Biskut Arab Yang Sedap


Biskut Arab Yang Sedap

Biskut arab lebih kurang sahaja dengan biskut makmur. Jika anda rasanya bentuknya lebih kurang sama sahaja. Namun, rasa sedikit berbeza iaitu rasa susunya. Biskut arab mengunakan minyak sapi yang boleh dirasai rasa susunya. Kos minyak sapi sekarang dah makin mahal. Minyak sapi 800g kini berharga hampir RM20..Mungkin ada yang berharga lebih daripada itu bergantung kepada jenama.

Sebagai pengusaha perniagaan biskut raya, biskut arab ini adalah antara produk kami yang mendapat sambutan setiap tahun. Resepinya kami dedahkan dalam CD Perniagaan Biskut Bajet. Ia resepi perniagaan kami, namun kami suka mendedahkannya kepada mereka yang sanggup belajar. Ia bukan percuma. Kami tak berikan resepi kami secara percuma.

Biskut Arab Yang Sedap Memukau Deria Rasa

Dengan rasa susu,wangi dan kelembutan biskut menyebabkan ia disukai ramai orang. Bagi pengemar biskut, biskut ini adalah antara biskut yang wajib dibeli menjelang hari raya nanti. Ramai pelanggan kami menempah awal kerana ia untuk makan dulu selepas balik daripada terawih.

Untuk raya, mereka menempah lagi untuk hari raya nanti. Tahun lepas ada beberapa pelanggan yang merayu-rayu untuk membeli lagi biskut arab ini kerana biskut yang sepatutnya untuk raya, telah habis dimakan oleh suami beliau. Kami hanya membuat biskut berdasarkan tempahan. Jadi kami tidak akan membuat lebih. Biasanya 2 minggu sebelum raya, kami sudah berhenti membuat biskut.

Tahun ini pun kami hanya membuat 14 jenis biskut sahaja. Salah satunya ialah biskut arab ini. Ia menjadi satu kemestian untuk kami membuat biskut ini menjelang hari raya.

Biskut Arab Yang Sedap Kegemaran Ramai

Pembuatan biskut ini sebenarnya tidak sukar. Namun yang susahnya ialah mendapatkan resepi yang benar-benar sedap. Kami gunakan resepi keluarga kami sendiri. Ini yang membezakan biskut kami dengan biskut arab orang lain.

Dengan rasanya yang enak, ia menjadi kegemaran ramai orang terutamannya generasi lama. Ia merupakan satu biskut tradisional yang sentiasa mendapat tempat dihati generasi lama dan baru. Ia satu peluang yang baik untuk mereka yang mengusahakan perniagaan biskut untuk terus mengeluarkan biskut ini sepanjang masa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • biskut arab paling sedap
  • biskut arab sedap
  • resepi biskut arab tradisional
  • resepi biskut arab paling sedap
  • resepi biskut arab sedap
  • harga biskut arab 2015
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comment 1

  1. yusri August 28, 2013

Leave a Reply

error: Content is protected !!