KBS Pulak nak buat blog…

Nampaknya semakin ramai la yang menjadi penulis blog nanti.KBS pulak nak wat blog yang kononnya untuk mendekati remaja. Kenapa sekarang? Sebab hampir kalah Pilihan Raya disebabkan oleh blog. Kamon la….

Ni ha artikel kat Untusan:

BERA 23 Mac – Kementerian Belia dan Sukan bercadang mewujudkan laman blog sendiri sebagai usaha mendekati dan berinteraksi dengan golongan belia di negara ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu memandangkan blog kini menjadi medium maklumat yang semakin popular di kalangan generasi muda.

Katanya, kewujudan blog tidak boleh dipandang ringan kerana peranannya didapati cukup berkesan sehingga berjaya mempengaruhi pengundi memilih parti pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.

‘‘Jika kita terus memperlekehkan kewujudan blog, saya bimbang suatu hari nanti ia akan mengambil alih peranan akhbar arus perdana.

‘‘Bagaimanapun, blog yang akan kita wujudkan itu akan disesuaikan dengan kehendak belia yang lebih ringan dan santai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis meraikan pelantikannya sebagai Menteri Belia dan Sukan di Kompleks Rakan Muda dekat sini malam tadi.

Menurut Ismail Sabri, kementeriannya juga akan meneliti kedudukan pertubuhan dan belia yang sebahagian besarnya lesu selepas mengadakan pertemuan dengan para pemimpin belia, lusa.

Katanya, kelesuan itu mungkin berpunca daripada beberapa modul yang diwujudkan dahulu tidak lagi sesuai dengan perkembangan dan kehendak golongan belia masa kini.

Keadaan itu jelasnya, menyebabkan lebih 70 peratus belia di negara ini tidak berminat menyertai persatuan.

Sehubungan itu kata beliau, kementeriannya akan mencari satu formula baru bagi membawa perubahan supaya belia berminat untuk berpersatuan.

‘‘Kita kena ingat, dulu gejala sosial yang merosakkan belia sering dikaitkan dengan faktor dan pengaruh di luar rumah tetapi hari ini gejala sosial itu berlaku dalam rumah kita sendiri.

‘‘Contohnya, pengaruh khidmat pesanan ringkas (SMS) dan Internet yang tidak bermoral kini mudah didapati di rumah kita sendiri menerusi telefonbimbit dan komputer,” kata beliau.

Sumber: utusan

Nampaknya golongan muda mesti ramai yang bercita cita untuk menjadi seorang blogger. Blog akan mendapat sambutan yang luar biasa la lepas ni. Rezeki buat mereka yang meniaga buat servis setup blog wordpress. Rasanya nak buat jugak rasannya. Buka susah pun nak setup.

Apa yang susah tentang blogging ialah untuk menulis secara konsisten. Itulah cabaran sebenar dalam blogging. Untuk menguasai teknologi tidak la sukar. Menulis dengan konsisten akan menjadi masalah. Isu utama bila KBS nak buat blog, siapa yang akan menjadi bloggernye?

Hanya orang dah biasa dengan blogging boleh menulis dengan baik dan menarik. Itu adalah part yang paling sukar. Bagaimana untuk membuatkan orang respon terhadap apa yang kita tulis dan suarakan melalui blog. Teringin jugak menjadi selebreti blog ni. Bukan apa, macam best je…

Bercakap tentang selebriti, gambar saya bersama beberapa orang tokoh iaitu Irfan Khairi dan Abg Nizal. Saya ada muatkan gambar ini pada sales letter PanduanIklan.com.

irfan khairi

Bersama Irfan Khairi

Nizal Talk

Bersama Nizal Mohamad

 

Nampaknya saya kena belajar untuk bergaya apabila bergambar. Nampak keras la pulak. :p. hehehe

Saya bukan fotogenik. Bukan natural bila bergambar. Dari dulu lagi, tapi tak pe..Leh belajar nanti..

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments 2

  1. Han March 25, 2008
  2. beduz March 27, 2008

Leave a Reply

Kemaskini Terbaru Terus
Ke Emel Anda

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.