Betul ke Perniagaan Internet Boleh Buat Duit?


Saya menerima banyak juga sms yang bertanyakan samada betul ke perniagaan internet boleh buat duit? Malah ada yang mengatakan mereka ditertawa oleh rakan rakan mereka kerana mahu memulakan perniagaan internet sehinggakan mereka ragu ragu, betul ke perniagaan internet boleh buat duit.

Dengan adanya pelbagai buku di kedai kedai buku, ramai lagi yang belum sedar akan potensi perniagaan internet ini. Malah ada yang langsung tidak mempercayai internet boleh buat duit. Sham saje je cakap macam tu sebab nak suruh ebook dia laku je tu… Mungkin ada yang cakap macam tu.

Memang ebook saya laku & saya dapat duit daripadanya. Bukan ke tu sebagai bukti perniagaan internet memang boleh buat duit? Kenapa perlu saya tipu sedangkan saya dapat duit daripada iklan,google adsense,clickbank,ebook dan sebagainya. Saya memang buat duit daripada internet.

Bagi rakan rakan anda meragui perniagaan internet boleh buat duit. Biarkan mereka. Suatu hari nanti mereka akan sedar. Mungkin ketika itu anda telah pun berjaya dengan perniagaan internet anda. Itulah dilema yang saya hadapi ketika saya mulakan perniagaan internet saya suatu ketika dahulu.

Ibu bapa saya adalah antara yang sering meminta saya mencari kerja kerana saya hanya berada di depan komputer.  Setelah melihat hasilnya, mereka lama kelamaan senyap dan mengakui apa yang saya lakukan betul.

Perniagaan internet boleh dilakukan samada dengan separuh masa atau sepenuh masa. Anda tidak perlu berada di depan komputer sepanjang masa. Hanya beberapa jam sudah memadai. Saya pun sama. Saya bukan berada di depan komputer sepanjang masa. Jika yang telefon atau sms, jangan menganggap saya berada di depan pc. Kemungkinan  saya berada di luar bersama keluarga saya.

Apa yang penting ialah anda bertindak. Tidak kira la perniagaan apa yang anda ingin lakukan. Bertindak. Apa yang membezakan orang berjaya dengan mereka yang tidak ialah TINDAKAN. Adakah anda ingin bertindak atau hanya biarkan ia berlalu?

Di internet semakin banyak peluang untuk anda terokai. Tetapi jangan pula anda terlibat dalam program skim cepat kaya. Nanti anda yang kayap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 5

  1. nuwa May 8, 2009
  2. abgzol May 11, 2009
  3. JimieRay May 14, 2009
  4. sham May 14, 2009
  5. Anissensuous February 7, 2013

Leave a Reply

error: Content is protected !!