≡ Menu

Cara Mudah Membuat Air Soya Yang Sedap

Sekarang semua orang dalam mood berpuasa. Bazar ramadhan penuh dengan orang ramai walaupun harga dah naik. Dulu kuih boleh dapat 4 ketul seringgit kini dan jadi 5 ketul dua ringgit. Bazar ramadhan tetap penuh sebab kebanyakan daripada kita memang suka membeli. Sepanjang 5 hari ramadhan sekarang ni, saya baru belanjakan RM10. Disebabkan terlalu ramai orang saya memang cepat menjadi rimas. Cukup tidak selesa apabila terlalu ramai orang berhimpit-himpit membeli juadah berbuka.

Dalam blog lama saya saya sudah tulis tentang resepi membuat air soya ini ketika saya menghadiri kursus perbuatan makanan berasaskan soya ketika zaman muda dahulu. Yela. Rasanya 6 tahun yang lepas. Tetapi skil buat air soya tu masih tajam sebab masih lagi buat kalau teringin minum air soya buatan sendiri.

Bahan-Bahan:

  1. Kacang Soya (RM2 lebih sekilo)
  2. Gula
  3. Krimer (optional)

Tips: Jika inginkan air soya yang sedap, pastikan mengunakan kacang soya yang berkualiti. Bagi gula, anda juga boleh gunakan gula perang. Hasil eksperimen saya, sedap juga jika mengunakan gula perang.

Bagi 1kg kacang soya boleh menghasilkan 14liter air soya. Jadi pandai-pandai la buat anggaran. Jadi 100g soya boleh menghasilkan 1.4 liter air soya. Cukup la untuk berbuka puasa sekeluarga.  Bagi krimer, anda boleh gunakan coffee mate. Namun ia optional. Tidak masukkan pun tidak mengapa. Krimer hanya untuk menambahkan rasa berkrim air soya tersebut.

Cara-Caranya:

  1. Rendamkan kacang soya dengan nishah 3/4 air dan 1/4 kacang soya. Ini adalah kerana soya akan mengembang dan menyerap air sehingga hampir menyamai paras air. Rendam selama 4 jam.
  2. Setelah 4 jam, tos kan kacang soya tersebut dan kisar. Gunakan nisbah 1:10 iaitu 1 bahagian soya, 10 bahagian air. Jika 100g soya, air yang digunakan ialah 1 liter. Anda boleh tambah sehingga 1:14 jika tujuan untuk jual.
  3. Tapis air soya yang dikisar tersebut dan dimasak. Masukkan gula. Jika 14 liter air soya, 2 kg gula diperlukan (lebih kurang).Masukkan krimer jika ada.
  4. Masak sehingga ia mengelegak. Siap.

Bagi mereka yang tiada kerja untuk dibuat seperti surirumah, boleh mencuba dan menjualnya di hadapan rumah anda atau di tepi jalan utama. Dapatlah tambah duit untuk berhari raya nanti. Ia memang menguntungkan sebab harga 1kg kacang soya ialah dalam RM2.50.

Gula sekarang ialah RM2.30 sekilo. Jadi 2kg, modalnya ialah RM4.60. Keseluruhan kos ialah RM6.20 untuk menghasilkan 14liter air soya. Malah sesetengah peniaga menjualnya dengan air yang lebih cair. Lagi untung tetapi tidak sedap kerana terlalu cair. Mereka yang menjual air soya cair hanya memikirkan keuntungan segera, sedangkan mereka boleh mendapat pelanggan berulang jika air yang dihasilkan cukup sedap.

Peniaga bazar ramadhan sekarang ini menjual pada harga RM2.oo sebungkus sedangkan kos sebenarnya ialah dalam 50sen sahaja. Jadi mereka untung dalam RM1.50 bagi setiap bungkus air yang terjual. Memang untung kan?

Jika berminat untuk berniaga, masih sempat lagi kerana ramadhan baru sahaja masuk hari ke lima.

Selamat berbuka puasa dan mencuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • cara membuat air soya
  • cara buat air soya
  • resepi air soya
  • air soya
  • cara buat air soya sedap
  • cara membuat air kacang soya
  • resepi air soya sedap
  • harga kacang soya sekilo
  • cara membuat soya
  • cara membuat air soya yang sedap

{ 1 comment… add one }

  • Radzi February 3, 2013, 11:49 am

    terima kasih atas panduan ini. insyaallah, akan buat segera.

Leave a Comment