Dalam pemasaran mengunakan Google Adwords, sangat penting untuk memahami terma pengiklanan Google Adwords ini kerana Google sedang gila meroyan untuk ban pengiklan yang melanggar terma mereka. Anda silap langkah, akaun anda akan ditutup dan dihalang untuk membuka akaun baru buat selama lamanya.
Tapi ada caranya la untuk buka akaun lain tetapi saya tidak akan kongsikan dalam post ini kerana ia agak blackhat. 😛
Bagi mereka yang ingin melakukan pemasaran affiliate, domain forwarding adalah merupakan antara cara lain untuk cloaking atau menyembunyikan link affiliate mereka.
Contohnya ialah link affiliate saya adalah:
Saya boleh cloak atau forwardnya mengunakan domain saya sendiri atau mengunakan domain percuma seperti .tk, .co.cc dan sebagainya. Jadi saya hanya promosikan domain sebegini..
Apabila orang klik, ia akan dibawa ke laman web tipsptd.com.
Bagi kegunaan emel marketing, ia sangat digalakkan tetapi untuk Adwords adakah ia sesuai?
Jawapanya TIDAK sesuai dan jangan buat jika anda sayangkan akaun Adwords anda.
Ia sebenarnya melanggar terma Google iaitu polisi Inaccurate Display URL . Google menwajibkan destination URL dan Display URL mestilah mengunakan domain yang sama. Jadi jika anda promosikan TipsPTD.com, domain untuk destination dan display URL pada setting iklan Google Adwords mestilah mengandungi domain tipsptd.com. Jika anda mengunakan landing page, gunakan url dan domain landing page tersebut tanpa cloaking kepada domain lain.
Jadi jika anda ingin mengunakan domain forwarding sebegini untuk kempen iklan anda, jangan buat kerana akaun anda mungkin diberikan amaran atau terus diban oleh Google. Ya. Google memang strick dalam melaksanakan polisi mereka samada kepada pengiklan mahupun publisher Google Adsense.
Tips ini merupakan antara salah satu daripada Modul Seni Adwords yang saya jual menerusi http://terbitebook.my/seniadwords
Ia adalah salah satu daripada kandungan Modul Seni Mengatakan Tidak khusus bagi mengelakkan daripada anda melakukan sebarang kesilapan yang mungkin menyebabkan akaun Google Adwords anda dibatalkan. Anda mungkin menganggap kesilapan yang dilakukan anda adalah kecil, namun ada kalanya Google menganggapnya sebagai satu tindakan yang serius.
Tips Adwords
Anda boleh merujuk laman rasmi Google ini tentang apakah yang boleh menyebabkan akaun anda dibatalkan.
http://adwords.google.com/support/aw/bin/static.py?hl=en&guide=28446&topic=28449&page=guide.cs
Begitulah tips adwords pada kali ini. Anda boleh subcribe post blog ini dengan memasukkan emel pada sidebar blog ini. Semoga dengan tips adwords ini, anda boleh melindungi daripada akaun anda dibatalkan disebabkan polisi Google ini.
titan
aku nampak iklan tu. boleh aje rasanya. ramai orang buat.
sham
Adwords ni lambat skit. Ada staff google buat manual checking nanti. Bila dah dikesan,akaun akan kena warning. Tapi kalau guna cloaking tapi domain sama dengan destination, rasanya boleh lepas. Apa yang dimaksudkan post saya tu, orang tengok domain A bila diklik ia diforwardkan ke domain B. Itu tidak dibenarkan. Yang diorang guna sekarang frame rasanya sebab domain tak berubah.
Tip Blogging
erm… aku baru redeem kopun adword nie… tp tak guna2 lagi duit dlm adword tu… xtau nk buat apa… 🙂
setakat ni aku masih di level belajar berblogging baru…
mie
salam bro sham,
kalau tak silap dalam sale latter tips ptd yang lepas ada borng opt in kan?
tapi google kan tak benarkan sebarang landing page yang ada tujuan kumpul mailing list?
boleh ke tak boleh sebebnarnya kita promot landing page macam tu