Maksud SPAM
Menurut WIKIPEDIA, SPAM adalah menghantar mesej secara pukal bagi tujuan promosi sesuatu samada menerusi emel, media sosial dan sebagainya. Bagi mereka yang masih baru dalam pemasaran di internet, ramai yang melakukannnya. Saya akan hurai apakah tindakan anda akan dikira sebagai spam atau tidak.
Tindakan SPAM menganggu privacy orang lain kerena ia menerjah masuk tanpa kebenaran dan juga
Adakah Mengunakan Autoresponder Dikira Sebagai SPAM?
Penggunaan autoresponder tidak tergolong sebagai spam kerana biasanya emel dimasukkan ke dalam sistem autoresponder secara sukarela. Ia adalah sejenis pemasaran yang dibenarkan (permission marketing). Namun, jangan eksploitasi list atau senarai emel yang anda anda di autoresponder untuk menjual sesuatu yang dilarang oleh undang-undang seperti menipu dan sebagainya.
Jadi apakah yang dikira sebagai SPAM?
Dalam banyak-banyak tindakan pemasaran apa yang dikategorikan sebagai SPAM? Saya akan huraikan satu persatu agar anda dapat memahaminya dengan mudah.
Bulk Email Blaster & Collector
Terdapat perisian khas yang dapat mengumpul emel yang anda di enjin carian, domain laman web dan sebagainya. Ia akan dikumpulkan kemudian dihantar dengan mengunakan perisian email blaster. Kaedah inilah yang digunakan oleh Nigerian Scammer untuk menipu mangsanya. Contohnya emel ini yang kononnya:
1. Anda memenangi loteri bernilai jutaan ringgit daripada syarikat tertentu dan meminta anda menghubungi mereka.
2. Anda seorang janda jutawan yang nak mati dan ingin memberikan anda wang sebagai balasan jika anda menghubungi mereka.
Jadi dengan perisian ini, mereka akan blast secara rawak dan tunggu orang respon. Yang respon, itulah bakal mangsa mereka untuk tipu. Bahaya juga kan?
Bagi spammer ( gelaran kepada kaki spam), mereka akan melakukan apa sahaja untuk mempromosikan produk sasaran mereka. Namun kesannya mungkin tidak nampak sangat di Malaysia. Namun di negara seperti Amerika Syarikat, spammer boleh didakwa.
Di facebook terdapat beberapa kaedah pemasaran yang boleh dikategorikan SPAM jika salah pelaksanaannya. Akaun FB atau Fanpage anda juga boleh dibatalkan jika memerima banyak laporan daripada orang yang terkena dengan kaedah spam ini.
1. Image Tagging
Ia adalah dengan cara tag orang yang menjadi sasaran dengan tag gambar produk anda. Sesetengah orang tidak suka anda ditag dengan gambar yang tidak berkenaan dengan diri mereka seperti skim tertentu, MLM dan sebagainya. Dengan tag gambar, dengan harapan dapat menarik minat rakan-rakan mangsa untuk menyertai kaki spam ini.
2. Post Hijacking
Cara ini dengan tiba-tiba memasukkan post berunsur iklan dalam perbincangan orang. Contohnya pemilik FB atau Fanpage sedang berbincang tentang produk tertentu, kaki spam akan post iklan pada perbincangan tersebut. Jika di fanpage, orang tersebut boleh diban permanently. Jika di facebook profile, mereka boleh diblock permanently.
3. PM
PM atau Private Message juga boleh terjadi spam. Anda tertentu terganggu jika tiba-tiba anda diterjah oleh PM yang mempromosikan sesuatu atau mungkin tak releven dengan diri anda. Malah cara ini juga digunakan oleh scammer aka penipu di facebook termasuk nigerian scammer untuk mencari mangsa. FB saya sendiri terdapat beratus PM spam ini.
Bahaya SPAM Kepada Pemilik Laman Web
Bagi mereka yang memilik laman web dot com mereka sendiri, tindakan spam sangat membahayakan kepada laman web mereka. Pemilikan domain dot com berkenaan boleh ditarik balik dan hosting yang digunakan juga boleh dibatalkan. Jika ia dikongsi secara beramai-ramai (shared hosting), ia membahayakan laman web orang lain juga.
Pihak ISP (Internet Service Provider) boleh bertindak menghalang laman web berkenaan daripada beroperasi. Di Malaysia kuasanya di tangan SKMM.
4. Blog Commenting
Komen di blog orang dengan komen iklan juga dikategorikan sebagai spam.
5. Forum Perbincangan
Mendaftar di Forum Perbincangan kemudian membuat post iklan juga dikategorikan sebagai spam.
Ini adalah antara contoh tindakan yang boleh dikategorikan sebagai spam. Elakkan daripada melakukannya jika anda ingin mempromosikan sesuatu atau produk anda. Ia boleh merosakkan kredibiliti anda dan juga produk yang anda promosikan.
Semoga bermanfaat.
Incoming search terms:
- maksud spam
- apa maksud spam
- makna spam
- https://www shamsuriyadi com/umum/apa-yang-dimaksudkan-dengan-spam/
- apa itu spam
- apakah maksud spam
- maksud spam mesej
- maksud spamming
- spam maksud
- apa makna spam
Anuar
Sejak akhir-akhir ini blog saya kerap menerima komen Spam.. Ada tips tak macamana nak menghalang komen spam tersebut?
Zuhair
Jika blog anda menggunakan platform WordPress, cari plug in yang bersesuaian..contohnya Akismet..
Selamat Jamil
Sebenarnya takde cara lain nak halang spam sebab kita tak tau sape yang akan spam kita. senang cerita, bila dia spam sekali, terus ban, terus delete penyepam tersebut..hee
sham
akismet pun okay untuk tapisan awal komen di blog.
Noor Shahida bt Mohamad
Assalamualaikum..
Saya ad 2 soalannk tanya,
1)jika sy pos iklan produk mggunakan auto pos,itu dikira spam x..tetepi auto pos trsebut mmrlukan kebenaran admin group tersebut trlbh dhlu..
2)En ad cdngan atau info tntg bgaimna cara nk pos iklan mggunkn allikasi yg dbnrkn dan blh pos dlm group skligus..Terima kasih..??
#sybarudalambisnes
#jangankecamye
Noor Shahida bt Mohamad
Assalamualaikum..
Saya ad 2 soalannk tanya,
1)jika sy pos iklan produk mggunakan auto pos,itu dikira spam x..tetepi auto pos trsebut mmrlukan kebenaran admin group tersebut trlbh dhlu..
2)En ad cdngan atau info tntg bgaimna cara nk pos iklan mggunkn allikasi yg dbnrkn dan blh pos dlm group skligus..Terima kasih..??
#sybarudalambisnes
#jangankecamye
sham
Jika memang dapat kebenaran, takde masalah jika tak keterlaluan. Tapi di fb sendiri, kalau post benda sama banyak boleh sebabkan akaun disuspend atau dibatalkan terus kerana spamming. Automasi bagus jika tak keterlaluan.