Kaya dengan Seminar?

Saya sering mendengar sesetengah yang cukup anti dengan orang seminar.Malah ada orang dengan lantang mereka berkata; orang yang buat seminar nak kaya dengan seminar.Bagi saya,ia adalah satu pandangan kurang tepat. Susah nak kaya buat seminarje sebenarnya. Susah nak kaya. Sebabnya untung tak banyak sangat sebenarnya.

Kalo diorang caj RM397 sebagai contoh.Biasanya hotel akan caj per paxx atau per person,Kalo sorang dah RM150,itu belum masuk kos lain yang diorang kena tanggung.Belum masuk bayar penceramah.Kalo bagi ceramah sendiri,takpe la.
Kalo ada penceramah jemputan,untung tersebut makin skit.Kalo seminar yang ambil ratusan orang, ada la untung banyak skit.Tapi kalo seminar yang just ambil 20-30 per seminar.Untungnya skit sangat.

Ada sesetengah seminar,diorang untung dalam RM40-Rm100 je bagi seorang.Ada juga lagi rendah tapi diorang ada strategi upsell.Diorang jual produkmereka pada mereka yang berminat.Dari situ la ada untung.Dengan seminar, susah nak kaya.Tapi untuk tambah source income, ia adalah betul.Lagi satu,dengan seminar mereka boleh membina kredibiliti.

Ini adalah kerana penambahan dalam pendapatan lebih bagus daripada tiada penambahan langsung.Tak banyak, skit pun jadi la. 🙂

Saya berkemungkinan akan ke Seminar JomSeminar jugak.Jadi anda mungkin akan menemui saya nanti di seminar Jom Seminar.Bagi saya, ilmu wajib dicari dan dituntut. Ianya akan ada kosnya.Jika orang hanya pergi untuk dengar kisah kejayaan orang,mereka adalah orang yang rugi.Manfaatkan seminar dan ilmu mereka & aplikasikannya.

Tiada guna jika anda pergi & dengar kisah mereka sahaja. Ia tidak akan membantu anda.Itulah yang terjadi kepada mereka yang anti dengan seminar. Pergi & tak dapat apa apa sebab tak aplikasikan apa yang mereka dapat ketika seminar. Hargai ilmu walaupun ianya sepatah perkataan.

Satu lagi yang orang tak manfaatkan seminar sebagai tempat untuk anda mencari rakan dan juga bakal rakan JV anda. Saya sering ke seminar kerana saya boleh buat networking. Anda dah kenal, jadi anda boleh belajar dan berkongsi banyak perkara yang anda tahu dan tidak tahu. Tiada orang yang tahu semua perkara..

Memang dengan ebiz anda boleh berjual beli tanpa tengok rupa orang tu.Tapi jika anda kenal, ia lagi bagus kerana anda menemui “real person”. Bukan hanya memudahkan anda membina hubungan perniagaan, malah mungkin ia akan menjadi titik tolak kejayaan anda nanti.

Klik Sini untuk maklumat lanjut tentang Seminar Jomseminar.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 8

  1. roshaizul April 21, 2008
  2. sham April 21, 2008
  3. catzer April 22, 2008
  4. arejae April 25, 2008
  5. sham April 25, 2008
  6. titan April 25, 2008
  7. arejae May 8, 2008
  8. titan May 9, 2008

Leave a Reply

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.