8 Cara Buat Duit Di Internet


Ramai yang tertanya tanya bagaimana nak buat duit di internet? Apakah rahsia buat duit di internet ini? Saya ceritakan 8 cara yang boleh anda lakukan untuk mencari duit tambahan di internet. Ada yang berisiko tinggi, ada yang berisiko rendah. Terpulang kepada anda untuk menilai samada ianya sesuai untuk anda ataupun tidak.

Kesemuanya memerlukan usaha yang gigih daripada anda. Bukan sekadar Duduk Diam Dapat Duit (4D). 4D adalah judi namanya. Jangan memperjudikan wang anda. Jauhi pelaburan internet dan perniagaan yang menjanjikan pulangan yang tidak masuk akal dalam masa yang singkat tanpa sebarang usaha. Ia sangat berbahaya dan berisiko tinggi. Malah ia berkemungkinan besar adalah tipu ataupun scam!

1.Program Pengiklanan (PPC Publisher)

Ia adalah program dimana terdapat perkongsian pendapatan diantara syarikat pengiklanan Pay Per Click dan webmaster seperti anda. Contoh program sebegini ialah Google Adsense, Yahoo Publisher, Bidvertiser, Clicksor dan banyak lagi. Kita akan menolong syarikat iklan tersebut untuk membuat promosi iklan daripada pengiklan dan kita akan diberikan share daripada setiap klik yang terhasil. Ianya dari 1 sen hingga berpuluh puluh dolar bagi setiap klik bergantung kepada berapakah pengiklan bayar untuk setiap klik tersebut. Lebih banyak klik yang pelawat laman web kita klik iklan, lebih banyak yang kita akan dapat. Jika kita mempunyai pelawat yang ramai, kemungkinan untuk mendapat hasil yang banyak adalah tinggi! Program yang paling terkenal ialah Program Google Adsense oleh Google. Anda boleh dapatkan Panduan Raja Adsense di http://www.rajaadsense.com untuk maklumat lanjut tentang buat duit dengan google adsense.

2.Produk Digital

Dengan bahasa mudah produk digital adalah produk yang tidak dapat dipegang kerana ia dalam format digital.Biasanya ia hanya boleh digunakan dengan mengunakan komputer. Contoh produk digital ialah ebook,video,grafik,perisian dan banyak lagi. Ia merupakan antara perniagaan internet yang paling menguntungkan kerana pemilik boleh menjualnya berulang kali tanpa merisaukan tentang kehabisan stok atau menyimpan stok. Penjual biasanya akan menghantar produk menerusi email dan produk berkenaan boleh didownload ke komputer pembeli. Isu utama dalam produk digital ialah cetak rompak. Ia sememangnya tidak dapat dielakkan lagi. Jangan risau. Ia tidak akan memberikan kesan yang besar jika anda mengambil langkah berjaga jaga tentang produk anda. Produk kegemaran saya ialah ebook. Anda boleh dapatkan Ebook Rahsia Penulis Ebook di http://www.penulisebook.com bagi mengetahui bagaimana untuk anda memulakan perniagaan ebook dan produk digital anda sendiri.

3. Jual Iklan

Kini semakin banyak laman web iklan yang menawarkan khidmat iklan percuma. Mereka juga ada menawarkan iklan yang berbayar dengan kadar yang berpatutan. Pelbagai jenis direktori pengiklanan muncul pada hari ini. Yang paling terkenal ialah Monsun Biz yang kini semakin tiada hala tuju. Antara direktori pengiklanan yang terkenal di Malaysia ialah Cari Classified, IklanPercuma.com, IklanNiaga.com, Mudah.com.my dan banyak lagi. Jika anda berminat untuk membinanya, anda perlukan sedikit perancangan untuk direktori iklan anda. Jika diperingkat antarabangsa pulak, pelbagai konsep direktori pengiklanan diperkenalkan. Orang Malaysia yang berpengalaman dalam direktori iklan ialah Alang dimana pendapatan beliau mencecah RM20K sebulan menerusi iklan di direktori iklan belian. Beliau pernah ditemuramah di beberapa akhbar nasional seperti NSTP dan Kosmo tentang kejayaan beliau.

4.Produk Fizikal

Jika produk digital produk yang tidak dapat dipegang. Produk fizikal pulak ialah produk yang dapat dipegang dan disentuh. Tumpuan penjualan produk fizikal biasanya menerusi laman kedai online dan laman web pihak ketiga seperti Ebay dan Lelong. Bagi menjual produk fizikal bagi pasaran Malaysia, Lelong.com.my adalah tempat yang terbaik. Ia mempunyai pelanggan yang tetap yang sememangnya gila membeli. :-). Produk seperti telefon bimbit, gadget,kamera,produk komputer, jam tangan dan banyak lagi adalah antara produk panas di Lelong. Bagi pasaran antarabangsa pulak, anda boleh mengunakan Ebay. Ebay mempunyai laman Ebay tempatan seperti Ebay.com untuk US,Ebay.co.uk untuk UK,Ebay.com.au untuk Australia, Ebay.com.de untuk Jerman, Ebay.com.my untuk Malaysia dan banyak lagi. Tempat paling mudah menjual ialah di Ebay.com,Ebay.co.uk dan Ebay.com.au. Anda boleh dapatkan buku dikedai buku berdekatan dengan anda tentang menjual di Lelong.com.my dan jugak menjual di Ebay.

4.Forex

Anda minat dengan forex atau tukaran wang asing ni? Ramai yang mengalami kerugian dalam forex ni. Ia merupakan cara cari duit dalam kategori berisiko tinggi. Forex juga bergantung kepada teknikal dan fundamental analisis yang bagus. Saya pernah terjebak sekejap dalam forex ini. Saya stop setelah mengalami kerugian dalam masa 1 hari. Sebabnya fundamental analisis yang kurang skit. Teknikal analisis semata mata tidak cukup untuk membuat untung dengan forex. Terdapat banyak broker forex.Pilih yang sesuai. Anda perlukan seorang guru untuk membantu anda dalam trading forex. Cadangan saya ialah Bro Nasir. Anda boleh layari http://www.kuasaforex.com. Saya dulu pernah guna ajaran beliau dalam ebook kuasa forex tu. Tapi akibat terlalu tamak, ia hilang sekelip mata. :P. Jika anda ingin berforex ni, pastikan mental anda kuat. Trade ikut pasaran bukan ikut hati anda. Jangan trade jika pasaran tidak menentu. Kalo rajin,saya mungkin terjebak balik kot dalam forex. Tapi kecil kecilan la dulu untuk tambah modal. Ingat terdapat 2 jenis forex. Pilih broker yang menawarkan Islamic Forex. Modal minimum bergantung kepada anda. Nilai yang selamat ialah USD1000 untuk start dalam forex. Boleh start dengan modal dengan lebih rendah, tapi berhati hati la ye.

5.Affiliate

Program affiliate merupakan program seperti jurujual. Kita akan mendapat komisen daripada jualan dan sebagainya. Kini kebanyakan produk menawarkan program affiliate mereka sendiri. Bagi pasaran antarabangsau pulak ialah Clickbank,PayDotCom,CJ,PepperJam Network dan banyak lagi. Bagi program affiliate produk digital yang terbaik ialah Clickbank. Terdapat lebih daripada 15,000 produk yang boleh anda promote. Anda boleh dapatkan panduan clickbank di http://clickbank.rajaadsense.com untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang bagaimana untuk anda buat duit dengan clickbank. Anda boleh download report percuma saya tentang clickbank di http://www.shamsuriyadi.com/DuitClickbank.zip

6.Perkhidmatan

Terdapat banyak perkhidmatan yang boleh anda buat. Ia juga sangat lumayan. Jika anda menawarkan khidmat untuk pasaran antarabangsa. Ia lebih lumayan. Perkhidmatan seperti web design, ecover, consulting dan sebagainya boleh anda lakukan di internet. Harganya anda yang tentukan. Bagi pasaran antarabangsa, caj sebanyan USD300 – USD1000 adalah perkara biasa. Malah ada yang lebih tinggi! Bagi servis membuat video teaser atau video korporat ada yang mencecah $20K bagi 30 saat video. Tapi pastikan ia adalah berkualiti. Anda akan menerima tempahan tidak henti jika perkhidmatan anda yang tip top. Mereka akan menyarankan perkhidmatan anda kepara rakan rakan mereka. Jadi tawarkan perkhidmatan yang terbaik.

7.MLM

Multi level Marketing atau MLM online sememang boleh buat duit untuk anda. Tetapi anda perlu membuat kajian terlebih dahulu la. Pastikan ia tidak membebankan anda. Buat kajian dengan teliti seperti marketing plan dan sebagainya.

8.Pay Per Action

Ia seperti program affiliate jugak. Tetapi pelawat tidak semestinya membeli produk yang ditawarkan. Biasanya anda akan dibayar jika ada orang subcribe,daftar,download dan sebagainya. Bagi mereka, ia sudah memadai jika ada orang melanggan khidmat mereka dan mereka akan membayar sesiapa yang membawa ahli baru kepada mereka. Bayaran juga agak lumayan. Malah ada yang membayar sehingga USD30 bagi setiap orang yang mendaftar dalam program mereka. Antaranya ialah laman web dating, ringtones dan sebagainya. Anda perlu bijak memilih program yang sesuai untuk anda promosikan. Pastikan ia tidak melanggar batas batas agama. Cari lah rezeki yang halal ye.

Ini adalah 8 cara yang boleh anda buat duit di internet. Anda banyak cara lagi sebenarnya. Saya hanya menyentuh secara general atau umum sahaja. Saya juga mengabungkannya menjadi 8 kategori ini sahaja. Ia bergantung kepada kemampuan anda untuk melakukannya.

Saya sukakan perkara yang boleh diautomasikan. Ia membolehkan saya membuat pelbagai kerja dalam satu masa. Namun, setiap perniagaan anda perlu lakukan promosikannya. Tanpa promosi anda tidak akan mendapat apa apa. Hanya Forex yang tidak perlu anda promosi. Yang lain, anda perlu promosikannya. Anda boleh dapatkan Panduan Adwords di http://www.PanduanAdwords.com dan Panduan Pengiklanan Media di http://www.PanduanIklan.com.

Saya mengambil masa hampir 2 jam menulis artikel ini. Ok.Saya sambung buat kerja saya. šŸ™‚

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • google adsense guna ebay
  • 5 sen yang cari ebay
  • duit internet
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 6

  1. KOMPIUSLAHAKUNI? December 12, 2008
  2. sham December 12, 2008
  3. gedikz June 21, 2009
  4. YusriZakaria March 9, 2010
  5. john September 6, 2010
  6. shairul October 14, 2014

Leave a Reply

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.