User content generated site merupakan laman web yang mempunyai kandungannya yang dijana oleh pengguna. Antara laman web sebegini adalah sosial bookmarking site,video sharing site, forum dan sebagainya. Semua kandungan daripada laman web ini adalah dihasilkan penggunanya.
Namun perlu diingat, sila pastikan pengguna laman web anda tidak memasukkan artikel atau kandungan yang menyalahi terma Google Adsense. Saya pernah diberikan amaran oleh Google apabila satu laman web social bookmark saya telah dispam oleh artikel pornografi.
Nasib baik Google tidak ban akaun saya dan hanya saya membuang kandungan tersebut dalam masa 3 hari. Pengunaan perkataan seperti Hack, hacking juga sangat membahaya kepada akaun Adsense anda. LiewCF iaitu salah seorang Pro Blogger Malaysia hampir kehilangan sumber pendapatan utama beliau apabila satu post beliau ada perkataan hack. Beliau ada ceritakan pada blog LiewCF.com.
Adsense menjadi sumber pendapatan beliau untuk membayar rumah, kereta dan sebagainya.Bahaya juga kalau hanya bergantung kepada satu sumber pendapatan ye. Bak kata orang, “jangan letak semua telur dalam satu bakul”.
Laman web yang dijana oleh pengguna yang paling famous adalah Facebook.com dan Youtube.com. Anda pasti dah biasa kot dengan laman web tu rasanya.
Kalau anda ada idea, boleh buat laman web user content generated site tapi kena pastikan anda memantau agar kandungan anda tidak menyalahi terma dan syarat Google Adsense. Itu je.
Ferdy
User Content Generated Site juga dikenali sebagai web 2.0, trend terkini dalam pembangunan laman web. Ada idea baru tak mengenai web 2.0 ni?
informationaboutX
info yang berguna, terima kasih..