Cara Mudah Promosi Produk Affiliate


Saya menerima banyak emel bagaimana untuk mempromosikan produk affiliate. Jadi untuk memudahkan kerja saya, saya sediakan post ini. Jadi lain kali, saya hanya perlu minta mereka rujuk post ini. Bukan malas untuk reply, tetapi memudahkan kerja dan menjimatkan masa. Work smart.. šŸ˜›

Cara Mudah Promosi Produk Affiliate

Sebelum tu, biar saya terangkan dulu menatang apa tu affiliate. Kasar pulak ye. Ok. Apa yang dimaksudkan dengan affiliate ni?

Kalau ikutkan WikiPedia, affiliate adalah

Marketing practice in which a business rewards one or more affiliates for each visitor or customer brought about by the affiliate’s own marketing efforts

Maksudnya: Kaedah pemasaran dalam perniagaan yang menawarkan ganjaran kepada agen affiliate yang membawa pelanggan menerusi usaha yang dilakukannya.

Kita pergi kepada istilah-istilah penting dalam Affiliate Marketing ini.

  1. Program AffiliateĀ  – ia bermaksud perniagaan yang menawarkan komisen atau insentif bagi mempromosikan produk mereka. Mereka ini adalah business owner. Mereka yang akan menguruskan pembayaran komisen kepada agen affiliate. Biasanya komisen berdasarkan jualan, lead dan sebagainya.
  2. Agen Affiliate – ia bermaksud ahli kepada program affiliate. Mereka akan diberikan link affiliate yang tersendiri yang digunakan untuk mengesan jualan yang dilakukan. Ia memerlukan pendaftaran.
  3. Sistem Affiliate – ia bermaksud sistem pengurusan bagi program affiliate. Ia akan menyimpan semua data seperti maklumat agen affiliate,link affiliate, tools pemasaran affiliate, maklumat klik, referal site (sumber dari mana pelawat datang)Ā  dan pelbagai statistik bergantung kepada kecanggihan sesuatu sistem affiliate.

Komisen Affiliate

Saya harap anda boleh membezakan ketiga tiga entiti ini. 3 pihak ini yang akan terlibat ini. Jika sebut pasal affiliate, pasti kesemua pihak ini akan terlibat. Jika salah satu daripadanya tiada, ia bukanlah satu bisnes affiliate.

Perlu bayar ke untuk menjadi Agen Affiliate? Perlu modal ke?

Jawapannya tidak. Kebanyakan program affiliate adalah percuma.Ya. Percuma. Anda tidak perlu membayar satu sen pun untuk menyertai program affiliate. Jangan sertai jika mereka meminta anda membayar.

Tapi ada program affiliate berbayar. Itu bagaimana?

Kebanyakan program berkenaan boleh dikatakan bukan program affiliate sebaliknya ialah skim cepat kaya. Mereka mensasarkan ahli baru untuk terus hidup dan menjerumus kepada konsep Money Games. Konsep ini adalah konsep dimana duit ahli baru akan digunakan untuk membayar ahli lama. Jika tiada ahli baru menyertainya, ia akan terkubur. Bagi orang Islam, hasilnya adalah HARAM.

Jadi betul ke ada cara mudah promosi produk affiliate?

Betul. Anda mungkin tidak menyedarinya pun bila anda melakukannya. Serius!

  • Facebook – Ramai orang ada facebook. Sebenarnya menerusi facebook ini anda boleh mempromosikan produk affiliate yang ada sertai. Tapi bukan cara memasukkan link affiliate pada wall orang lain. Wall anda ia tidak salah. Tetapi menerusi Facebook Fanpage ataupun Facebook Group tertentu.
  • Blog – bagi mereka yang ada blog anda boleh letakkan banner pada blog anda. Cara yang paling berkesan ialah menulis review berkenaan produk yang anda promosikan. Ia sangat berkesan dan mempunyai conversion rate yang tinggi berbanding meletakan banner pada blog anda.
  • Forum – Anda boleh menjadi ahli forum tertentu. Pada signature, anda boleh letakkan link affiliate anda. Sambil anda berbincang dan berforum, anda mempromosikan produk affiliate pilihan anda secara tidak langsung.

3 kaedah ini merupakan cara mudah promosi produk affiliate.

Paling malas sekalipun anda boleh gunakan Facebook.Sebabnya ia adalah trend sekarang ini. Tak perlu saya cerita panjang kaedah lain yang mungkin agak teknikal untuk anda seperti landing page, Pay per Click, Google Adwords dan sebagainya.

Ambil salah satu kaedah sudah memadai. Anda tidak perlu menjadi pakar untuk mempromosikan produk affiliate. Anda hanya perlu cari program affiliate yang anda rasakan boleh menjana jualan untuk anda. Tugas anda hanya membawa pelawat ke laman web affiliate. Tugas seterusnya akan diambil alih oleh surat jualan laman web berkenaan.

Harap anda artikel ini membantu anda untuk mula mempromosikan sebarang produk affiliate yang menjadi pilihan anda dengan mudah. Ia adalah satu cara mudah untuk mempromosikan produk affiliate. Bezanya ialah malaas dan rajin sahaja.

Selamat berjaya! Sekian sahaja artikel berkenaan Cara Mudah Promosi Produk Affiliate.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • cara cara mempromosi affiliate klikjer
  • cara cari produk affiliate
  • daftar agen affiliate klikjer
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 4

  1. shamthecoklatwrapper December 13, 2011
  2. sham June 14, 2012
  3. cik June 17, 2012
  4. its maey July 12, 2013

Leave a Reply

error: Content is protected !!