10 Langkah Menangani Phising Email


Email phising atau email yang bertujuan menipu bagi mendapatkan maklumat penting seperti password dan maklumat diri. Kebiasaannya maklumat bank seperti username dan password. Anda perlu berhati hati agar tidak membuka email berkenaan.

Ini adalah kerana bank tidak akan menghantar email kepada anda semata mata untuk anda kemaskini maklumat.Kebiasaannya bank akan menghantar surat rasmi kepada anda dan meminta anda ke cawangan mereka jika mereka perlukan sebarang maklumat daripada anda.

Anda boleh mengelakkan email phising ini dengan 10 cara iaitu

1. Sentiasa berhati-hati apabila menerima e-mel mendakwa mereka dari pihak bank kerana bank tidak pernah menghantar e-mel kepada pelanggan.

2. Taip alamat URL bank secara manual dan bukannya dari pautan diberikan melalui e-mel phishing.

3. Lihat alamat https:// di ruang carian URL serta bentuk bumi di bahagian bawah ikon carian memastikan maklumat dihantar adalah selamat.

4. Semak ketulenan laman web dengan mengklik sebanyak dua kali ke atas ikon itu, ia akan memaklumkan sama ada laman web dikunjungi selamat atau tidak.

5. Untuk perbankan online, kebanyakan bank membekalkan mekanisme pengesahan seperti kod transaksi SMS atau kata laluan yang berlainan.

6. Pindah turun perlindungan online ke atas komputer anda dan kerap perbaharui maklumat.

7. Pindah turun perlindungan dengan menghidupkan ‘firewall’ dan sentiasa perbaharui perisian keselamatan untuk elakkan kecurian kata laluan.

8. Jangan gunakan komputer awam untuk lakukan transaksi kewangan.

9. Guna browser alternatif seperti Firefox 3 atau Opera 9.5 yang memiliki ciri keselamatan lebih baik yang memberi amaran kepada pengguna mengenai laman web tidak meyakinkan.

10. Jika anda sudah termasuk dalam laman web berbentuk phishing, segera melaporkannya kepada pihak keselamatan supaya ia dapat dibendung.

Sumber :Harian Metro

Phising banyak berlaku berkenaan dengan Paypal. Jadi anda perlu berhati hati. Jangan buka link paypal menerusi email. Buka secara terus dengan menaip www.Paypal.com. Ia dapat melindungi anda daripada phising dan kehilangan duit.

Anda boleh layari http://www.malaysiastory.net/paypal untuk melihat bagaimana untuk anda membuka akaun paypal.

Itu adalah risiko paypal sebenarnya. Ia tidak mempunyai nombor TAC seperti bank di Malaysia. Jika pihak tidak bertanggungjawab mendapat tahu username dan password paypal anda. Duit anda akan hilang.

Namun, anda boleh laporkan kepada Paypal dan transaksi berkenaan akan direverse kembali. Anda akan diminta untuk mengubah password anda dari masa ke semasa. Jika anda mangsa phising paypal, paypal akan reverse transaksi yang berlaku dan memulangkan wang anda.

Sebab itulah kebanyakan kad kredit mempunyai polisi 90 hari dimana transaksi yang berlaku dalam masa 90 hari boleh direverse kembali. Jangan biarkan transaksi yang tak sepatutnya itu melebihi 90 hari ye. Segera melaporkan kepada pihak berkenaan  segera jika berlaku sebarang transaksi yang meragukan atau tidak dilakukan oleh anda.

Lindungi wang anda daripada penipuan di internet. Jangan lupa untuk download Laporan Percuma Penipuan di Internet.

Harap ia membantu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comment 1

  1. faidz March 7, 2009

Leave a Reply

error: Content is protected !!