Kedai 5 Sen?


Salah satu daripada strategi pemasaran yang menarik dan berkesan ialah mengunakan harga. Dulu kita disajikan dengan konsep kedai 2 ringgit. Ketika awal idea pemikiran diluar kotak ini dilaksanakan sememang harga di kedai berkenaan RM2. Serius. Saya pernah membeli pisau daging dengan hanya RM2.00. Dan pisau ini masih lagi digunakan oleh ibu saya. Memang cukup tahan lasak.

Pada asalnya saya membeli pisau tersebut untuk membuka durian ketika di UUM.Kami ke sik ketika itu, kemudian bapa rakan kami memberikan 20 biji durian untuk dibawa balik ke UUM. Kemudian kami singgah di kedai RM2.00. Kini dah susah dah nak jumpa kedai RM2.00, jika ada pun hanya sedikit sahaja barang yang berharga RM2.00.

Di Taiping, ada sebuah kedai yang dinamakan Kedai 5 Sen.

Kedai 5 Sen

Kedai 5 Sen

Gambar ini diambil pada pukul 6.30 petang.Jadi agak kelam.

Apa yang dimaksudkan kedai ini bukanlah barangannya berharga 5 sen tetapi semua baranganya diletakkan harga 5 sen. Contohnya bunga plastik berharga RM2.95. Sabtu lepas saya sempat singgah di kedai ini dah membeli satu Spanar Boleh Laras pada harga RM4.95. Ia boleh dikatakan murah sebab harga di Tesco untuk spanar ini adalah RM8 ke atas.

Namun sedikit mengecewakan kerana peniaga ini tidak menghormati motto kedai mereka sendiri. Apabila saya ke kaunter, saya dikenakan bayaran RM5.00. Bukannya RM4.95 seperti yang dipamerkan pada spanar berkenaan. Jadi peniaga ini telah untung atas angin 5 sen apabila mereka membundarkannya kepada nilai yang terhampir. Saya sudah bersedia untuk mengeluarkan duit 5 sen yang saya perolehi daripada tesco sebelum ini. Apabila cashier berbangsa cina ini punch RM5.00, saya terus batalkan untuk mencari duit 5 sen dalam poket.

Kemudian saya ke Kedai Buku Popular yang berada bertentangan dengan kedai ini. Sempatlah saya membeli 3 buah buku untuk santapan minda apabila ada kelapangan masa. Saya memang suka membeli buku, membaca pula bergantung kepada masa. Jadi pilihan pertama ialah beli dulu, kemudian baca apabila ada kelapangan. Rasanya ramai yang berperangai macam saya ni kot. 🙂

Saya masih belum menjumpai buku tulisan saya di Kedai Buku Popular Taiping ini walaupun sering ke sana. Mungkin dah habis stok kot. Saya bersangka baik. Sebab lain mungkin juga cawangan Popular ini tidak menempah buku saya lagi kot sebab di Popular Ipoh juga tidak menemui buku saya. huhuhu.  Jika di MPH Ipoh, ada dijual cuma susunan sahaja agak tidak best.

Kembali kepada tajuk hari ini, menetapkan harga yang murah juga merupakan satu strategi pemasaran yang berkesan untuk menarik orang ramai ke kedai anda. Namun, lebih elok jika menghormati motto kedai. Jika kedai RM2.00, jual la lebih banyak barangan pada harga RM2.00. Jika jual barang pada harga yang ada 5 sen, hormati pelanggan dengan memulangkan duit 5 sen kepada pelanggan.

Jika anda nak kedai ini, ia berada di belakang The Store Taiping. Mereka menjual barangan plastik seperti bunga plastik, cenderamata dan beberapa barangan hardware.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • kedai bunga plastik murah
  • kedai 5 sen
  • kedai bunga plastik yang murah
  • kedai 5sen kuala kangsar
  • kedai barang borong di ipoh
  • kedai balang plastik murah di taiping
  • kedai jual botol di taiping
  • pembekal balang plastik murah di ipoh
  • pemborong barang plastik di ipoh
  • pemborong bunga plastik murah malaysia
Klik Untuk Share..Semoga Bermanfaat Kat kawan Anda.

Comments 2

  1. sayacomel June 30, 2011
  2. nor azima February 16, 2015

Leave a Reply

error: Content is protected !!