Tips Buat Duit Di Clickbank: Harga Produk


Bagi yang tidak pernah merasa untuk buat duit di clickbank

Jom Kita Buat Duit Di Clickbank Sekarang

Bulan ni baru dapat 2 jualan daripada Clickbank sebab sibuk dengan mengemaskini blog dan juga penulisan ebook dan buku terbaru saya. (berapa banyak “dan” daaa).

buat duit di clickbank

buat duit di clickbank

Jumlah komisen yang diterima tidak la banyak sangat. Dalam USD36 atau RM100 lebih je. Tiada kos pengiklanan terlibat kerana hasil jualan ini adalah hasil daripada teknik SEO. Saya tak gunakan Google Adwords kali ini kerana baru sahaja kehilangan satu akaun. (Saya pun buat silap jugak).

Tapi saya masih ada akaun Adword lagi. 🙂

Dalam post kali ini, saya ingin kongsikan tips mudah yang saya gunakan untuk menentukan produk yang bakal di pilih untuk dipromosikan. Ia adalah harga produk.

Bagi saya, produk yang berharga USD27 sehingga USD47 adalah produk yang sesuai dan mudah untuk dijual berbanding dengan produk yang mahal harganya. Produk yang mahal memang menawarkan komisen yang tinggi tetapi ia sangat sukar dijual. Melainkan anda mempunyai senarai emel yang spesifik dengan niche yang anda pilih.

Buat duit di clickbank sebenarnya tidak susah sangat jika anda tahu cara yang betul melakukannya. Saya ulang, CARA YANG BETUL.

Formulanya pun mudah iaitu :

[box type=”note”]RIGHT PRODUK + GOOD LANDING PAGE + TARGETED TRAFFIC = $$$$[/box]

Eh…macam tajuk buku saya la pulak.

Harga produk saranan adalah antara $27 hingga $47 kerana ia lebih mudah dijual. Komisen mungkin lebih rendah kita dapat, tetapi ia berbaloi. Daripada anda bermimpi untuk mendapatkan jualan daripada produk-produk yang bernilai tinggi di clickbank. Lebih baik anda buat duit di clickbank dengan produk yang berharga murah dan berpatutan.

Senang ke Buat Duit Di Clickbank Ni?

Tak susah. Malah anda boleh lakukannya secara percuma. Saya belajar tengok Zyan gunakan hanya Blogger untuk menghasilkan landing page untuk produk clickbank. Saya sebelum tak pernah terfikir untuk melakukan sedemikian. Beliau hanya mengunakan trafik dan guna kemudahan blogger yang percuma sahaja.

Malah kaedah promosi juga dilakukan dengan mengunakan kaedah yang percuma. Ia banyak menyentuh tentang kaedah search engine optimization atau SEO. Ia berkenaan bagaimana untuk menjadikan blog kita disukai oleh Google dan enjin carian lain.

Anda boleh dapatkan Teknik Clickbank kalau nak belajar dengan cepat. Tak rasanya jeles ke bila tengok orang lain dah mula buat duit di clickbank, kita baru nak start. Kita ada cara yang lebih cepat untuk belajar buat duit di clickbank ni.

Kalau nak belajar cara lambat, anda search di Google dan cari berkenaan buat duit dengan clickbank ini. Ada banyak laman web dan blog bercerita mengenainya tetapi tiada yang menceritakan dengan lengkap bagaimana untuk melakukannya.

Di zaman awal pembabitan saya dalam internet marketing, itulah caranya kami semua belajar. Ketika itu, tiada buku yang membincangkannya. Sekarang dah makin banyak ebook dan buku yang membincangkan kaedah yang sesuai untuk kita semua buat duit di clickbank  atau mana mana program.

Sekarang terdapat limpahan panduan yang boleh anda dapatkan.. Nak tahu tentang buat duit dengan amazon, ada ebook mengenainya, adsense pun ada, clickbank pun ada, menerusi blog pun banyak dan terbaru baru ialah kuasa innity.

Buat kajian tentang produk dulu ye..tengok harga.

Jom kita buat duit di clickbank pulak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 4

  1. imransyakir May 17, 2011
  2. sham May 18, 2011
  3. HARRY May 26, 2011
  4. kerja sambilan May 29, 2011

Leave a Reply

error: Content is protected !!