Jangan Berikan Maklumat Kad Kredit Menerusi Telefon


Pernahkah anda dihubungi oleh seseorang yang kononnya daripada bank bertanyakan kad kredit kepada anda? Jangan Ya, jangan berikan sebarang maklumat kad kredit anda seperti nombor kad kredit dan juga CCV kepada mereka. CCV adalah nombor kod pengesahan transaksi kad. Ia berada pada belakang kad. Biasanya ia adalah 3 digit.

Penipuan Maklumat Kad Kredit Menerusi Telefon

Bagi Kad Visa, 3 digit pada belakang kad kredit adalah CCV.

CCV Kad Kredit

Manakala bagi Master Card, hanya ada CCV belakang kad.

Jika ada yang bertanya nombor kad dan juga CCV ini menerusi telefon. Jangan berikan. Jika tidak, kad anda akan dicaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Maklumat kad kredit adalah adalah sulit.

Bagaimana pula pembelian menerusi kad kredit  di Internet? Contohnya Paypal.

Paypal adalah satu syarikat yang diiktiraf di seluruh dunia. Jadi ia selamat untuk mengunakan perkhidmatan ini kerana mereka sendiri mempunyai mekanisme untuk melakukan reverse caj jika berlaku transaksi yang tidak sah. Anda hanya perlu laporkan kepada Paypal bahawa anda tidak melakukan transaksi tersebut. Maka pihak Paypal, akan hold pembayaran tersebut untuk siasatan.

Jika benar, duit anda akan dipulangkan kembali ke kad dan menolak transaksi tersebut.

Bagaimana pula jika sudah terbagi maklumat kad kredit tersebut menerusi Telefon?

Apa yang perlu anda lakukan ialah telefon bank untuk block kad tersebut. Biasanya pada laman web atau surat kad ada tertera nombor telefon bagi kehilangan kad kredit. Ia adalah untuk mengelakkan anda dicaj lagi selepas ini. Jika kad anda sudah dicaj, anda perlu ke bank untuk mengisi borang yang menyatakan ia bukan transaksi yang anda lakukan.

Pihak bank akan membekukan pembayaran tersebut dan reverse caj yang dikenakan. Anda mungkin akan menerima kad kredit lain selepas itu kerana kad yang lama sudah diblock daripada sebarang transaksi.

Bagaimana mereka boleh tahu maklumat peribadi  dan kad kredit saya miliki?

Saya syaki ada kakitangan bank yang mendedahkan atau menjual maklumat pemegang kad kredit mereka. Rasanya kerajaan sedang merangka satu akta untuk menghalang kejadian ini. Sudah banyak kes tentang penipuan yang melibatkan kad kredit menerusi telefon.

Sebab itulah ada telemarketer yang menelefon anda dan memberikan maklumat tentang kad yang anda miliki. Maklumat yang mereka tidak ada ialah nombor kad dan ccv. Jika mereka mendapat kedua dua maklumat ini, mereka boleh mengenakan caj pada kad tersebut.

Jadi jika anda dihubungi oleh agensi pelancongan ataua apa apa syarikat yang menawarkan apa apa dan meminta maklumat kad kredit. Jangan berikan kepada mereka. Biasanya telemarketer menelefon ketika minda sasaran mereka sedang lemah seperti sedang memandu atau balik dari kerja. Ketika itu, otak sedang lesu setelah seharian bekerja.

Ketika itu, ada orang mudah hilang pertimbangan dan memberikan nombor kad kredit dan ccv kepada mereka yang menelefon mereka samada menawarkan kad pelancongan, insurans mahupun apa apa produk menerusi telefon. Kadang-kadang apa yang ditawarkan adalah perkara yang tidak perlu dan akan menjadi beban kewangan anda kelak.

Kad kredit adalah talian hayat anda ketika kecemasan. Hati hati mengunakannya. Jangan berbelanja secara membuta tuli mengunakan kad kredit anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • nombor ccv
  • maksud cvv kad kredit
  • no digit pada yang tertera pada kad bank islam adalah
  • kad kredit serta ccv
  • kad cvv
  • risiko hack kad kredit
  • cvv kredit kad
  • cvv kad debit
  • cvv kad bank
  • ape itu nombor cvv
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 4

  1. galut November 3, 2011
  2. sham November 3, 2011
  3. hanif March 24, 2016
  4. sham March 24, 2016

Leave a Reply

error: Content is protected !!