Dalam pemasaran di internet, tindakan memkhinzir membabi buta boleh merugikan kita dan perniagaan kita. Terutamanya pengiklanan berbayar seperti PPC (pay per click), paid listing dan sebagainya. Apa yang paling penting ialah kita perlu pastikan samada tempat yang kita gunakan adalah betul.
Jika menerusi PPC, kita boleh tentukan keyword yang kita mahukan. Tetapi paid listing, laman web yang kita guna mempengaruhi prestasi iklan kita. Apa yang perlu kita pastikan ialah:
1. Kaitan tempat iklan dengan produk kita
Contohnya anda menjual tudung. Anda tidak boleh iklankan ditempat rata rata dikunjungi oleh orang lelaki. Iklankan di tempat yang mempunyai ramai wanita. Contohnya forum masakan, laman web resepi, wanita dan sebagainya. Kebarangkalian untuk mereka membeli lebih tinggi. Ini akan meningkat jualan produk anda. Nasihat saya, cari tempat yang sesuai dengan produk anda.
2. Trafik atau Pelawat Yang Ramai
Cari laman web yang mempunyai pelawat yang ramai. Anda boleh menentukan jumlah pelawat menerusi laman web Alexa. Anda boleh layari http://www.alexa.com. Menerusi laman web ini, kita boleh tahu ranking laman web tersebut. Jika mempunyai ranking yang rendah, ia bermakna laman web tersebut mempunyai pelawat yang ramai. Laman web yang paling rendah ranking adalah Google.com. Ia merupakan laman web paling banyak dilawati dari seluruh dunia.
3. Kos Yang Rendah
Pastikan kos pengiklanan ditempat yang kita pilih rendah. Jangan iklan jika kadar iklan yang tinggi. Ini adalah untuk mengelakkan berlaku sebarang kerugian jika iklan kita lakukan tiada respon. Pastikan kedua dua kriteria diatas dipenuhi terlebih dahulu. Jangan pulak iklan di laman web yang tiada pelawat disebabkan ia menawarkan kos yang rendah.
Ini adalah antara kriteria utama jika anda ingin memilih tempat iklan. Pastikan ketiga tiga kriteria dipenuhi, barulah untuk menimbangkan membeli iklan di laman web berkenaan. Tetapi jika anda mempunyai cara yang percuma. Utamakan kaedah yang percuma terlebih dahulu.
Jika boleh gunakan kaedah promosi percuma sebanyak yang mungkin. Mungkin ada pelawat yang bertukar menjadi pelanggan anda nanti. Pastinya anda tidak mengeluarkan sebarang kos untuknya.
Nantikan satu ebook percuma baru nanti. Saya sedang siapkannya. Tunggu…
Adney
terime kasih bro. saye setuju dengan perihal target market.. saye pun selalu mengamalkan prinsip tersebut.. tidak mahu membabi buta promosi sane dan sini.. tetapi tiade jualan..
zaki
memang kena buat iklan pada targeted market. Kalau tak buat penat dan rugi duit dan masa aje
afham
ini yg problem buat masa ini..
tidak tahu mengapa..
adi
BLEH CAYER KER GDI NIE????/AKU BRU UMUR 20.BLEH BUAT KE DEBIT CARD SEME TU???XPAHAM R..SSUSAHHH
sham
Kad debit untuk umur 18 tahun ke atas. Kalo umur 20 tahun dah lebih dari layak. GDI memang boleh buat duit.
Dermajuv
ini yg problem buat masa ini..