Encik Ada jual Cacing?


Salam.Ada jual cacing? Saya nak beli 30kg.

Itulah sms yang saya dapat kejap tadi. Pelik jugak sebab saya tak pernah tulis pasal apa yang saya tak buat. Pasal cacing tak pernah tulis langsung di blog saya. Sekarang ni saya ternak ikan keli, arnab, ayam gajah, itik telur. Itu je antara ternakan yang saya buat sebagai hobi. Tak pernah pulak saya menjual atau menternak cacing.

Orang ni dapat nombor telefon saya menerusi internet. Kat mana saya tak tau.

Dulu teringin jugak nak try ternak cacing. Tetapi kesukaran untuk menjual menyebabkan saya tak jadi. Kalau dah ternak banyak cacing, siapa pulak nak beli balik kan?

Jadi saya tak ternak la. Kalau ada permintaan & mudah untuk pasarkan. Saya bela la.

Itik telur – setakat setiap hari bertelur. Saya biasa jadikan telur masin & atau jual mentah. Biasanya ada cina datang rumah ambik. Orang kampung ada juga datang beli samada telur mentah atau masin. Permintaan telur masin akan naik kot masa ramadhan ni. Suka suka je ternak ni. Makanan saya hanya guna lebihan makanan yang dibuang dari kedai mak sedara.

Arnab – baru je bela. Average harga anab adalah RM15 seekor untuk dibelaan. Tu arnab biasa la. Kalau variety yang mahal. Harganya ratusan ringgit malah ada yang mencecah ribuan ringgit. Najis arnab juga boleh dijadikan baja untuk projek tanaman.

Ayam Gajah – anak ayam ni murah kat kuale kangsor ni. Rm2.50 je sekor. Biasanya bangla suka ayam ni. Kalau jual ia mencecah RM30 sekor sebab beratnya boleh sampai 3-4kg sekor. Telurnya pun besar macam telur angsa. Kiranya telur yang dihasilkan gred AA dari segi saiz.

Ayam kampung – ni tak banyak lagi. Baru dalam belas ekor induknya. Kalau kera tak kacau/curi telur dah banyak kot anak ayam kampung ni.

Selain tu saya sedang usahakan tanaman limau nipis, limau kasturi dan terbaru lemon australia. Tetapi masalah utama sekarang ni adalah babi yang berleluasa. Pokok yang baru tanam, babi suka korek untuk cari cacing. Walaupun dah beberapa ekor dah mati termakan racun, tapi masih berleluasa lagi.

Mungkin RELA kat sini tak aktif sangat. Kalau kampung di Kuala Terengganu, anggota RELA cukup aktif ke kampung kampung memburu babi hutan yang masuk kampung. Biasanya setiap hari jumaat. Selepas solat Jumaat, mereka akan berkumpul dan buat operasi memburu mengikut laporan penduduk kampung.

Ia juga disertai oleh beberapa orang cina yang akan mengambil babi yang ditembak. Mereka juga menyediakan anjing untuk menghalau babi dari semak semak. Jadi takde isu untuk mengali lubang untuk menanam bangkai babi sebab ia akan terus diangkut oleh cina dari Wakaf Mempelam. Mungkin ia untuk makan atau dijual kot.

Kalau saya dikampung, sering kali juga mengikuti operasi memburu ni. Seronok tengok kecekapan diorang menembak. Saya merupakan ahli Relawan yang tak aktif..hehehe.

Dah lama tak balik. Menurut ayah saya. Ia masih lagi dilakukan setiap minggu.

Kat Perak ni tak pulak yang buat macam tu. Masalah kera yang mengacau tanaman pun semakin berleluasa. Pasang mercun pun tak takut dah. Tahun lepas Rela ada buat operasi menembak tupai & kera. Tetapi banyak lagi kera yang mengacau tanaman. Menurut mak mertua, jika dahulu babi & kera langsung takde. Tanam la nak tanam apa pun takde apa yang merosakkan kebun.

Saya memang suka tinggal di kampung berbanding dibandar..antaranya sebab hobi saya kot. 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 5

  1. Anak Tani August 12, 2010
  2. Muhamad Nornizam August 14, 2010
  3. zam August 18, 2010
  4. zackmohd September 6, 2010
  5. Hadi July 13, 2016

Leave a Reply

error: Content is protected !!