proposal daripada mereka. Proposal ini, anda hanya perlu isikan tempat kosong pada template tersebut. Yang paling penting ialah senarai bab buku yang bakal anda tulis.

Seterusnya bagaimana royalti dikira?

Bagi sesetengah penerbit menawarkan 5%,7%,8%,10%,11%,12.5%,16% dan ada setinggi 20%. Tetapi persoalannya ialah peratusan itu dikira daripada harga buku atau selepas ditolak diskaun kedai buku? Anda perlu pastikannya daripada penerbit tentang perkara ini. Isu ini ada diulas di blog PTS berkenaan kekeliruan royalti penulis buku.

Bagaimana untuk menulis? Dalam format apa?

Anda boleh menulis dalam dokumen microsort word ataupun open office. Anda tidak perlu risau tentang layout buku kerana penerbit akan melakukannya bagi pihak anda. Anda hanya perlu sediakan kandungan buku anda sahaja. Ilustrasi juga dilakukan oleh penerbit jika anda memintanya.

Berapa lama untuk buku diterbitkan?

Ia bergantung kepada penerbit. Anda penerbit memerlukan 2 bulan setelah manuskrip diterima daripada penulis. Ada penerbit mengunakan masa yang lebih lama daripada itu. Biasanya mereka akan cuba untuk menerbitkan buku anda secepat yang mungkin. Ia adalah kerana survival mereka adalah menerusi hasil jualan buku. Jika mereka lambat, ia akan menyukarkan mereka untuk “rolling modal” pusingan.

Kalau dah ada manuskrip, boleh contact jugak penerbit pilihan anda. Mereka akan tolong jika anda ada sebarang masalah.

Selain mengunakan penerbit, anda juga boleh menerbitkan sendiri buku buku anda. Cuma kena kerja lebih untuk memasarkan buku buku anda. Jika pasaran sudah ada seperti pensyarah. Terbitkan sahaja buku anda dan jual kepada pelajar anda.  Senang bukan? Pasaran sudah tersedia.

Saya kini giat menerbitkan ebook. Satu pilihan selain daripada menerbitkan buku. Ia lebih murah dan risiko rendah. Insyaallah, ebook terbaru saya akan dilancarkan pada 7hb Mei nanti. Buku kedua pun akan keluar tidak lama lagi.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • menerbitkan buku sendiri
  • tulis buku sendiri
  • bagaimana menerbitkan buku sendiri
  • cara nak terbitkan buku
  • bagaimana nak terbitkan buku sendiri
  • cara menerbitkan buku di malaysia
  • cara nak publish buku
  • cara nak keluarkan buku sendiri
  • cara menulis dan menerbitkan novel di malaysia
  • cara menerbitkan buku malaysia
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 10

  1. titan May 7, 2011
  2. sham May 7, 2011
  3. Sani May 28, 2011
  4. sham May 28, 2011
  5. norhaizan mustapha June 6, 2011
  6. sham June 7, 2011
  7. azidah bt budin September 4, 2013
  8. azidah bt budin September 4, 2013
  9. sham September 4, 2013
  10. syaffa ayumi September 21, 2014

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.