Bukan Rezeki Saya..

Visited 1 times

October 28, 2008 · 6 comments

in Umum

Hari seharian saya berada di hospital. Pada pagi saya dan isteri ke Hospital kuala Kangsar. Dari pukul 9 pagi hingga la pukul 1 petang. Kemudian diminta ke Klinik Ibu dan Anak kerana kami menetap di Taiping. Di klinik ibu dan anak, doktor takde sebab cuti deepavali.

Kami diminta ke Klinik Pesakit Luar Taiping, dari pukul 2 petang sampai 5 petang. Dan kami mendapat satu berita yang mendukacitakan. Selepas buat ultra sound,tiada dengupan jantung pada baby. Doktor menyarankan kami gugurkan kandungan tersebut bagi menjaga kesihatan ibu.

Kami pasrah.Tadi baru je hantar isteri ke wad.Mungkin takde rezeki kami kot. Mungkin ada hikmah daripadanya…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Share

Comments

Powered by Facebook Comments

{ 6 comments… read them below or add one }

Rizal KomenEbook October 29, 2008 at 3:48 am

(salam) Sham

Saya tumpang simpati. saya doakan lepas ni Sham dan wife dikurniakan rezeki yang mencurah2 dan anak2 yang soleh dan solehah..betul cakap anda, setiap ujian-Nya, ada hikmah yang kita tak tahu

amirol November 1, 2008 at 4:31 pm

Semoga tabah hadapi dugaan Sham.

SyedHafidz November 3, 2008 at 3:09 pm

harap abg sham tabah hadapi dugaan ni..
setiap sesuatu yg Allah ambil daripada kita, pasti akan diganti dngan sesuatu yg lebih baik.. :)
ada hikmah tu..

lgpun tuan umah kan muda lagi..banyk lagi mase..hehehe!

azmanmockers November 20, 2008 at 7:41 pm

ada hikmah di sebalik kejadian,saya menunggu hampir 3 tahun baru dapat cahaya mata.Banyakkan berdoa,ada lagi orang yang lebih tidak bernasib baik.

sham November 20, 2008 at 7:49 pm

actually hari tu,doktor hospital pakar taiping tak jadi gugurkan. Ia merupakan keputusan terburu buru seorang doktor baru.

Siap kena kutuk dek Doktor pakar lagi doktor tu, dia cakap doktor baru tu anak murid yang tak dengar cakap skit. Selalu bantah apa yang dia cakap.

Alhamdulliah, baby dah masuk 8 minggu dah sekarang ni.

azmanmockers November 20, 2008 at 7:55 pm

Tahniah…semoga menjadi seorang ayah yang baik.Family 1st!!!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: