Tips Buat Duit Di Clickbank: Fungsi Graviti

Bagi mereka yang berminat untuk menerima cek dalam USD, clickbank adalah antara sumber yang boleh anda terokai. Clickbank membayar 2 minggu sekali dengan mengunakan cek yang akan dipos terus ke alamat anda. Jadi ia merupakan satu sumber yang bagus untuk anda mula berjinak jinak dengan buat duit dengan clickbank.

Bagaimana Untuk Memilih Produk Clickbank?

Saya menerima beberapa emel yang bertanya bagaimana untuk memilih produk di clickbank ini. Saya mempunyai bebeberapa kaedah untuk memilih produk antaranya ialah dengan mengunakan graviti yang disediakan oleh Clickbank.

Graviti ini adalah satu petanda bahawa produk tersebut laku dan mendapat permintaan.Lebih tinggi graviti sesuatu produk, ia bermaksud ia laris dipasaran.

Graviti

Graviti

Dengan tinggi Graviti tersebut, ia bermakna ia dipromosikan ramai orang lain. Ada sesetengah IM mengatakan graviti adalah jumlah jualan yang dihasilkan. Sebagai affiliate marketer yang baru, elakkan daripada mempromosikan produk yang mempunyai persaingan yang tinggi.

Anda boleh memilih produk yang melebihi 30 bagi memastikan produk yang dijual lebih mudah dijual. Bagi produk yang mempunyai graviti yang melebihi 100 pula bermaksud ia dipromosikan lebih ramai affiliate marketer dari seluruh dunia. Namun ia masih sesuai untuk dipromosikan oleh kita.

Bagi produk yang mempunyai graviti melebih 300, ia sangat sukar dijual dan sesuai untuk mereka yang mempunyai senarai list bagi niche berkenaan. Ia disebabkan ia memerlukan follow up daripada masa ke semasa untuk menukar mereka kepada pembeli.

Kesimpulannya

1. Graviti dapat membantu anda memilih produk yang mendapat sambutan di Clickbank

2. Pilih produk yang mempunyai graviti sederhana agar lebih mudah dipromosikan menerusi niche blog dan sebagainya.

3. Anda boleh mengunakan kaedah SEO dan kaedah pemasaran percuma untuk memastikan anda tidak mengalami kerugian yang tidak dijangka. Anda boleh mencuba kaedah Teknik Clickbank yang digunakan oleh saudara Zyan. Beliau mengunakan blogger untuk membuat pre sell produk clickbank.

4. Anda perlu menilai sales letter bagi setiap produk. Pilih sales letter yang hebat untuk memudahkan produk anda terjual dengan mudah,.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Leave a Reply

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.