Betul ke Jual Ebook Tu Tipu?

Topik hangat skit.Saya tergerak hati melihat beberapa kes penipuan melibatkan beberapa penulis ebook kat Forum Wangcyber. Dunia IM semakin mencabar sekarang ni. Saya merupakan salah seorang moderator bagi forum WC.Memang saya ada,cuma jarang terliba dalam perbincangan.

Mungkin sebab berlaku pengulangan topik yang sama sebab saya dah berada di sana hampir 4 tahun berforum di Wangcyber. Jika berlaku pengulangan saya tak komen dan hanya membaca & melihat perkembangan perbincangan. Jika keadaan memerlukan untuk komen barulah saya komen.

Berkenaan penulis ebook yang tipu.Saya tak nafikan ada banyak jugak sekarang ni. Terutamanya yang melibatkan niche “make money”. Ia merupakan satu fenomena yang tidak sedang dipandang dan didengar sebenarnya. Bagi penulis ebook, jangan menulis sales letter yang terlalu “hype” atau melampau lampau yang mungkin akan memakan diri anda sendiri kelak.

Walaupun fenomena pelancaran ebook yang berjaya menghasilkan ratusan ribu ringgit melanda negara ketika ini. Ada juga kes penipuan yang melibatkan ebook dan ada juga yang melibatkan IM yang agak lama berkecimpung dalam bidang ini. Kebanyakan orang mengelarkan mereka sebagai “otai” dan sebagainya.

“Jangan labelkan saya sebagai otai”..

Serius. Saya rasa saya masih belum layak untuk bergelar otai dalam IM. Saya mungkin berjaya membantu ramai IM baru sebelum ni, cuma saya rasakan ilmu yang ada belum cukup dan layak untuk digelar sedemikian.

Saya gemar melakukan eksperimen. Hanya eksperimen yang berjaya akan dijadikan ebook. Bagi yang gagal, saya simpan dalam kamus hidup saya.

Bagi mereka yang ingin membeli sebarang ebook, pastikan anda membuat kajian terlebih dahulu. Antaranya perkara yang perlu anda pastikan ialah:

  1. Nama – tidak kisah ia tidak dikenali. Jangan membeli daripada mereka yang mengunakan nama samaran seperti M, Burn dan sebagainya. Ia menampak mereka cuba untuk melakukan “hit & run” setelah anda membeli ebook mereka. Pastikan mereka mengunakan nama yang sebenar dan tidak berselindung.
  2. Reputasi Lampau– bisnes melibatkan reputasi. Jangan membeli daripada mereka yang pernah terlibat dalam penipuan sebelum ini. Malah dalam bidaan tender kerajaan sekalipun, mereka takkan memilih syarikat yang mempunyai reputasi buruk sebelum ni. Anda boleh search di Google tentang individu berkenaan terlebih dahulu.
  3. Customer Support– anda boleh menguji kepantasan mereka membalas email anda. Emailkan kepada mereka terlebih dahulu.Ada juga sebelum anda membeli mereka membalas dengan pantas, selepas membelinya. Email langsung tidak dijawab. Yang ni memang susah nak cakap. Kalau ada produk baru kelak daripada mereka. Jangan beli.
  4. Mudah dihubungi РPastikan penulis ebook yang anda ingin beli mudah dihubungi. Anda boleh tengok di laman web mereka ada atau tidak  email dan nombor telefon. Anda boleh call dulu untuk pengesahan.
  5. Bertanya kepada orang – anda juga boleh bertanya tentang ebook yang ingin dibeli di forum seperti Wangcyber dan sebagainya. Mungkin ada dikalangan mereka yang pernah membeli dan memberikan review.
  6. Tidak Hype – saya pernah tengok pada testimoni ebook scammer ni ada tulis pasal makcik yang buta IT berjaya menghasilkan puluhan ribu. Itu dah dikira melampau lampau. Jika diikut akal yang waras, seorang yang langsung tak tahu pasal komputer menjadi seorang yang begitu berjaya dalam masa yang singkat. Ia tidak mungkin terjadi kecuali testimoni berkenaan dibuat buat.
  7. Berani Tunjuk Rupa – pastikan juga pada laman web penjual mengandungi gambar rupa penulis yang berkenaan. Jadi ini memudahkan anda membuat laporan polis nanti. :p.hehehe. Sebenarnya gambar wajah penulis menunjukkan bahawa ” ini adalah saya(penulis), saya bukan nak menipu”. Jadi anda boleh tahu anda sedang berurusan dengan seorang manusia yang berwajah, bukan hanya sekadar nama.

Ok. Saya dah berikan 7 kriteria yang perlu anda ambil kira sebelum membeli sebarang ebook di internet. Harap ia membantu anda sebelum membeli ebook di internet.

Saya banyak menghasilkan ebook berbentuk teknikal. Memang agak mencabar kerana teknologi sentiasa berubah. Jika anda ingin menjadi penulis ebook, pilih topik yang evergreen seperti kerjaya, kewangan, kesihatan dan sebagainya. Anda memang boleh buat duit dengan ebook. Pastikan anda jujur dalam melakukannya. Niatkan dalam hati bahawa ia adalah satu jihad anda untuk memajukan bangsa kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • komputersaya com tipu
  • rezwan ahmad
  • rezwan ahmad penipu
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 4

  1. tunhatta April 19, 2010
  2. Nur Azlan Zaa April 21, 2010
  3. rohaizad April 22, 2010
  4. Remedy January 7, 2011

Leave a Reply

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.