Demam Lagi

Visited 1 times

September 13, 2009 · 6 comments

in Umum

Saya jarang demam. Sepanjang bulan puasa ni, dah 2 kali saya demam. Awal puasa lepas dah 3 hari berbungkus dalam toto tebal.

Jumaat lepas demam lagi.Bermula dengan sakit tekak.Kemudian rasa lenguh kaki. Semalam suhu badan meningkat sehingga 39.6 darjah celcius. Ia menyebabkan badan menjadi kebas terutama bahagian perut dan tangan. Terasa lumpuh tangan sehingga nak mengemgam tangan pun tak boleh.

Isteri saya bawa ke Hospital dan dipaksa berbuka kerana terdapat jangkitan virus dalam darah. Saya diberikan Tamiflu iaitu ubat untuk mereka yang disyaki mempunyai simpton H1N1. Mungkin sebab jangkitan virus dalam darah, saya diberikan ubat antiviral Tamiflu. Nasib baik tak tahan diwad kerana simptom H1N1 tak lengkap. Saya tak mengalami batuk dan selsema.

Menurut orang yang bagi ubatĀ  kat farmasi hospital, harga Tamiflu lebih dari RM200. Dalam kotak tu ada 10 biji je. Maknanya ia berharga RM20 sebiji.Fuh cukup mahal untuk ubat antiviral.

Saya hanya demam dengan suhu badan yang tinggi dan sakit tekak je. Simptom lain takde. Walaupun terdapat jangkitan virus dalam darah, Alhamdulillah ia bukanlah virus H1N1. Lagipun sekarang ni musim demam di merata rata tempat. Mungkin disebabkan cuaca yang tidak menentu sekarang.Sekejap panas sekejap hujan menyebabkan badan kita tidak selesa dengan perubahan suhu sekeliling.Ini menyebabkan kita demam.

Harap harap suhu badan terus normal hari ini. Semalam suhu badan tak menentu, sekejap normal sekejap suhu badan terus naik.

Saya baru je lepas berjogging skit skit kejap tadi untuk mengeluarkan peluh. Terasa rugi plak sebab 10 hari terakhir ni tak dapat berterawih. Hai demam lagi…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Share

Comments

Powered by Facebook Comments

{ 6 comments… read them below or add one }

Rizal September 13, 2009 at 10:58 am

Semoga cepat sembuh Sham, banyakkan minum air isotonik (100plus or 7up revive)

sham September 13, 2009 at 11:49 am

Thanks. Semalam lepas p hospital dah bli 2 botol 100 plus.Kepala pening lagi ni.

Skrang still kena makan tamiflu setiap 12 jam sehingga 5 hari sebab ada jangkitan virus dalam darah.

dAzz September 13, 2009 at 5:21 pm

Kes macam ni mmg kena byk rehat. Tp sempat sembuh kot sblm raye ni harap2 nyer.

sham September 13, 2009 at 6:56 pm

harap harap cepat sembuh. Hari dah okay skit.tu yang online. Semalam 2,3 kalo orang call & sms mintak saya email link download ebook yang diorang beli.

Pagi tadi online & emailkan semua link download. Sempat la update skit kat blog ni.

JimieRay September 15, 2009 at 2:14 pm

Salam Sham…Salam Ramadhan n Salam Aidilfitri.

Harap Sham sabar & tabah hadapi ujian dariNYA. Insyaallah, akan kembali sembuh seperti sediakala, apa yang penting Sham kena ikut langkah2 dan panduan yg doktor telah beri…

Untuk makluman Sham, hampir 30 orang staff saya terlibat secara langsung dengan H1N1 di hospital2 bawah kendalian saya tapi alhamdulillah, semuanya selamat setelah ikut langkah2 panduan serta prosidur yang di tetapkan oleh doktor.

Wassalam.

eyeman October 3, 2009 at 10:34 pm

alhamdulillah. Moga2 takde lagi yg hadi mangsa h1n1 tu..

Leave a Comment

Previous post:

Next post: