Tip Adsense: Kenapa Akaun Anda Tidak Diluluskan


Google Adsense…. Cara paling mudah untuk anda buat USD1 pertama di internet. Serius! Namun, sejak akhir akhir ini ramai yang mengadu kepada saya bahawa mereka dah memohon akaun Adsense dah 10 kali tetapi tidak diluluskan.

Kenapa?

Jadi saya biasanya akan tanya balik kepada mereka beberapa soalan..

  1. Apa URL website/blog?
  2. Bahasa yang digunakan
  3. Pernah ada akaun Adsense sebelum ni

Itu sahaja. Daripada soalan ini akan memberikan jawapan bagi soalan kenapa Akaun Adsense tidak diluluskan.

URL – saya ingin tahu bagaimana rupa blog dan kandungan blog. Adakah ia menarik atau sebaliknya. Ini adalah kerana aweks staff Google akan menilai setiap laman web dan blog yang dihantar untuk permohonan akaun Adsense. Pastikan blog telah ada banyak content dan TIADA iklan langsung termasuklah nuffnang ke apa. Jika dah ada iklan, mereka pasti menyangkan anda sudah pun “monetized” blog anda.

Bahasa – Ada diantara mereka memohon akaun Adsense dengan bahasa Malaysia atau bercampur campur. Sekejap BM, sekejap English. BM merupakan bahasa yang tidak termasuk dalam senarai lagi. Ia merupakan unsupported language. Jadi anda perlu buat blog berbahasa inggeris 100%.

Pernah Ada Akaun – ada juga yang pernah diban cuba untuk memohon kembali akaun Adsense. Google dah pun blacklist nama mereka yang pernah diban sebelum ini. Jika anda sudah ada akaun Adsense, jangan memohon lagi. Gunakan akaun yang sama untuk semua laman web/blog anda.

Google juga kini sedang giat memerangi plagiat.Malah ada diantara mereka yang mengunakan autoblog telah ditutup akaunnya di Wangcyber. Ia merupaka satu petanda bahawa Google mula serius menangani masalah plagiat atau menyalin artikel artikel orang tanpa memberikan kredit kepada penulis asalnya.

Jadi hati hati berAdsense!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • kenapa tak akaun adsense tak jadi
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 3

  1. kerja sambilan January 22, 2011
  2. jaerul March 27, 2011
  3. SofiaIsabella&Mom February 1, 2015

Leave a Reply

error: Content is protected !!