Implikasi Harga Minyak Naik Di Malaysia

Apa yang rakyat risaukan telah berlaku. Pak Lah memang suka wat kejutan. Pilihanraya mengejut. Naik harga minyak mengejut. Memang banyak kejutan betul. Tindakan kali ini rasanya akan mengurangkan populariti kerajaan dan meningkatkan populariti pembangkang.

Kenaikan melampau iaitu sebanyak 40% dalam masa 4 jam memang agak melampau. Jangan kita nak bandingkan harga minyak kita dengan negara lain seperti US dan UK. Seperti yang Tun Mahathir tulis dalam blog beliau, pendapatan isi rumah jauh bezanya dengan negara maju. Malaysia adalah negara membangun!

Semasa Pak Lah mengumumkan kenaikan minyak,kebetulan saya sedang makan bersama bakal mertua dan tunang saya. Tersedak sekejap kerana kenaikan tersebut adalah tinggi. Siapa yang bergaji RM1000 pasti terseksa & mungkin terpaksa jual kereta kerana tidak mampu membeli minyak. Dah la kena bayar loan lagi.

Saya pun secara tidak langsung terkena tempias. Saya akan melangsungkan perkahwinan pada Ogos nanti. Kos perkahwinan tersebut pasti akan meningkat jugak. Harga barang pasti akan naik. Ini menyebabkan saya rasa nak borong semua barang sebelum naik harga seperti gula (dah naik 20sen),rempah,bawang & etc yang berkenaan kenduri kawin.

Walaupun 2 bulan sahaja lagi. Kalo nak naik minyak kenapa tak naikkan sedikit demi sedikit? 10% ke dulu. Kenapa tak naikan 100% terus? Jadi sama harga kat singapura iaitu RM4.70? Menteri memang tak terasa minyak naik sebab diorang kerajaan bayar dengan duit rakyat.

Rakyat dapat diskaun rebet tunai? Adakah ia sesuai? Bagi saya langsung tak sesuai dan tak memadai. Ia hanya cukup untuk menampung setengah bulan minyak sahaja. Semalam saya ada mengisi minyak motor,saya agak terkejut apabila RM6 masih belum penuh tangki minyak tu. Jika sebelum ini RM6, dah penuh tangki…

Orang bujang akan bertambah ramai kerana duit akan terus tak cukup sebab kos sara hidup melambung. Orang yang paling gembira dengan kenaikan minyak ialah rakyat singapura dan thailand. Rakyat Malaysia tak sukakannya. Perlu diingat kuasa menentukan kerajaan ditangan rakyat Malaysia, bukan rakyat Singapura dan Thailand.

Jika ini berlarutan, saya sangat yakin PRU 13 akan jatuh ke tangan pembangkang. Kemungkinan ini mungkin terjadi jika kerajaan hanya mementingkan duit kerajaan je bukan kepentingan rakyat. Ini adalah kerana kebanyakan rakyat Malaysia adalah berpendapatan sederhana dan rendah. Hanya sebahagian kecil je berpendapatan tinggi.

Kenaikan 40% harga minyak adalah sangat membebankan rakyat. Ia menyusahkan rakyat. Orang miskin akan bertambah miskin dan orang kaya akan bertambah kaya! Buktinya kekayaan orang yang terlibat dalam industri minyak (petroleum & sawit) terus naik. Malah ada yang menambah RM1 bilion!

Menaikkan harga minyak memang tidak dapat dielakkan. Saya boleh terima. Tetapi kenaikan 40% adalah sangat melampau semata mata untuk menjimatkan wang kerajaan. Kenapa sebelum ini dok asyik membazir je? Sekarang baru nak sibuk nak berjimat? Saya kira ia adalah satu langkah yang tergesa gesa dan akan menimbulkan rasa tak puas hati rakyat semakin meningkat.

Menteri sekarang ni nampaknya syok sendiri. Patut lah Tun Mahathir bengang dengan mereka. Mereka sudah lupa agaknya bahawa mandat memerintah ditangan rakyat. Sekarang baru 5 negeri terlepas ke tangan pembangkang, lepas ni mungkin 10 pulak kot. Siapa tahukan?

Apa tindakan yang perlu kita lakukan sekarang ialah mengawal perbelanjaan kita dan cuba untuk meningkatkan pendapatan kita bagi menampung kenaikan kos. Itu adalah jalan terakhir. Ada juga masalah lain seperti kuasa beli pasti akan menurun sebab barang dah mahal nanti. Inflasi juga akan terus naik.

Buat kerajaan, fikirkan lah nasib rakyat berpendapatan sederhana dan miskin. Takkan nak orang p mana mana naik basikal. Kurangkan beban rakyat, bukan kurangkan beban kerajaan! Duit kerajaan adalah duit rakyat yang bayar. Ia patut dipulangkan kepada rakyat balik dengan membantu meringankan beban.

Saya ada satu poll untuk anda di bawah:
[poll=2]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • kenaikan minyak pemerintahan pak lah
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 7

  1. Thinkerich June 7, 2008
  2. sham June 8, 2008
  3. titan June 9, 2008
  4. sham June 9, 2008
  5. espoint June 11, 2008
  6. thinkerich June 11, 2008
  7. titan July 2, 2008

Leave a Reply

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.