Bagaimana Saya Membuat RM1700 dalam Masa 7 Hari Tanpa Produk


Cabaran Affiliate Tips Ptd telah berakhir semalam. Sememangnya persaingan untuk mendapat Top 10 sangat sengit. Malah saya sendiri terkeluar daripada senarai Top 10 dengan kekurangan 1 jualan sahaja. Cabaran kali ini boleh dikatakan telah memecahkan rekod jualan produk ebook di Malaysia apabila jualannya melebihi RM150,ooo dalam masa 8 hari sahaja.

Saya menyertai cabaran ini sehari selepas ia dilancarkan. Ia adalah kerana saya baru kehilangan cahaya mata kedua apabila isteri saya mengalami keguguran sehari sebelum cabaran bermula. Ketika itu saya hanya cipta iklan di Google Adwords dan tinggalkan sahaja.

Saya meletakkan bajet kos pengiklanan yang akan saya gunakan ialah RM150. Kos sebenar yang saya gunakan adalah RM71.39. Jualan yang berjaya saya hasilkan ialah RM1705. Jadi untung bersih yang saya perolehi ialah RM1633.61 yang diperoleh dalam masa seminggu.

Keputusan Cabaran Affiliate Tips Ptd

Keputusan Cabaran Affiliate Tips Ptd

Dalam kempen tahun ini, saya dapati ramai daripada pelanggan Ebook Seni Adwords mengunakan strategi yang sama dan menghasilkan banyak jualan dengan kos yang rendah. Bagi mereka yang nak buat duit tahun dengan Tips Ptd, kena buat persediaan daripada sekarang.

Top Affiliate kali dilakukan oleh seorang Pro Blogger JobsMalaysia yang mendapat komisen lebih dari RM10,000 dan mendapat hadiah tambahan iaitu IPAD 2. Cabaran kali ini memang agak sengit sebab lebih ramai affiliate yang berjaya membuat jualan iaitu 104 orang dan 18 daripadanya komisen 4 angka.

Malah kedudukan tanga ke 6 ke 12 mempunyai jualan yang hampir sama. Yang berbeza ialah jumlah komisen kerana terdapat 4 pakej produk. Jadi terdapat 4 jenis komisen yang ditawarkan.

Bagaimana saya melakukannya?

Saya gunakan teknik yang saya terangkan dalam Ebook Seni Adwords. Ia adalah satu panduan pemasaran affiliate dengan mengunakan Google Adwords sebagai sumber trafik segera. Kenapa Google Adwords bukan Facebook? Facebook orang mengunakannya untuk bersosial. Google pula orang gunakan untuk mencari maklumat.

Jadi Google lebih sesuai untuk mendapatkan jumlah pelawat atau trafik segera ke laman web affiliate atau landing page.

Tahun ini juga saya tidak mengunakan kaedah pemasaran emel. Saya langsung tidak menyentuh list kerjaya yang saya kumpul.

Dalam kempen Adwords kali ini, saya hanya mengunakan buying keyword yang saya kenalpasti pada tahun lepas. Keywordnya saya rahsiakan untuk digunakan pada kempen pada tahun hadapan pula.

Strategi Direct Linking

Dalam cabaran kali ini, saya masih mengunakan strategi direct linking untuk kempen Tips Ptd. Ini adalah kerana persaingan yang sedikit. Namun, pada akhir kempen semakin ramai affiliate lain mengunakan kaedah ini menyebabkan nilai bidaan meningkat mendadak. Ia menyebabkan saya terpaksa meningkatkan sedikit nilai bidaan keyword yang saya gunakan.

Kelebihan teknik direct linking:

  • Anda tidak perlu mengunakan atau membina landing page. Gunakan sahaja laman web asal.
  • Jimat masa.
  • Mudah

Kelemahannya pula:

  • Nilai bidaan akan meningkat apabila semakin ramai yang mengunakan kaedah ini.
  • Iklan tidak akan keluar kerana URL yang sama, hanya  satu iklan pada setiap masa dengan url tersebut

Teknik ini tidak sesuai digunakan jika terlalu ramai yang mengunakan kaedah ini. Jika ini berlaku, anda perlu bertukar kepada teknik landing page. Malah saya dapati ada affiliate yang mengunakan kaedah domain cloaking berFRAME mengunakan perkhidmatan dot TK (.tk).

Ia sesuai untuk melepasi kesesakan yang berlaku akibat penggunaan direct linking. Jadi anda boleh mendapat klik yang lebih banyak dan stabil mengunakan kaedah ini. Tetapi pastikan jangan mengunakan cloaking yang akan mengubah nama domain kepada nama domain yang lain. Iklan anda mungkin akan dibatalkan dan mungkin akan memberi kesan kepada akaun Google Adwords anda.

Saya tidak sempat untuk buat apa apa kerana  agak sibuk. Saya gunakan sahaja teknik direct linking sepanjang cabaran ini. Hasilnya 2 hari terakhir, jualan merudum dan dipintas disaat akhir daripada senarai Top 10.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 2

  1. soleh July 15, 2011
  2. sham July 16, 2011

Leave a Reply

error: Content is protected !!